facebook youtube twitter instagram instagram linkedin
  • Home
  • About
  • Lifestyle
  • Family
    • TTC
    • Parenting
  • DIY
    • Crafts
    • Sewing Projects
    • Home Decors
  • Receipes
  • contact

mommymillennia

Okeyh..salam Jumaat.Actually I memang suka hari Jumaat ni sebab I lahir dulu2 hari Jumaat.
Baiklah entri kali ini pasal yang kat 'atas' tu..

Hm..ni sikit intro ..


Ha..itu cita2 Tegar da..

Agak2 nye apa cita2 korang pulak? Dulu2 masa I sekolah rendahkan..I rasa bukan I sorang je pun..(semua mesti pernah alaminya) Cikgu selalu tanya, kamu nak jadi apa besar nanti? apa cita2 kamu? - masa tu mulalah sibuk nak pikir nak jadi apa yek? Hm oleh sebab keterbatasan oleh pendedahan tentang kerjaya..maka jawapan klise yang diterima rata2nya adalah..

Saya nak jadi DOKTOR,PEGUAM,CIKGU..Balik2 jawapan yang sama je budak2 ni bagi.Pada waktu itu seingat I dalam darjah lima..(ketika cikgu hendak isi fail rekod pelajar) I telah menjawab soalan Cikgu itu dengan sesuatu yang lain daripada yang lain?

Cikgu: Apa cita-cita kamu?
I: Nak jadi Guru (jawapan klise)
Cikgu :Lagi ?
I: Nak jadi Doktor (jugak klise)
Cikgu :Pilihan ketiga? (Ada 3 kotak untuk diisi)
I: Nak jadi Tukang Jahit. (Ni jawapan X klise)
Cikgu  :Hah? Tukang jahit? Kenapa kamu nak jadi tukang jahit???
I:(blurrrr) Kenapa pulak? tak boleh ke jadi tukang jahit? salah ke? (Blurrr lagi)
Cikgu: ? #$%&^@!!!


Sebenarnya I suka tengok baju cantik2..tengok orang pakai baju fesyen2..nampak up to date..Pastu baju tu pulak I yang design..Hmmm..

'Term' yang betul adalah Fashion Designer..Tapi disebabkan waktu tu I ni bodo2 alang tak tahu nak bezakan tukang jahit dengan Fashion Designer.Zaman2 tu pulak..mungkin  lapangan fesyen kurang pendedahan dan kurang famous lagi kot..jadi I pun tak tahu nak panggil apa yerk kerja tu dan jawablah pada cikgu 'tukang jahit'. Yang cikgu pulak blurrr jugak..apa ke budak ni nak jadi tukang jahit? - sepatutnya dia boleh betulkan misconception 'budak' tu; masa tu .Beritahu Budak kecik tu..awak dah salah faham.maksud awak tadi nak jadi Fashion Designerkan?

Okeyh..Tak kisahlah apa pun cerita tentang cita2 ni..Kadang2 cita2 kita berubah mengikut tahap dan peringkat umur.Iyelah kan..konon waktu kecik2 (dah beso nanti aku nak jadi penyanyi) pastu dah besar sikit dah matang (aku nak jadi saintis ternama) pastu dah dewasa pulak (susahlah nak capai cita2 jadi saintis, tak apalah aku jadi Pensyarah Sains jelah) pastu dah tua2 ( Hm..tercapai jugak cita2 aku akhirnya..lepas ni satu je lagi cita2 aku----> Nak berkhidmat untuk bangsa dan negara, anak dan keluarga) Lastly sebelum mati ( Cita2ku nak mati dalam Imaaannn..)

Whateva..banyak bebel ! Tengok budak2 ni semua mengejar pelangi cita2, harapan dan impian masing2.Mereka ni berbakat.Mungkin itu bukan cita2 mereka pun..ada yang jadikan bidang yang diceburi secara sementara ini untuk mengisi masa lapang yang terluang.BAGUSLAH.. sekurang-kurangnya mereka buat perkara elok, dan berfaedah..daripada buang masa tak tentu pasalkan?


ART
   Kecik2 dah rajin


Belanja sikit persembahan dari kump. Sape Lele SMK Cheras ni-
ciluk dari TV1 je pun ehehe..


Jadikan masa anda yang terluang lebih produktif.Ingat surah AL-ASR?

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".

(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
November 29, 2014 No comments
Salam..Hai U all..

                                                    Keratan daripada cerita 'Happy Gost II'

Terkadang perih juga menjadi guru di zaman mellenium ini. Bila guru bersuara dituduh mengeluh. Hakikatnya inilah cabaran 'memanusiakan manusia' di zaman ini.Hatta ada di antara ibubapa sendiri yang I percaya  turut terasa bahang cabaran 'memanusiakan manusia' ini.


Guru

Pengalaman I sendiri (walaupun agak memalukan dan sehingga kini rasa diri memang tak berdosa ) I pernah ditampar seorang guru Matematik sewaktu dalam darjah 5 atau 6 (kurang ingat) Atas kesalahan tersalah buat latihan matematik, tersalah teknik menulis pengiraan dan jawapan..di depan semua murid di dalam kelas.

Kerana tidak puas hati I cuba membela diri dan ditampar sekali lagi. Guru itu kemudiannya menuduh I mereka2 teknik jawapan/penulisan kira2 (tak berapa ingat) lalu memanggil guru Matematik I yang mengajar I di tahun sebelumnya (guru Matematik darjah 4).Lalu di depan kawan2 dan guru itu sekali lagi I dimalukan, dihina dan dimarahi.I tahan air mata untuk menitis walau waktu tu rasa I memang innocent dan tak berdosa BESAR pun!

Cikgu tu naik baran dan terasa tercabar dengan kelakuan I yang tak disengajakan /mungkin rasa I melawan dia kot? I tak rasa I berniat untuk KURANG AJAR atau buat jahat pada dia.Tapi sampai sekarang peristiwa tu I ingat dan tak boleh lupa.Waktu itu dia dah sarat mengandung. 

Dia dah pindah dan sejak itu I tak pernah jumpa Cikgu tu lagi..Tapi sampai sekarang tertanya2 BESAR sangat ke dosa I dengan dia waktu tu? Kalau pun I jumpa dia balik I bukan nak simbah Asid ke apa, I cuma nak tanya balik "Cikgu..besar sangat ke salah saya dengan cikgu? Kenapa sampai macam tu sekali malukan saya? " ~ I cuma nak dengar penjelasan atas tindakkan dia dan rasionalnya sahaja.Kalau bertindak dengan rasional ..I bolehlah terima.Redha. Tapi I rasa tindakan dia waktu itu lebih kepada EMOSIONAL berbanding RASIONAL.




MANUSIA:

Allah s.w.t telah menjadikan manusia sebaik-baik kejadian dan keistemewaan tersendiri berbanding dengan makhluk ciptaannya yang lain di atas muka bumi ini.Manusia diciptakan:

·         Kita adalah khalifah di muka bumi ini.
·      Allah menciptakan kita,manusia dengan memberikan hak kepada manusia untuk  membuat pilihan  perjalanan hidup kita di alam ini.
·   Manusia  juga telah dikurniakan dengan akal fikiran yang membezakan kita dengan makhluk lain.

Jadi persoalannya bagaimana hendak memanusiakan manusia? Apa manusia itu masih belum layak bergelar manusia ke..sehingga perlu proses yang dinamakan ‘memanusiakan manusia’?

Pendidikan bertujuan memanusiakan manusia iaitu menjadikan seseorang itu (anak didik) seperti sifat  manusia yang seharusnya.Berbalik kepada pengertian manusia di atas.Manusia dijadikan untuk menjadi khalifah,memilih jalan hidup yang betul dan lurus serta memaanfaatkan kurniaan akalnya semaksimum mungkin untuk tujuan kebaikkan sejagat.

Tapi hari ni, proses 'memanusiakan manusia' ni jadi lebih sukar sebab wujudnya dasar2 pelik, undang2 alam yang ntah apa2, dan ditokok tambah lagi dengan pelbagai cubaan dan dugaan luar yang gatal menggoda.Kalau zaman dulu guru bebas menggunakan cara mereka yang tersendiri untuk 'mendisiplinkan' anak2 ini tapi dewasa kini.. anak2 tidak lagi boleh ditegur, dijentik, dicubit, apatah lagi dipukul.

Asal anak2 melawan ..menjawab ..kurang ajar dengan guru.--> yang salahnya GURU,
Asal anak2 malas belajar, tak bawa buku ke sekolah, tak nak datang sekolah--> yang salahnya GURU
Asal anak2 tak pandai, malas baca buku, malas belajar--> yang salahnya JUGA GURU
Asal anak2 liar, pandai bergaul tanpa batas, berjinak2 dengan rokok, buli, gangster-->salahnya TETAP GURU

Ahh..jadi di mana silapnya ibubapa? di mana silapnya anak-anak itu sendiri? di mana pula silapnya anasir2 luar dan pengaruh2 buruk  yang tidak bermoral itu?

P/s:
  • Kalau rasa2 diri tak penyabar..tak payah gatal nak jadi Cikgu.
  • Bertindak ikut RASIONAL bukannya EMOSIONAL

      

November 27, 2014 No comments
Hai semua blogger.Salam sejahtera

Gatal tangan sesangat  nak taip entri ni.Cerita ni masa zaman dulu-dulu.Masa tu I masih di sekolah menengah.Tak silap I dalam tingkatan 4. Waktu tu I dalam kelas aliran Sains Tulen.Kebetulannya I baru sahaja bertukar ke sekolah tersebut.Jadi, dalam banyak-banyak kejadian.. ada satu kejadian ni berlaku dalam kelas Matematik Tambahan.




Ada seorang guru baru, masuk ke dalam kelas kami.Kononnya dia dulu daripada sebuah sekolah berprestasi tinggi swasta.Lagaknya macam Ayam Jaguh masuk gelanggang.Elok sahaja masuk ke kelas dia mula bercerita dan memandang para pelajar dalam kelas kami macam serba tak kena pada matanya.

Tiba-tiba dia menceritakan kebanggaannya menjadi salah seorang ahli sekolah berprestasi tinggi dulu. Kemudian tak segan silu 'angkat bakul sendiri'  dan yang buat I sakit hati bila dia mula memandang rendah para pelajar yang memilih bidang sastera dan yang selainnya daripada bidang sains.



Dengan penuh rasa bangga dia berkata, masa depan bidang sains lebih cerah berbanding bidang sastera dan lain2.Malah dia memperkecil-kecilkan pelajar-pelajar yang mengambil bidang tersebut. Katanya, bidang itu tak ada masa depan.Tak ada kelas.

Siapa dia hendak menentukan rezeki dan masa depan orang lain? ahli nujum? tukang ramal? Terus-terang hilang terus rasa hormat I padanya waktu itu.Mengajar pun lebih kurang je..cakap bukan main besar.Kenapa perlu pandang rendah pada keputusan dan pilihan orang lain?Kenapa perlu membanding-banding kelebihan diri dengan orang?

Tak kisahlah kalau itu pendapat peribadi dia..tapi janganlah memperkecilkan orang lain.Cara dia bercakap sendiri pun macam nak mendabik dada.Macam dia seorang sahaja yang hebat..yang bagus..yang betul segala-galanya.

Rezeki itu ditangan Allah..buatlah apa pun pilihan asalkan dengan niat yang betul dan usaha yang diredhai Allah, insyaallah..akan ada rezeki untuk kita.

Lagi satu..jangan suka-suka hati je nak memperkecil-kecilkan orang.Hormati keputusan dan pilihan orang lain.Jangan pandang orang sebelah mata.

Kadang-kadang yang nampak hina pada mata kita lebih mulia di pandanganNYA.Tak kisahlah pangkat awak tu sebesar mana sekalipun, ilmu awak tu seluas mana sangat pun..berpijak di dunia nyata! Ada kuasa yang lebih besar di atas SANA.

Tak semestinya awak tu orang sains..awak berjaya,kaya ,raya.Tak semestinya juga orang sastera tu mundur dan gagal sahaja.Sekarang pun ramai je graduan dari aliran sains yang keluar universiti yang menganggur.Jadi.. rezeki tu di tangan tuhan.Bukan pada tangan manusia.

Yang penting..I memang tak suka orang yang suka memperkecil-kecilkan orang lain.TITIK.




November 26, 2014 3 comments
Salam mesra.Hi semua blogger.Harap sihat2 belaka.Yang sakit makan ubat cepat, jangan biar melarat, yang dah melarat ,buat2lah solat sunat taubat..takut tak sempat.

Bismillahirahmanirrahim..

Betul ke, Genetik boleh mempengaruhi Intelektual (kecerdikan dan kecerdasan otak) anak-anak?
Bermaksud, kalau nak anak bijak , kena pilih pasangan yang bijak2.Mak kena jadi bijak, hasil daripada baka bijak dan bapak jugak kena daripada baka bijak? Betul ke ni??

Maksudnya, kalau mak atau bapak  yang kurang cerdik atau dua2 mak dengan bapak memang langsung tak berapa nak cerdik, tak ada peluanglah nak hasilkan benih yang cerdik? tak ada peluang nak dapat waris yang high level intelektualnya?


Genius Malaysia

Adik Adi Putra-Genius Matematik Malaysia

Menurut The California State Department of Education,terdapat lima bidang pengkelasan utama untuk mengkategorikan seseorang kanak-kanak itu sebagai Genius ( berkebolehan luar biasa)  iaitu:

1.Keupayaan intelek yang tinggi.
• Ini ditentukan oleh ujian IQ
• Antara keupayaan yang akan dinilai berdasarkan:
  # Lisan
  # Matematik / Kuantitatif
  # Spatial
• Pelajar tidak semestinya menunjukkan prestasi yang setara dalam ketiga-tiga bidang tersebut.

2. Pemikiran Kreatif
• Ini dinilai melalui pemerhatian dan skala ciri-ciri tingkah laku.
• Sebahagian daripada ciri-ciri berikut dapat dikenalpasti:
  #  Berkemahiran dalam  penyelesaian masalah yang kreatif.
  # Keinginan  dan kecenderungan untuk menjadi unik dan lain daripada yang lain.
  # ‘Sense of Humor’ yang kuat.

3. Kepimpinan
• Ini ditentukan oleh pemerhatian dan skala tingkah laku ciri.
• Ciri-ciri yang dapat diperhatikan:
  # Popular; disukai oleh rakan-rakan
  # Yakin pada diri sendiri
  # Berdisiplin dan teratur.
  # Berpengaruh.

4. Kebolehan Akademik Tertentu.
• Ditentukan oleh skor ujian.
• Dianggap seorang pelajar yang cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu bidang akademik
• Pelajar berprestasi tinggi di sekolah

5. Visual dan Seni Persembahan.
• Selalunya ditentukan oleh portfolio atau uji bakat
• Biasanya pencapaian dalam satu atau lebih daripada bidang tertentu: seni, drama, muzik, dan / atau tarian.

DAN saya menambah satu bidang lagi yang tidak dinyatakan di sini iaitu:

6. Al-Qur’an dan Hadith.
• Dapat dikenalpasti melalui bakat dan kebolehan secara pemerhatian dan ujian lisan atau bertulis.
• Biasanya pencapaian dalam satu atau lebih daripada bidang tertentu: menghafaz Al-Quran/
Membaca Al-Quran dengan lancar dan bertajwid / menghafaz hadith.


Genius Kimia

                                                           Adik Ainan Cawley -Genius Kimia Malaysia


Berikut merupakan beberapa Fakta  dan laporan mengenai perhubungan antara Genetik dan Anak Genius :



# Fakta: 1


IQ Scale


"Cerys Cooksammy-Parnell adalah seperti kebanyakan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun  yang lain.Dia membesar di Birmingham, England. Dia suka bermain mesej dengan rakan-rakannya, dia baru sahaja mula belajar bagaimana untuk bermain tenis, dia tidak pernah  mengalahkan bapanya di dalam permainan catur, dan permainan iPhone kegemarannya adalah 'Fruit Ninja'

Sesuatu yang luar biasa mengenainya adalah,Cerys telah deperakui sebagai GENIUS.Dengan ukuran tahap IQ yang lebih tinggi berbanding Einstein dan Stephen Hawking!
Cerys bukan GENIUS termuda, tetapi dia adalah yang paling muda yang pernah dicatatkan mencapai skor yang sempurna 162.

Macam mana tu? menurut laporan, satu faktor yang dikenalpasti adalah kerana GENETIK.Ya, keturunannya!.Lagipun, ayahnya adalah bekas juara catur, seorang peguam yang berjaya, dan memperolehi catatan 142 pada ujian IQ, sekaligus meletakkan dia sebagai dalam kalangan dua peratus IQ tertinggi daripada jumlah populasi keseluruhan penduduk. Jadi, adakah Cerys mewarisi kepintarannya daripada ayahnya?"


# Fakta: 2

Kajian daripada Genome-wide association menunjukkan bahawa kecerdasan akal manusia adalah sangat diwarisi dan bersifat poligenik. 



genetik

Genetik

# Fakta: 3

Menurut  Dr. Keith Witt seorang  Clinical Psychologist & guru menyatakan:

"Kajian terhadap faktor genetik telah melaporkan satu penemuan bahawa:anak lelaki mewarisi kebanyakkan daripada kepintaran mereka dari gen X mereka, yang feminin.Ini bermaksud, anak lelaki mewarisi kepintaran kebanyakkannya daripada ibu manakala anak perempuan mewarisi kepintaran kedua-dua ibu dan bapa.


Daripada 23 set kromosom dipadankan kita semua mempunyai, dua puluh dua padanan ,tetapi terdapat perbezaan pada jantina kromosom:

Lelaki mendapatkan X daripada ibu mereka dan Y daripada bapa mereka, dan wanita mendapatkan X daripada kedua-dua ibu dan bapa.Kromosom Y daripada padanan kromosom XY mempunyai 100 gen tetapi satu pun daripada gen itu tidak terlibat dalam kognitif- Berfikir, Merancang, dan  mengenalpasti.. semua yang berkaitan dengan kepintaran.Berbeza dengan kromosom X yang mengandungi 1000 gen dan kebanyakkannya mempengaruhi tahap kepintaran dan kognitif."



kromosom


# Fakta: 4

Dalam sebuah artikel yang ditulis di dalam The New York Times Magazine, David L. Kirp, professor of public policy at the University of California, Berkeley,telah membuat kesimpulan berdasarkan perbahasan  berkenaan konsep genetik.

Menurutnya, persekitaran juga memainkan peranan untuk mencapai potensi genetik yang baik iaitu; 

Kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran yang baik, ibu bapa yang sangat menyokong dan membantu proses perkembangan kongnitif anak, dapat membantu anak mencapai tahap kognitif dan intelektual yang tinggi.


# Fakta: 5

Walaupun begitu, sekiranya kepintaran luar biasa ini tidak dimanfaatkan dan diperkayakan /diberi rangsangan yang elok maka masa depan kanak-kanak Genius ini mungkin musnah begitu sahaja kerana mereka merasakan tiada gunanya Anugerah kepintaran luar biasa itu kepada diri mereka.Mereka  mungkin merasakan diri mereka berbeza, sangat sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran dan orang-orang disekeliling, dan mula bosan dengan kurniaan tersebut.Mereka akan merasakan kurniaan itu sebagai satu beban yang menyusahkan.

Penting untuk membantu anak-anak Genius ini menyesuaikan diri dalam persekitaran dan hidup bermasyarakat agar mereka tidak sesat.Apa yang menyedihkan hari ini, semakin ramai genius yang dilahirkan , semakin mudah pula ia dihancurkan.Ada yang akhirnya terkapai-kapai di tengah lautan dan hanyut di bawa arus deras entah ke mana halanya.Entah mengapa kurniaan yang dianugerahkan tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya.


Adakah ia sebahagian daripada rencana BARAT yang sengaja hendak menyesatkan.Adakah agenda tertentu yang telah direncanakan untuk memusnahkan para ilmuan dari negara ISLAM agar tidak akan ada yang mampu menandingi 'kehebatan' dan 'kegeniusan' mereka akhirnya?

Ada juga media luar yang telah menulis 'How Malaysia has failed its gifted children'.Ya, kegeniusan mereka tak pergi ke mana.

Entri ini BUKAN bersifat berat sebelah.Siapalah I untuk menunding jari menyalahkan sesiapa. Tepuk dada tanya hati, tanya minda anda.Di mana silapnya?


Jadi kesimpulannya di sini, Genetik memang memainkan peranan dalam Intelektual dan level IQ anak-anak.Tetapi terdapat banyak faktor lain yang turut menjadi penyumbang.Isu genetik dan kepintaran anak ini hanya tertakluk untuk anak2 yang memang Genius (mempunyai kebolehan istimewa semula jadi * anugerah allah)

Berbeza dengan bakat.Bakat dan kemampuan anak-anak boleh dilatih bersesuaian dengan minat anak.Ibu bapa boleh memperkayakan pengetahuan anak dan membantu peningkatan tahap kognitif anak-anak dengan memberi rangsangan terhadap deria mereka, psikomotor, dan kognitif.


'Anak itu ibarat kain putih.Ibu bapalah yang akan mencorakkannya dengan warna-warna pilihan mereka.Buatlah pilihan yang bijak!'



sumber (fakta) :

Davies, G., Tenesa, A., Payton, A., Yang, J., Harris, S. E., Liewald, D., … Deary, I. J. (2011). Genome-wide association studies establish that human intelligence is highly heritable and polygenic. Molecular Psychiatry, 16(10), 996–1005. doi:10.1038/mp.2011.85.

sumber gambar: Google

November 24, 2014 No comments
Haluuu..you all sehat? Thanks sebab sudi singgah ye?  Semua pernah tak tengok iklan ni?


(iklan dari :google)


Haha..lawak tul iklan ni! tapi hari ni bukan nak cerita pasal tu.Bukan nak promote product, semua pun bukan.

Nak tanya you all mana lagi penting, cantik luar ke.. cantik dalam? Ke dua2 kena cantik bak kata orang cantik luar & cantik dalam?

Okeyh al-kisah.Mungkin antara pembaca blog ni ada yang pernah duduk di asrama. Pernah ada roomate, kawan baik atau classmate.Pernah tak kan, you all dapat roomate yang muka cantik, pakaian bukan main up to date ,bergaya, anggun, diva de boom! Bam boom Bang! Tapi...??

Bekas makanan seminggu 'peram' tak basuh2.Baju recycle 10,20 kali baru basuh, Cawan, sudu,garfu simpan sampai cukup sebulan..sampai berkulat2.Almari baju..tak payah nak ceritalah..berterabur macam tong sampah.


Sarang tikus

Rumah ke, sarang  tikus ni?


Tu belum masuk bab lain2.Baju dalam bakul bertimbun-timbun sampai tak muat bakul.Al maklumlah stok baju banyak..mengalahkan gudang fabrik pakaian.

Tapi pergi kelas pandai pulak nak wangi2, nak cantik2 nak bergaya.Oh my, my? Berbotol minyak wangi sembur masa nak keluar.Tapi kat dalam rumah sendiri..dah macam bau tempat pembuangan sampah! Nak bernafas pun nyawa-nyawa ikan!

"Eeee..muka cantik tapi PENGOTOR, PEMALAS!"

Ini bukan omong kosong okey? memang kenyataan dalam dunia ni memang ada orang yang macam ni.Kat luar penampilan memang mengalahkan artis terkenal tapi sebaliknya..(pandai2 lah pikir).Biasanya hal2 macam ni hanya orang terdekat, terapat, yang tinggal sebumbung, sebilik, serumah sahaja yang berpeluang mengetahuinya.Hatta selepas berkahwin nanti barulah pasangan mengenai 'sebenar-benarnya' sifat pasangan mereka itu.

Pengalaman zaman belajar dulu, pensyarah I ada bercerita tentang anak didiknya.Seorang yang cemerlang dalam akademik.Pointer memang GEMPAK selalu.Tak pernah mengecewakan. Sayangnya, menurut rakan-rakan sekelasnya.. dia tu PENGOTOR!

Bayangkan rakan sebiliknya cakap, loker punyalah tak pernah kemas.Baju pun selalu recycle balik pakai.Memang rakan sebilik tak 'ngam' langsung.Mana taknye..belajar je 24 jam.Yang lain2 langsung tak ambil peduli.Bilik malas kemas, tak bersapu, bersawang bagai.Macam rumah hantu!


cerminan peribadi


That's why my lecturer pun cakap:

"You all, belajar,belajar jugak tapi janganlah sampai abaikan kebersihan diri, dan sekeliling.Kawan2 tak respect.."

BUKAN semua yang muka cantik tu Pengotor dan malas.Sebab tu I terangkan tadi..nak cantik luar ke, nak cantik dalam ke, atau You all nak cantik kedua2nya.

Itu baru sentuh bab kebersihan diri, persekitaran, dan sikap.Belum sentuh soal peribadi lagi.





"Eee.. muka cantik tapi Mulut PUAKA!"

ini satu lagi.Allah dah jadikan awak tu cantik, tapi mulut tu tak cantik!Bercakap tu biarlah beradab, sopan sikit, jangan asyik mencarut tak tentu pasal.Biarlah cantik luar..cantik dalam!


p/s:

  • Tepuk dada ,tanya selera..cantik macam mana yang you all hendak??
  • Jaga diri hiasi peribadi




November 24, 2014 3 comments
Apa yang you all tahu pasal otak? Otak-otak? 

Tahu tak, akal adalah anugerah paling istimewa yang membezakan manusia dengan haiwan dan makhluk lain.Akal manusia adalah melalui kurniaan yang tak ternilai iaitu otak!

Sedikit perkongsian mengenai otak manusia (walaupun mungkin dah basi sebab ramai dah tahu) :

Otak manusia terbahagi kepada beberapa bahagian.Bahagian penting yang terkandung  di dalamnya adalah :




1)Serebrum

Serebrum adalah bahagian terbesar otak dan merupakan sebahagian utama otak. Ia menempatkan pusat saraf yang mengawal deria, aktiviti motor dan kecerdasan.


2) Serebelum

Bahagian kecil ini adalah rantau kedua terbesar otak. Ia terletak di belakang  dan di bawah serebrum dan di belakang stem otak dan melekat pada otak tengah. Ia mempunyai dua hemisfera dan korteks luar. Bahagian ini yang terlibat dalam pergerakan dan koordinasi, berjalan, postur, refleks, mata dan pergerakan kepala. Ia menyelaras pergerakan bawah sedar seperti keseimbangan dan pergerakan diselaraskan. Bahagian ini sentiasa menerima maklumat  tentang kedudukan tubuh dan pergerakan. Ia juga menghantar arahan kepada otot kita yang menyesuaikan postur kami dan memastikan pergerakan tubuh kita lancar.

4)Medula Oblongata

Medula  oblongata bersambung dengan saraf tunjang .Ia mempengaruhi jantung, pernafasan dan peredaran. Ia juga pusat kawalan untuk muntah, dan batuk.

Terdapat juga bahagian kecil  yang menyambungkan antara ketiga-tiga  bahagian otak ini dengan kelenjar pituitari iaitu hipotalamus yang berperanan mengawal suhu badan kita, gula darah, kelaparan dan hormon.


Fakta menarik tentang Otak manusia:




# Otak manusia adalah lebih tiga kali sebesar otak mamalia lain yang mempunyai saiz badan yang sama.

# Otak seorang lelaki dewasa mempunyai anggaran berat kira-kira 3 paun (1.5 kg). Walaupun ia hanya melibatkan 2% daripada berat badan, ia menggunakan kira-kira 20% daripada tenaganya.

# Otak manusia terbahagi kepada bahagian kanan dan kiri. Pakar tidak pasti bagaimana "otak kiri" dan "otak kanan" mungkin berbeza dalam fungsinya, kecuali:

a) Otak kiri mengawal bahagian Kanan Badan
 b) Otak kanan mengawal bahagian Kiri Badan.
c)  Menurut teori dominasi otak kiri dan otak kanan :
Bahagian otak kanan yang terbaik dalam tugas ekspresif dan kreatif. Beberapa kebolehan yang popular yang berkaitan dengan bahagian kanan otak termasuk:

·         Mengenalpasti dan mengingati wajah seseorang
·         Menzahirkan emosi
·         Muzik
·         Membaca emosi
·         Warna
·         Imej
·         Gerak hati
·         Kreativiti

Bahagian kiri otak yang dianggap mahir tugas-tugas yang melibatkan logik, bahasa dan pemikiran analitikal. Orang yang memiliki keupayaan otak kiri (dominan penggunaan otak kiri) berkebolehan dalam:


·         Bahasa
·         Logik
·         pemikiran kritis
·         nombor
·         penaakulan



# Penyakit otak termasuk penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan multiple sclerosis. Penyakit seperti ini boleh menghadkan fungsi normal otak manusia.

 # Kebanyakan strok berpunca daripada darah beku dalam otak yang menghalang bekalan darah, ini menyebabkan kerosakan atau kemusnahan tisu otak dan pelbagai gejala strok.


Soalan?? 

Semua saiz otak manusia sama? -

Mestilah tak! Taklah betul-betul sama saiz! Ada yang besar sedikit, ada yang kecil sedikit, 
bergantung kepada individu.Tetapi ada satu benda yang sangat jelas.Saintis barat berpendapat dalam sesetengah kes, saiz otak boleh dikaitkan dengan penyakit atau kecacatan atau juga satu anugerah!

Kanak-kanak autistik cenderung untuk mempunyai otak yang lebih besar (dan pertumbuhan awal otak yang tidak seimbang ) berbanding kanak-kanak normal. Hippocampus cenderung untuk menjadi lebih kecil di kalangan orang dewasa warga tua yang menghidap penyakit Alzheimer.





Macammana pula dengan perkaitan anatara saiz otak dengan IQ?

Menurut satu kajian besar-besaran oleh Michael McDaniel Virginia Commonwealth University, otak yang lebih besar telah dikaitkan dengan kecerdasan yang lebih tinggi. Tidak semua penyelidik semestinya bersetuju dengan kesimpulan McDaniel ini. Kajian sedemikian juga menimbulkan persoalan penting tentang bagaimana kita menentukan dan mengukur kecerdasan, sama ada kita perlu mengambil kira saiz badan relatif apabila membuat hubungan itu, dan bahagian-bahagian otak yang kita perlu lihat.


Ia juga penting untuk diambil perhatian bahawa apabila melihat perbezaan individu, jurang variasi antara saiz otak agak kecil. Faktor-faktor lain yang mungkin mempengaruhi atau memainkan peranan penting  dalam kajian IQ dan saiz otak termasuk ketumpatan neuron di dalam otak, faktor sosial dan budaya, dan lain-lain perbezaan struktur di dalam otak.











November 23, 2014 No comments
Bismillahirrahmanirrahim..syukur saya masih berkemampuan untu menulis di dalam catatan kecil ini. Semoga pelawat2 blog yang tak jemu2 berkunjung ke sini sihat belaka.

Saat terdengar khutbah Jumaat hari ini, hati terpanggil untuk menulis entri ini.Walaupun ramai yang sedia maklum dengan mungkin sebahagian daripada informasi yang saya kongsikan ini, saya tetap ingin kongsikannya dengan kalian semua.




Didik anak bukan macam ternak Lembu.Pernah anda lihat Lembu? Pernah lihat orang menternak Lembu? Bagaimana agaknya keadaannya? Senang? atau susah? saya kira dah tak ada yang senang dalam dunia ni.Semuanya bermula dengan susah barulah jadi senang.Lihat sahaja Allah cipta manusia.Sebelum kita boleh berjalan dan berlari seperti hari ini, adakah kita tak pernah melalui saat kesukaran?

Bohonglah jika anda jawab tidak!


Kita melalui pelbagai peringkat sebelum boleh berjalan seperti hari ini.Sejak kecil kita mula meniarap,merangkak, bertatih, sehingga beberapa kali terjatuh barulah kita berjalan dan berlari bukan?

Sebagai seorang ibu dan bapa, usaha mendidik anak sudah semestinya terletak pada bahu mereka. Kerana sejak lahir, merekalah yang paling akrab dan terdekat dengan anak-anak.Sedar atau tidak, proses pendidikan anak sebenarnya bermula sejak seawal kehamilan lagi.

Pernah terdengar ungkapan ' Menjaga Lembu sekandang lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang' ? Mengapa agaknya?

Bayangkanlah Lembu itu boleh juga ditambat, dihambat.Kalau anak perempuan takkanlah hendak ditambat dan dihambat.Tiba masa makan, dihambat, mandi dihambat, tidur dihambat dengan rotan. Lalu untuk mengelakkan dia berkeliaran , ditambat di dalam rumah.Dikurung supaya tak ada mata-mata jahat melihat, tak ada anak-anak lelaki nakal hendak mengorat.Menjaga anak perempuan BUKAN setakat hendak beri makan pakai, bila sudah kenyang, sudah sihat, gemuk2 macam lembu boleh dijual! Auratnya kenalah dijaga, pergaulan perlu dibataskan antara bukan muhrim, maruah perlu dipelihara, agama dan akhlak perlu sempurna.

Kerana sukarnya (ujian) menjaga anak perempuan itu, Rasullullah s.a.w bersabda:

"Barangsiapa memiliki tiga orang anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka nescaya Allah s.w.t akan memasukkan mereka ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA."

Berbalik kepada fokus sebenar bukan hanya menyentuh isu memelihara anak perempuan.Bukan juga isu Lembu.Entri ini memfokus terhadap cara didikan anak-anak mengikut tahap umurnya berdasarkan SUNNAH RASULLULLAH.

didik anak
Tahap 1 (0-6 tahun)

Pernah saya terlihatkan seorang ibu yang menempelak anaknya yang baru berusia dua tiga tahun kerana kenakalannya.Menyebabkan anak itu ketakutan lalu menangis.Malah kadang kala pada usia anak semuda ini juga ada golongan bapa yang sering menjauhi mereka kerana kesibukan kerja. Sering mengenepikan hak anak-anak. Sudahnya, anak-anak menjadi takut, renggang, jauh hati dan tidak mesra dengan ibubapa.Jangan salahkan anak-anak anda jika mereka lebih rapat dengan pengasuh, nenek dan datuk mereka atau mungkin saudara mara anda yang lain hanya kerana anda langsung tidak ada masa untuk mereka!

Ada pula sesetengah ibu suka menyebut2 :

" Anak saya ni memang degil sedikit."

"Anak saya ni memang penakut sedikit."

"Dia ni memang nakal!".

Ketahuilah, tanpa sedar percakapan seorang ibu itu adalah doa.Apa salahnya jika anda menyebut yang elok2 tentang anak anda.Sekaligus mendoakan mereka menjadi yang terbaik.


                                                                  Tahap 2 (7-14 tahun)

Pada peringkat ini lazimnya anak-anak sudah dihantar ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan formal di bilik darjah.Mereka sudah mula berinteraksi dan bergaul dengan banyak orang.Minda mereka juga semakin berkembang dengan sifat ingin tahu.Anda perlu mula memberikan arahan, untuk mendisiplinkan mereka dan mendidik mereka supaya lebih bertanggungjawab.Anak pada tahap ini perlu dilatih supaya mentaati agama, perintah dan larangan Allah.

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.Kerana jika buluh sudah menjadi rebung, semuanya tak berguna lagi.Kerana itu juga Allah s.w.t telah memerintahkan supaya anak-anak diajarkan solat ,berpuasa, dan mengaji seawal usia ini.Tahap umur sebegini juga sesuai untuk mendisiplinkan anak agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.Kerana itu juga Pada usia begini ada anak-anak dihantar ke asrama untuk mengajar mereka berdikari, berdisiplin dan bertanggungjawab.

Ada ibu bapa suka mencarut dan bercakap benda2 kotor di depan anak-anak.Mungin disebabkan pelaziman itu juga, anak-anak seusia ini mudah meniru percakapan tersebut.Ada juga antara mereka meniru daripada percakapan seharian rakan.Tekankan kepada anak, mengapa percakapan buruk sebegitu tidak elok diamalkan, beri rasional kepada larangan itu.Cubalah sedaya upaya mendisiplinkan anak.Jangan hanya berharap pada guru di sekolah.

Ia adalah darah daging anda.Buruk baiknya adalah tanggungjawab anda.Guru hanya pemudah cara, sebagai alat untuk menyampaikan ilmu dan didikan kepada anak anda.Ibubapalah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap masa depan anak-anak.

Sekiranya anak-anak berjaya melepasi semua ujian pada tahap ini, nescaya dia akan menjadi remaja yang sihat dan berjaya .

               
                                                                     Tahap 3 (15-21 tahun)

Tahap umur sebegini lazimnya anak-anak lebih gemar meniru, terikut-ikut.Kadang kala mereka terjebak dalam pelbagai masalah di sekolah, dengan kawan-kawan, dan mereka sentiasa mengharapkan perhatian.Pada usia ini mereka memerlukan rakan yang amat dipercayai untuk berkongsi segala pandangan, pendapat, citarasa, dan menceritakan masalah mereka.Jadikan teman paling akrab dengan anak-anak anda.Berkongsi rahsia dan nasihati mereka perlahan-lahan.Hargai pendapat dan pandangan mereka jika ada rasionalnya.Selagi tidak menyalahi syariat dan batas agama , sokong dan beri galakan kepada mereka.Jika anda rasa mereka berbuat salah, tegurlah secara berhemah.Dekati mereka dengan baik dan buat mereka percaya bahawa andalah rakan paling boleh dipercayai dan boleh diharapkan oleh mereka.

Terdapat sesetengah ibubapa yang langsung tak mehu mendengar pendapat anak-anak, tidak mengambil tahu permasalahan anak sehingga anak terjebak dengan rakan bermasalah.Demi mencari penyelesaian akhirnya mereka memilih jalan yang salah dengan mengikut rakan yang salah.

Kes lari dari rumah mengikut teman lelaki, kes gejala sosial, sebahagiannya terjadi kerana anak-anak tidak mendapat perhatian dan sokongan dari ibu bapa.Mereka mengambil jalan mudah dengan menceritakan masalah kepada rakan yang hanya mahu mengambil kesempatan di atas kesempitan anak-anak.Lalu terjebak.


                                                                 Tahap 4 (21 tahun ke atas)

Pada usia ini, anak-anak sudah bijak membuat keputusan.Mereka sudah menjejak alam dewasa dan matang dalam membuat keputusan.Namun , bimbingan dan pantauan ibubapa juga perlu diberikan dari jauh.



p/s- Entah kenapa anak2 perempuan mama saya semuanya memang sudah jadi hobi ,suka menceritakan masalah,pada mama.Kalau ada masalah kadang2 siap nangis2 depan mama dan mama dengan  lembut memujuk sambil membebel memberikan nasihat.Walaupun kadang-kala bebelan dan nasihat yang diberikan tak membantu menyelesaikan masalah sangat tapi kami rasa puasa dan lega setelah mengongsikannya dengan mama.Kalau jauh, kami sanggup telefon dan mengadu pada mama asalkan dapat luahkan semua.

Setiap kali kami berkumpul, atau pulang melawat mama, tak kiralah sewaktu cuti sekolah, cuti semester di universiti, cuti bekerja , kami akan bercerita kehidupan kami kepada mama dan mama tetap mendengar tanpa jemu.

Hatta sesudah berkahwin dan ada antara kami yang sudah beranak-pinak, mama tetap tempat mengadu.Bagi saya, mamalah rakan baik paling rapat, kaunselor terbaik yang pernah saya ada walaupun mama tak pernah ada Degree in Counselling.Mama is the Best for me!


November 21, 2014 No comments
Assalamualaikum.Terima Kasih masih sudi berkunjung ke sini..

Apa Itu Hemofilia?

Hemofilia adalah satu penyakit yang terjadi akibat daripada gangguan pendarahan yang jarang berlaku di mana darah tidak membeku secara normal.

Pesakit hemofilia, menderita kerana darah mereka sukar membeku selepas terluka atau mengalami kecederaan.Ia boleh melibatkan luka di bahagian luaran (kulit) dan juga menyebabkan penghidapnya mengalami pendarahan dalam badan (dalaman), terutama di lutut, pergelangan kaki, siku dan sendi. Pendarahan ini boleh merosakkan organ-organ dan tisu-tisu badan pesakit serta boleh mengancam nyawa.



Hemofilia biasanya diwarisi. "Warisan" ertinya gangguan tersebut dipindahkan dari ibu bapa kepada anak melalui gen.Genetik ibubapa biasanya akan diwarisi oleh anak-anak.Melalui konsep pewarisan gen inilah penyakit ini tersebar kepada waris (anak).

Individu yang dilahirkan dengan hemofilia mempunyai faktor pembekuan darah yang sedikit atau langsung tidak ada faktor pembekuan. Faktor pembekuan adalah protein yang diperlukan untuk pembekuan darah yang normal. Terdapat beberapa jenis faktor pembekuan. Protein berfungsi dengan platlet untuk membantu pembekuan darah.

Platlet adalah serpihan sel darah kecil yang terbentuk dalam tulang sum-sum-tisu seperti span di dalam tulang. Platlet memainkan peranan penting dalam pembekuan darah. Apabila saluran darah tercedera, faktor pembekuan platlet membantu menyembuhkan luka dan menghentikan pendarahan.

Setiap seorang bayi lelaki yang dilahirkan akan menghidap penyakit ini dalam setiap 10,000 kelahiran.

Jenis yang paling kerap dan mewakili 80% daripada kes ini ialah Hemofilia A. Hemofilia A adalah disebabkan kekurangan faktor pembekuan iaitu faktor VIII. Manakala 20% pula meliputi Hemofilia B disebabkan kekurangan faktor IX.


Hemofilia biasanya diwarisi, maksudnya melalui gen (baka) ibu bapa. Penyakit ini disebabkan warisan genetik yang dibawa oleh kromosom X. Anak lelaki yang mewarisi kromosom X yang abnormal itu akan menghidap penyakit hemofilia manakala anak perempuan akan menjadi pembawa.

Kadangkala penyakit hemofilia juga boleh terjadi disebabkan oleh mutasi gen. Dalam kes seperti ini, kedua-dua ibu bapa tidak membawa gen hemofilia tetapi sebaliknya terdapat perubahan (mutasi) yang berlaku pada gen pesakit. Lebih kurang 30% kes-kes adalah disebabkan oleh mutasi gen.




Bagaimana mengelakkan pendarahan? (Pesakit Hemophilia)



  • Pendidikan berterusan kepada ibu bapa/penjaga pesakit mengenai hemofilia dan cara menjaga kanak-kanak semasa kecil.
  • Elakkan daripada permainan dan aktiviti yang lasak dan boleh menyebabkan kecederaan (high contact sports) seperti bola sepak, rugbi, tinju dan sebagainya.
  • Dapatkan rawatan faktor sebelum mencabut gigi/pembedahan.
  • Elakkan daripada suntikan dalam otot (intramuscular) semasa vaksinasi.
  • Dapatkan rawatan secepat mungkin sekiranya berlaku sebarang pendarahan.
  • Menjaga anak-anak yang masih kecil dengan rapi agar tidak jatuh atau mengalami kecederaan semasa bermain di dalam atau di luar rumah.
  • Memaklumkan kepada pihak sekolah/institusi tentang masalah hemofilia yang dihidapi anak agar diberi pengawasan yang rapi.



Wanita dengan hemofilia

Sebagai sifat resesif Gen-X, hemofilia berlaku hampir secara eksklusif pada lelaki. Ada sesetengah keadaan walau bagaimanapun, terjadi pada wanita setelah terdapat tanda-tanda gejala pendarahan.

1)Simptom pembawa (pewaris) gejala: Dalam beberapa kes,  perempuan yang mewarisi gen hemofilia boleh mengalami simptom pendarahan  (<50%) tahap FVIII atau FIX. Perempuan yang membawa gen ini yang mengalami gejala yang disebutkan: digelar  pewaris (pembawa) gejala Hemophilia ini.

2)Anak-anak perempuan yang mempunyai bapa penghidap hemofilia dan ibu pembawa gen hemophilia: 

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, ia tidak mustahil bagi wanita untuk mempunyai seorang bapa dengan hemofilia dan seorang ibu yang merupakan pembawa, dan dengan itu mewarisi kromosom X yang terlibat dari kedua-dua ibu bapa. Oleh itu anak-anak perempuan tersebut akan mempunyai hemofilia.

3)Sindrom Turner: Ini adalah kelainan kromosom yang jarang berlaku di mana wanita hanya membawa satu kromosom X. Jika kanak-kanak perempuan ini mewarisi gen hemofilia, mereka akan mempunyai hemofilia.





I mewarisi penyakit Hemophilia jenis A ditahap ringan.Kes 1.

Adik lelaki I penghidap Hemophilia. Jadi sebarang aktiviti lasak dan sukan ekstrem tidak dapat dijalaninya kerana boleh menyebabkan kecederaan serius dan pendarahan berlanjutan.Sudah beberapa kali mendapatkan rawatan di hospital kerana masalah Hemophilia yang dihidapinya.


November 20, 2014 No comments
Newer Posts
Older Posts

About me


NABILA SYIFA
Selangor
Wife | Mother | Blogger
Mula berblog sejak 2014. Minat membaca dan menulis.
Untuk ADVERTORIAL, REVIEW, COLLABORATION dan SPONSORSHIP.
Boleh emailkan ke:
nabilasyifa86@yahoo.com

Pengikut

Follow Us

Labels

DIY Education Education Tools Entertainment Fashion food Food & Receipe Health & Beauty Hiburan Information Life & Style Lifestyle Malaysia Parenting Segment & Review Travel TTC Tutorial Blog Tutorial ICT

Blog Archive

  • ►  2022 (1)
    • ►  Mei (1)
  • ►  2021 (5)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2020 (12)
    • ►  Disember (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (4)
    • ►  April (3)
  • ►  2019 (11)
    • ►  Disember (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (3)
  • ►  2018 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Julai (2)
    • ►  April (11)
  • ►  2017 (25)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (1)
  • ►  2016 (41)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (7)
    • ►  September (5)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2015 (45)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (6)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (9)
  • ▼  2014 (49)
    • ►  Disember (9)
    • ▼  November (24)
      • Cita-citaku menjadi..... ?
      • Aduhh..sukarnya 'memanusiakan' manusia..
      • Jangan Pandang sebelah mata
      • Genetik :Baka anak Genius?
      • Eeeiii..muka cantik tapi..??
      • Otak..oh Otak!
      • Didik Anak bukan macam ternak Lembu
      • Hemofilia
      • Merenung Awan
      • Kerana Mulut Badan Binasa..
      • Kahwin Muda :Pendapat Peribadi Saya
      • Bersyukurlah..
      • IQ dan EQ
      • Tips Pengucapan Umum
      • Anak Tak Pandai:Apa tindakkan Ibu Bapa?
      • Stress:Teknik pengurusan yang Bijak?
      • REVIEW : BIG HERO 6 3D
      • Nasi Ayam Panggang dan Nugget Kentang
      • MaIN mASak2 >> ReSePi UdAnG TemPoyak DenGaN PeTai~~
      • HaLaLkAh ,hArAMKAh?
      • JuMpA paKar SaKit PuaN..
      • Ouh..mybe i'm too stupid or what??
      • JemPut BaCa KarYa sAya..
      • MY SECRET HOBBY!
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (2)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)

top commentator

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates