facebook youtube twitter instagram instagram linkedin
  • Home
  • About
  • Lifestyle
  • Family
    • TTC
    • Parenting
  • DIY
    • Crafts
    • Sewing Projects
    • Home Decors
  • Receipes
  • contact

mommymillennia




 TOYOTA. Satu jenama yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Jenama Global ini melangkah maju selaras dengan perkembangan dunia moden ini dengan menawarkan medium baharu kepada pelanggan memiliki dan memandu kenderaan tanpa perlu terbeban kaedah pembelian sewa-beli kenderaan secara tradisional sebelum ini    .

    Toyota Capital Malaysia memperkenalkan Kinto One,program langganan kereta Islamik pertama dunia daripada kerjasama strategik antara Toyota Capital Malaysia dan UMW Toyota Motor dan direka secara khusus untuk memenuhi keperluan gaya hidup generasi baharu berkaitan mobiliti.Melalui sistem ini, pelanggan tidak perlu melakukan pembelian untuk penggunaan kenderaan.

     Selari dengan visi Mobility for All yang dijuarai  oleh Toyota, pelan langganan kenderaan yang dinamakan Kinto One ini merangkumi bayaran ansuran bulanan tetap  termasuk sekali kos pendaftaran kenderaan, insurans komprehensif tahunan dan cukai jalan, penyelenggaraan berjadual serta penyelenggaraan pencegahan.

     Kinto One Ia disasarkan untuk memenuhi keperluan generasi muda pemilik kenderaan yang inginkan kebebasan dan mobiliti melalui pelan langganan bulanan dengan ansuran tetap dan inklusif.

    Bagi penggemar gaya terkini dan pengguna yang sering mengikuti perkembangan teknologi pastinya ia menjadi berita yang ditunggu-tunggu.Pakej langganan kenderaan ini menawarkan tempoh langganan sama ada bagi dua tahun atau tiga tahun.Selepas tempoh langganan kenderaan tamat pengguna cuma perlu memulangkan kembali kenderaan kepada Toyota Malaysia.

    Kinto One yang telah dilancarkan oleh Toyota Motors Corporation dan diperkenalkan di banyak negara di dunia termasuk di Amerika Utara dan Amerika Selatan serta di Asia dan di Eropah.

   Bagi yang berminat, bolehlah melawati  laman web www.kinto-my.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program yang ditawarkan.Model semasa ditawarkan termasuk Toyota Vios, Yaris, Corolla, Innova, Fortuner dan Camry dengan banyak lagi model lain disertakan termasuk Lexus.

Mei 12, 2022 No comments


Siakap Langkawi

Siakap, senohong, 
Gelama, Ikan Duri,
Bercakap bohong,
Lama-lama mencuri

Baiklah hari ni bukan nak berbalas pantun ya, kita nak cerita tentang isu panas yang makin menjadi jadi pulak iaitu Siakap.

Apa sebenarnya kes Siakap ni.Sampai heboh diperkatakan?Permulaan tercetusnya isu ini apabila seorang pengguna media sosial baru-baru ini  telah memuatnaik kenyataan yang seterusnya menjadi viral apabila membayar nilai yang tinggi untuk menjamu hidangan Siakap di Langkawi.

Muhammad Faris Zulkarnain melahirkan rasa terkejut kerana dikenakan bayaran RM1196.80 untuk hidangan ikan siakap tersebut.Pada 2 November baru-baru ini,Muhammad Faris bersama keluarga dan rakan sekerjanya menaiki bot (Mangrove Tour Langkawi) mengelilingi beberapa pulau dan tempat menarik di situ.

Siakap Langkawi

  Resit yang dimuatnaik di Media sosial

Mereka telah dikatakan menjammu selera di sebua restoran.Selesai menjamu selera dan ikan yang ditempah masih berbaki separuh dan dibungkus, dia terkejut apabila mahu membayar di kaunter bil dengan nilai RM1852.50 untuk ikan tersebut.

Kejutan yang sama diterima oleh seorang pengguna Facebook Niena ZM apabila dicaj sebanyak RM1,738.70 untuk menu Siakap.Niena mendakwa kejadian berlaku pada Rabu (3 Nov) ketika sedang makan di restoran terapung selepas menaiki bot untuk melihat keindahan alam semula jadi di Kilim Geoforest Park. 

Menurut Niena lagi,pemilik harus memberitahu harga  ikan berdasarkan saiz setiap gramnya supaya pelanggan boleh membuat keputusan untuk membuat pesanan jika berniaga secara telus.Sedangkan kedai tomyam di Kuala Lumpur biasanya akan menerangkan saiz dan harga makanan serta memberi cadangan yang sesuai untuk pelanggan.

Terdapat juga aduan lain yang dimuatnaik di Facebook di ruangan komen yang menyatakan rasa ketidakpuasan hati pelanggan dengan bayaran yang dikenakan oleh restoran terbabit.Malah , rata-rata netizen ada yang mempersoalkan harga air kosong da telur dalam resit yang di paparkan.

Resit siakap

Tangkap layar di laman sosial

Sementara itu, mmaklum balas isu ini daripada pemilik restoran itu sendiri, kos operasi Restoran terapung di Kilim Geoforest Park menelan belaja yag banyak , malah ikan Siakap yang dijual tersebut diternak oleh pemmilik restoran selama sebelas tahun dan beratnya juga mencecah seberat 7.48 kilogram,  dipelihara untuk dipertontonkan sebagai tarikan kepada pengunjung restoran.

Walaubagaimaa pun,penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Langkawi turut melakukan siasatan di restoran itu.Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid ketika dihubungi, memaklumkan pihaknya mengumpul maklumat kejadian itu daripada pengadu serta peniaga dan siasatan lanjut sedang dijalankan secara adil.

                                              Resit lain yang dimuatnaik pengguna Facebook.


Pada pedapat Madam N sedirila, harga ikan Siakap Langkawi ni, boleh buat beli seketul emas.Makan siakap masuk perut, jadi najis tapi kalau beli emas boleh jadi pelaburan. Hehehe jangan marah ya.Siapa nak beli emas jom contact Madam N, kita tunjuk katalog pm tepi.

Jujurlah pendapat Madam N kan... itulah harga yang perlu dibayar oleh pelangan yang nakkan percutian yang tak dapat dilupakan di Langkawi.Pasti akan jadi kenang-kenangan di masa akan datang.Secara logikya memanglah harga makanan akan jadi mahal, di tempat pelacongan.Makan pula di tempat yang di wartakan sebagai Geopark.Kilim Geoforest Park, restoran terapung atas air,kan?

Berapa kos operasi restoran terapung? Bukan senang nak ke darat hari-hari ambil stok barag kering barang basah , kos nak ternak ikan Siakap? Untuk menndapatkan semula pulangan modal pengoperasian, nak bayar gaji pekerja, tukang masak, nak cover balik kos semasa restoren tutup akibat PKP, logiklah harga jus tembikai RM35 satu jag tu.

Lain kali mungkin pelanggan lain boleh ambil ikhtibar , dan memeriksa senarai harga atau merisik-risik dahulu pengalaman pelancong dan pegujung lain yang pernah makan di atas restora terapung di Langkawi ini. 

Sebelum megakhiri peulisan ini Madam N nak bagi teka-teki.

Apa beza Siakap beli di kedai Tomyam KL dengan Siakap Langkawi?

Jawapannya..

Siakap KL TAK MAHAL macam Siakap Lagkawi RM2000 seekor. Hik! jangan marah naaaa.Lepas ni bertambah viral la Siakap keli page kan...gurau

Ada yang teringin nak makan Siakap di Langkawi? Jom dapatkan penerbangan ke Langkawi sekarang!



November 07, 2021 No comments

 Assalamualaikum lama sungguh tak bersiaran, menulis dalam blog ini.Kesibukan yang tak dapat dielakkan, tugas hakiki, tanggungjawab sebagai mak anak seorang kadang-kadang menghadkan untuk menulis.

Kali ini nak bercerita mengenai 99 wonderland.Sejak COVID-19 melanda, rata-rata pergerakan kita semua terhad dan tak dapat keluar melancong apatah lagi beriadah di luar rumah. Kasihan anak-anak terkurung, apatah lagi yang tinggal di atas bangunan tinggi.Jika rumah berhalaman tak hairanlah, tapi di bandaraya Kuala Lumpur ini rata-rata tinggal di apartment mahupon di Kondominium atas langit.

99 Wonderland Park Wildlife in the city merupakan  taman rekreasi terbaru yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Seakan zoo di tengah bandaraya, begitulah dapat digambarkan taman rekreasi ini. Menariknya di sini bukan sahaja terdapat kemudahan asas seperti surau , tandas awam malah terdapat juga restoran dan tempat rehat seperti bangku yang disediakan di sekeliling taman.

Selain tarikan haiwan liar di sini, terdapat juga pertunjukan muzikal air pancut bercahaya penuh warna warni, itu pun jika pengunjung mengunjungi taman ini di waktu malam.Lebih menarik terdapat kemudahan kereta api yang mengelilingi taman dan juga cruise untuk membolehkan anda melayari tasik di tengah-tengah taman ini.

Bukan itu sahaja, landskap penuh warna warni dapat di nikmati di malam hari, selain kerlipan neon dan lampu pelbagai rupa, paddle boat ride, 99 Dinosaur park turut menarik perhatian.Jangan lupa bergambar kenangan di 12 zodiac zone, The isle of heart, Tulip Light Hill dan 99 LED Eiffel Towel. Pasti dapat merakam  momen menarik untuk anda dan keluarga tercinta!


99 wonderland

  
                               Taman Rekreasi 99 Wonderland
 



99 zoo
                    
                          Pelbagai haiwan liar seperti di zoo

Peta 99 wonderland




 
Oktober 28, 2021 No comments

 Assalamualaikum.Holaa..Helluuu..

Musim PKP memang terpaksa berkurung di dalam rumah.Tambahan pula bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil, kesihatan adalah matlamat utama dalam kehidupan berkeluarga.Anak-anak yang sihat adalah anak-anak yang cergas, cerdas dan ceria. Jika anak tidak sihat ibubapalah yang terpaksa bersengkang mata dan bersusah payah hendak menjaga mereka.

Justeru di musim pandemik ini adalah masa untuk bersama-sama keluarga, memanfaatkan masa yang ada untuk merapatkan lagi hubungan anak-beranak.Isilah masa lapang dengan pelbagai aktiviti menarik bersama dengan keluarga tercinta.Luangkan masa bermain bersama, menonton tv rancangan kegemaran mereka, melakukan aktiviti riadah dan bersukan, memasak, mengemas rumah, belajar dan meneroka dunia kanak-kanak bersama mereka.

Bagi mommy- mommy yang tak tahu nak buat apa pada masa musim Covid begini, bolehla rajin-rajin menambah kepakaran DIY aksesori anak anda. Kali ini, dikongsikan cara mudah membuat Headband daripada seluar Jeans terpakai. Jom !


Peralatan dan bahan yang diperlukan:

1. Jeans terpakai

2. Gunting

3.Getah halus/getah kain 1.5cm

4.pembaris

5.pensil/kapur lukisan.

6.Benang dan jarum jahit

7.Mesin jahit (jika ada)




1.Langkah yang pertama, gunting kain seluar jeans terpakai mengikut ukur lilit kepala anak anda. Tambahkan ukuran sedikit untuk menghasilkan kedutan pada headband anda.Potong satu lagi kain 1/4 daripada ukuran lilit kepala tadi.




2. Setelah itu, jahit cantumkan bahagian atas kepada bahagian bawah membentuk gelung.Setelah itu, masukkan getah ke dalam kain yang telah dijahit membentung gelung tadi.



3.Gunting lebihan getah, dan cantumkan hujung ke hujung. Setelah itu, jahit cantum kain tadi.Untuk bahagian riben, jahit keliling kain , dan tinggalkan sedikit ruang untuk terbalikkan kain. Setelah itu, terbalikkan kain dan ikat di tengah, membentuk riben seperti dalam gambar.





4. Untuk menambah keceriaan headband, bolehlah hiaskan riben tadi, Letakkan butang berwarna warni, ataupun bunga hiasan.Tada...dah siap!













Jun 06, 2021 No comments

 Assalamualaikum w.bt.

Proses memgandung, melahirkan dan berpantang tanpa disedari ibu2 kekurangan kalsium dalam badan.kaki terasa kebas ,pinggang sakit dan sering lenguh badan.


Tahukah anda mommy pwnyerapan kalsium dalam tubuh ibu ke tubuh anak perlu diganti melalui pengambilan jumlah kalsium yang mencukupi dalam tubuh badan ibu.


Untuk menggelakkan sebarang penyakit akibat kekurangan kalsium dalam badan mommy boleh mengamalkan vitamin dari shakelee. Ostematrix dapat membantu mommy terutama bagi mommy yang alah pada susu dan produk tenusu.

ostematrix

Sesetengah mommy ada yang alah kepada enzim laktase atau laktosa dalam susu lembu.Ia menyebabkan ketidakselesaan perut dan membuatkan mommy cirit birit dan sakit perut sejurus pengambilan susu.


Untuk menggantikan sumber kalsium dari susu ibu boleh amalkan ostematrix daripada shakelee.Ambil suplement vitamin B bersama vitalea dan Ostematrix untuk kesegaran tubuh mommy terutama yang menyusu badan.


Jika nak tambah susu badan boleh juga amalkan protein soya shakelee iaitu ESP.Jika anda mommy perlukan bantuan nak dapatkan shakelee boleh hubungi 018-2417578.

Januari 09, 2021 No comments
Bukan mudah menjadi seorang ibu di zaman mellenium ini tambahan lagi untul ibu bekerjaya.Bergelut dengan tugasan di pejabat dan tempat kerja serta bergusti di rumah demi menyelesaikan tugasan rumahtangga dan melunaskan tanggungjawab sebagai ibu dan suri hati suami.


Memahami beratnya tanggungjawab itu, kewujudan izzly babyfood seakan satu keajaiban buat para ibu.Bukan sahaja memudahkan tugas ibu dalam penyediaan makanan bayi malah membantu anak sentiasa ceria sihat dan gembira. Sudah tentula
h perut yang kenyang dan selesa membuatkan anak tidur lena.Tiada lagi tantrum dan kesukaran untuk tidur.Anak anda cerewet dan memilih makanan? Izzly babyfood juga ada kudapan ringan seperti cookies lazat dan mengenyangkan. 


 Bukan itu saja, dengan kreativiti dan bahan makanan di dalam izzly babyfood, mommy boleh bereksperimen dengan resepi baru untuk santapan harian permata hati mommy dan bunda sekalian. Jom cuba izzly babyfood.

izzly babyfood

 
serbuk ikan bilis

serbuk ayam

Januari 07, 2021 No comments

    Bayi semakin membesar dan susu ibu atau susu formula sahaja tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pertumbuhan tubuh bayi yang semakin membesar.Selain susu ibu atau susu formula, para ibu perlu mempersiapkan bayi untuk menerima makanan tambahan seperti bubur cair bersesuain dengan keperluah tumbesaran bayi anda.

    Oleh kerana bayi belum tumbuh gigi, maka bubur dalam bentuk pepejal belum boleh diperkenalkan kepada bayi justeru ibu perlu menyediakan bayi dengan bubur cair separa pejal.Terpulang pada kebijaksanaan para ibu samaada untuk memilih bubur segera atau menyediakan bubur mudah dengan penyediaan bahan ringkas yang mudah di dapati di dapur anda.Kali ini bubur yang akan disediakan untuk bayi adalah bubur Brokoli + Ayam. Penyediaannya ringkas dan mudah.

Bahan-bahannya adalah:

1) Brokoli

2) Isi Ayam

3) Bawang Putih

4) Bawang Merah

5) Beras biasa / Beras Perang



bubur brokoli dengan ayam

Untuk kali ini beras yang digunakan adalah beras biasa ,terpulanglah kalau ibu-ibu nak gunakan beras perang sebab beras perang lebih berkhasiat.Ada sesetengah orang gemar kisarkan beras sehingga hancur sebelum dijadikan bubur tapi, kaedah yang digunakan untuk bubur ini , tidak menggunakan beras kisar.


bahan bubur brokoli

Berikut adalah cara-cara penyediaan bubur Bayi Brokoli dengan ayam ini.

1.Mula-mula, bersihkan Brokoli dengan merendam dalam air panas selama setengah jam, bagi menghilangkan kutu dan kotoran dalam pokok Brokoli.

2.Kemudian rebus brokoli secara berasingan .

3.Bersihkan beras, kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan isi ayam yang telah dipotong dadu.

4.Masak bubur nasi sehingga telah benar-benar empuk.

5.Setelah bubur nasi siap dimasak, masukkan brokoli dan bubur nasi ke dalam pengisar.

6.Kisar bubur nasi dengan brokoli sehingga hancur.

7.Simpan bubur dalam bekas kedap udara dan ambil sebahagian sahaja untuk bayi anda.

Bubur bayi



Disember 27, 2020 No comments

     Baby walker, seringkali digunakan oleh ibubapa di serata dunia dan dianggap sebagai alat paling ideal untuk mengalakkan anak-anak untuk mula bertatih disamping membuatkan bayi mereka terhibur, tenang dan berasa selamat.Oleh kerana itu juga kebanyakkan ibubapa tanpa rasa was-was memilih untuk menggunakan Baby walker untuk memudahkan kerja mereka menjaga bayi mereka yang cerewet adakalanya hanya mahu sentiasa didukung, menangis dan takut ketika dibiarkan berseorangan tanpa ditemani ibu atau sesiapa di sisi mereka.

    Oleh kerana tuntutan kesibukan seorang ibu untuk melaksanakan tugas rumahtangga, maka ramai ibu yang selesa memilih Baby walker untuk membantu melekakan bayi untuk bermain dan meneroka sekeliling kawasan rumah.Anak kecil berhenti menangis, ibu lega kerja rumah dapat dilaksana!Tanpa disedari sebenarnya terdapat kemudharatan dalam penggunaan Baby walker terhadap anak mereka.Berbeza pendapat dengan orang awam, para penyelidik menegaskan bahawa sebenarnya penggunaan Baby Walker tidak membantu bayi untuk berjalan malah melambatkan dan mengganggu proses semulajadi untuk bayi berjalan!

    Menurut kajian dalam jurnal Pediatrics,antara tahun 1990 dan 2014 lebih daripada 230 000 kanak-kanak yang berumur kurang daripada 15 bulan dirawat di jabatan kecemasan AS kerana kecederaan yang berkaitan dengan walker. Sebilangan besar kecederaan berlaku ketika anak-anak jatuh di tangga sewaktu bermain di dalam walker, biasanya mencederakan kepala atau leher mereka, dan ada kalanya keadaan menjadi lebih serius.

    Mengapa Baby walker tidak digalakkan? Sebaiknya jangan beli Baby walker. Pakar keselamatan dan profesional kesihatan sangat tidak menggalakkan penggunaan Baby walker, kerana jumlah kemalangan dan kecederaan yang ditimbulkannya. Baby walker berbahaya kerana ia memberi akses untuk bayi bergerak dengan kelajuan tambahan, ketinggian tambahan dan terdedah kepada pelbagai bahaya.

    Bukan itu sahaja,menurut Dr. Claire McCarthy, daripada Harvard health Publishing,kanak-kanak yang duduk di dalam baby walker boleh menarik barang-barang ke bawah sendiri, atau mencapai benda-benda berbahaya (seperti benda tajam atau cecair panas) yang tidak dapat dijangkau juga boleh terhantuk pada permukaan keras dan tajam. Malah,kanak-kanak ini boleh terjatuh dari baby walker dan cedera atau berkemungkinan lemas ketika mereka berlari ke kolam renang. Terdapat juga kecederaan akibat mainan yang melekat pada Baby walker.

    Bayi yang menggunakan Baby Walker lebih memerlukan perhatian berbanding apabila bayi tidak menggunakannya.Statistik menunjukkan  hampir 40%  kanak-kanak yang menggunakan Baby Walker berakhir dengan kecederaan (Anggaran 4000 kecederaan setiap tahun di UK). Jurnal Perubatan British menyatakan penggunaan Baby Walker tidak dikaitkan dengan pencapaian duduk atau berdiri.Oleh kerana Baby Walker menahan mereka untuk tegak, anak itu tidak belajar kemahiran keseimbangan yang betul yang diperlukan untuk berjalan.

    Terdapat juga kajian menunjukkan penggunaan Baby Walker dengan kelewatan perkembangan kemahiran  motor.Ini kerana, secara semulajadinya kebanyakkan bayi berguling di atas lantai,duduk dan merangkak, menjalar atau mengesot, berusaha untuk berdiri dengan berpaut di sekitar perabot atau objek pegun yang lain.Ini bermaksud bahawa bayi perlu menghabiskan banyak masa di lantai, belajar dan berlatih aktiviti ini. 

    Bukti menunjukkan bahawa bayi yang menggunakan Baby walker duduk, merangkak dan berjalan lebih lambat daripada yang tidak menggunakannya dan juga mendapat skor lebih rendah pada Penilaian Bayley yang melihat perkembangan mental dan perkembangan bahasa serta kemahiran motor kanak-kanak.Baby Walker menghalang atau dalam kes yang lebih teruk, mencegah anak itu merangkak dan membuatkan anak dalam kedudukan tegak yang mana mengganggu perkembangan otak semula jadi kanak-kanak.

    Seperti yang dinyatakan oleh Unit Fisioterapi Hospital Gilbert Bain ,Shetland UK Otak berfungsi dalam corak silang silang dengan otak kiri mengawal lengan dan kaki kanan dan otak kanan mengawal lengan dan kaki kiri.Merangkak adalah aktiviti penting dalam mendorong persilangan ini corak di otak untuk berkembang.Penggunaan Baby Walker menyebabkan bayi kehilangan peluang untuk belajar kemahiran motor yang penting dan persepsi seperti jarak dan kedalaman, dan konsep utama seperti masuk / keluar dan atas/ bawah.

    Penggunaan Baby Walker juga  mengganggu perkembangan semula jadi kanak-kanak dan boleh menyebabkan pinggul dan lutut untuk menampung berat badan dengan kedudukan yang tidak normal seterusnya boleh menyebabkan perubahan jangka panjang pada corak anak tersebut berjalan dan kadang-kadang boleh menyebabkan masalah pada pinggul untuk jangka panjang.Baby walker mengajar kanak-kanak untuk mengesot di sepanjang lantai dengan menggunakan jari kaki mereka dan ini menguatkan otot yang salah di kaki. Ini boleh memberi kesan besar pada keseimbangan dan otot serta pengembangan sendi, termasuklah masalah  kaki dan pergelangan kaki untuk jangka panjang.

        Walaubagaimana pun, terdapat beberapa kekangan dalam kajian kajian yang dijalankan dan ada juga beberapa pertikaian tentang baik buruk penggunaan Baby Walker ini. Justeru sebagai ibubapa haruslah membuat pertimbangan yang sewajarnya samaada membenarkan penggunaan Baby Walker kepada anak mereka atau tidak.Sekiranya anda masih teragak-agak dan mencari jalan yang lebih baik untuk mengajar anak berjalan, ikuti nasihat daripada Unit Fisioterapi Hospital Gilbert Bain ,Shetland UK ini:

1)Berikan masa yang secukupnya untuk perkembangan kekuatan dan kestabilan otot, semua bayi akan berjalan ketika mereka cukup bersedia (biasanya antara 9-18 bulan). 

2)Galakkan 'Tummy  Time' sebanyak mungkin - kami menasihatkan bayi mesti tidur terlentang dan  bermain secara meniarap.

'Tummy  Time'  adalah asas utama bagi semua kemahiran motor dan kekurangan ini boleh memberi kesan besar.

3) Sekiranya anda mempunyai lantai keras, pasangkan permaidani besar atau tikar yang tidak bergerakdi lantai supaya bayi anda mempunyai cengkaman semasa mereka belajar merangkak dan berjalan.


4) Pertimbangkan untuk mendapatkan Baby walker jenis tekan yang stabil apabila mereka dapat berdiri sendiri. Sekiranya anda mempunyai lantai lamina, itu adalah idea yang baik untuk memakai kasut bayi atau membiarkannya dengan kaki yang kosong untuk cengkaman yang lebih baik. Beberapa contohnya adalah:

alternative baby walker

alternative baby walker




alternative baby walker



Rujukan:

1.Schopf, Pâmela & Santos, Christian. (2015). The influence of baby walker usage in the sensory motor motor development of children at schools in early childhood education. Journal of Human Growth and Development. 25. 156. 10.7322/jhgd.102998. 

2. Fazen LE, Felizberto PI. Baby walker injuries. Pediatrics.  1982;70(1):1069. [PubMed] [Google Scholar]
3. Bar-on ME, Boyle RM, Endriss EK. Parental decisions to use infant walkers. Inj Prev. 1998;4(4):299–301. [PMC free article] [PubMed] [Google Scholar]
4. Kendrick D, Marsh P. Babywalkers: prevalence of use and relationship with other safety practices. Inj Prev. 1998;4(4):295–8. [PMC free article] [PubMed] [Google Scholar]



Oktober 31, 2020 1 comments

     Detik kelahiran bayi pertama merupakan satu detik indah yang dinantikan oleh bakal ibu.Setiap pasangan yang berkahwin pastinya akan menantikan detik-detik gemilang mendengar tangisan pertama bayi mereka.Pastinya pelbagai persediaan awal telah dilakukan oleh bakal ibu bapa untuk memastikan segala kelengkapan buat bayi tercinta dipenuhi.

    Bukan sahaja persediaan untuk kelahiran, malah persediaan bayi seperti pakaian, penyusuan, mandian , dan juga lampin pakai buang untuk bayi.Pemilihan lampin pakai buang untuk bayi bagi menggantikan penggunaan lampin kain yang digunakan secara tradisional adalah konvensional dan lebih praktikal di zaman ini.

lampin kain


lampin tradisional
                                                                 Cara pemakaian lampin kain tradisional

    Namun , terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam penggunaan lampin pakai buang ini.Ibu bapa perlu membuat kajian dan tidak boleh 'tangkap muat' sahaja dalam pemilihan lampin pakai buang yang akan digunakan oleh bayi mereka. Berikut merupakan perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan lampin pakai buang bayi:

1) Penggunaan material untuk membuat lampin pakai buang.

Pentingnya memastikan material yang digunakan untuk lampin pakai buang bersesuaian dengan bayi anda.Tidak terlalu lembut  atau terlalu tebal dan keras untuk kulit bayi.Dibimbangi lampin pakai buang boleh menyebabkan kulit bayi melecet kerana material yang tidak bersesuai dengan kulit bayi yang lembut dan masih sensitif. Disamping itu material yang digunakan hendaklah diyakini selamat tanpa sebarang bahan kimia yang boleh merengsakan kulit bayi atau mendatangkan alahan kepada kulit bayi anda.Tidak ada sebarang campuran yang boleh menyebabkan kegatalan kulit dan bahagian sulit bayi anda dan tidak mengganggu hormon bayi anda. Sesetengah campuran bahan kimia boleh menganggu hormon dan pertumbuhan bayi.

2) Ketahanan Lampin pakai buang.

Lampin pakai buang yang mempunyai ketahanan boleh mengelakkan kebocoran.Tahan lasak dan dalam masa yang sama tidak merosakkan kulit bayi.Biar pun berjam-jam bayi anda memakainya, ketahanan lampin pakai buang masih terjamin.

2) Kesesuaian lampin pakai buang dengan kulit bayi.(Sesetengah bayi mempunyai kulit yang sensitif dan mudah melecet atau mudah terkena alahan ruam lamping dan sebagainya).

Kulit bayi masih lembut dan mudah tercedera.Pentingnya kesesuaian lampin pakai buang dengan kulit bayi dimana lampin pakai buang yang 'mesra' kulit bayi serta mempunyai rongga udara dan bukaan untuk kulit bayi bernafas.Jika tidak, bahagian sulit bayi akan terperap dan berbau kepam.

3) Saiz dan potongan (cutting) lampin buang bersesuaian dengan saiz pinggul dan punggung bayi.

Saiz dan potongan lampin pakai buang mestilah bersesuaian dengan tubuh bayi anda.Tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Memberi rasa selesa sehingga bayi anda tidak sedar mereka memakai lampin!

4) Harga lampin pakai buang.

Jika harga sekeping lamping pakai buang pun dah mencecah seringgit sehelai, macam mana nak bertahan sampai hujung bulan kan?Pilihlah lampai pakai buang yang lebih ekonomik dan dalam pada masa yang sama memenuhi kriteria bersesuaian untuk bayi anda. Pastinya setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak bukan?


diapers huggies




drypers murah



PetPet


mikubi


Oktober 28, 2020 No comments
   Menjadi seorang ibu merupakan satu anugerah yang tak terhingga nilainya.Seorang ibu sentiasa memikirkan yang terbaik untuk anak-anak dan sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi kehendak dan keperluan anak-anak.

    Bagi yang pertama kali bergelar seorang ibu pasti lebih teruja untuk melunaskan tanggungjawab sebagai seorang ibu.Pertama kali bergelar seorang ibu, sebolehnya semua keperluan anak cuba untuk dilengkapkan baik dari segi pemakanan, pemakaian, Jadual harian anak, dan juga pendidikan anak-anak. 

     Sudah menjadi kelaziman untuk seorang ibu menyediakan bahan permainan untuk anak-anak bagi melengkapi tahap perkembangan dan keperluan emosi serta intelektual anak.Melalui barang permainan, perkembangan psikomotor dan emosi anak akan lebih aktif.

    Malah menggabungkan aktiviti bermain sambil belajar dapat meningkatkan tahap perkembangan EQ dan IQ anak kecil yang sememangnya sedang pesat membangun. Busy Book bukanlah sesuatu yang asing lagi dikalangan ibu-ibu.Ia seakan satu keperluan untuk anak-anak memiliki sekurangnya satu jenis Busy Book untuk dijadikan bahan pembelajaran pertama anak-anak.

     Kali ini entry ini akan menunjukkan DIY Project Busy Book yang mudah untuk anda semua lakukan sendiri di rumah! Bahan -bahan yang diperlukan Adalah: 

 1. Kain Felt pelbagai warna. 

BUSY BOOK DIY


 2. Gam fabrik / glue gun. 

Do it yourself

3. Gunting / Craft puncher pelbagai bentuk.
4.  Pembaris.
5.  Jarum dan benang jahitan.
6. Tali berlbagai warna/ riben.
7. Butang / zip pelbagai warna dan jenis.
8. zapper.
9. Hiasan seperti pom2, biji mata plastik, dsb.
    (Mengikut kesesuaian).

Berikut adalah langkah2 penyediaan:

1.gunting kain felt 90×90 atau mengikut ukuran yang dikehendaki.(ini akan menjadi lembaran busy book anda)
2.lakarkan bentuk yang dikehendaki dan tekap Pada kain felt.Gunting keluar bentuk yang akan terhasil.
3.Gamkan bentuk tersebut pada permukaan budy book.
4.Pelbagaikan hasil karya anda.
5 Setelah siap, himpun semua helaian dan cantumkan buku anda.


bug busy book


dolphin busy book




animal diy busy book


child busy book




Oktober 27, 2020 2 comments
Older Posts

About me


NABILA SYIFA
Selangor
Wife | Mother | Blogger
Mula berblog sejak 2014. Minat membaca dan menulis.
Untuk ADVERTORIAL, REVIEW, COLLABORATION dan SPONSORSHIP.
Boleh emailkan ke:
nabilasyifa86@yahoo.com

Pengikut

Follow Us

Labels

DIY Education Education Tools Entertainment Fashion food Food & Receipe Health & Beauty Hiburan Information Life & Style Lifestyle Malaysia Parenting Segment & Review Travel TTC Tutorial Blog Tutorial ICT

Blog Archive

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  Mei (1)
      • TOYOTA : Kinto One-Konsep Islamik
  • ►  2021 (5)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2020 (12)
    • ►  Disember (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (4)
    • ►  April (3)
  • ►  2019 (11)
    • ►  Disember (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (3)
  • ►  2018 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Julai (2)
    • ►  April (11)
  • ►  2017 (25)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (1)
  • ►  2016 (41)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (7)
    • ►  September (5)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2015 (45)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (6)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2014 (49)
    • ►  Disember (9)
    • ►  November (24)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (2)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)

top commentator

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates