Bersyukurlah..

by - November 18, 2014

Assalamualaikum..Bloggers


Kenapa tajuk macam tu ya?Hah ini sebenarnya ceritanya..

Al-kisah, pada Ahad lepas I dengan my hubby saja je gatal2 nak pergi Kompleks Selayang Mall. Walaupun actually jauh sikit la dari rumah I.Tak jauh manalah jugak pun..Macam biasalah my hubby jadi driver, and I lah passanger.Hihi..

So, nak dijadikan cerita, sewaktu nak masuk kat parking lot dia punyalah panjang kereta berderet-deret.Jadi We have to wait.Tunggu punya tunggu sampailah tetiba my hubby cakap

"Eh,Sayang! cuba tengok tu? Mak budak tu, kecik aje!"

I pun menoleh.Dari cermin kereta yang masih terkatup rapat jelas kelihatan seorang wanita yang kelihatannya lebih rendah daripada I.What? I ingatkan I paling rendah, rupanya ada lagi lagi ketot dari I.hihi.Tapi badannya berisi daripada I.Eh, tak nampak macam mak budak pun.I pandang dua tiga kali.Ada stroller baby dan ada seorang lagi wanita yang agak berusia berdiri disampingnya.Sah! ntah2 bukannya mak budak.Tu memang budak!



"Mana? tu budaklah you ni!" I pun balas.

"Eh, iye ke?" My hubby masih tak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Tak lama kemudian kereta kami pun bergerak meninggalkan kedua orang wanita tadi.Masing-masing senyap.

Dijadikan cerita, sewaktu didalam kompleks tersebut, dua tiga kali aku terserempak dengan satu pasangan.Si lelaki ni tinggi kurus,agak kacak.Gentleman memegang beg tangan si wanita sambil berjalan berpimpin tangan.Wow, romantiknya! Si perempuan pulak..

Eh, ni wanita yang I gelarkan 'budak' tadilah! So,that  is it! They are wedding couple...and the baby in the stroller is their child!Of course wanita yang sedikit berusia yang I tengok tadi tu nenek bayi dalam stroller tu..

I pun ignore jelah pasangan tadi.Tak ada apa yang pelik pun..Siapa cakap pasangan berkahwin tu kena rupa macam Cinderella dengan puteranya, siapa cakap  perfect couple  yang serba serbi sempurna tak ada cacat cela je yang boleh bersama kan? Kalau macam tu tak adalah orang Cina nak percayakan YIN dan YANG.Kalau semua sempurna tak perlulah konsep saling menyeimbangkan dan saling menyempurnakan tu,kan?kan? Tak seimbanglah dunia!

simbol ying yang

Iyelah,kalau dah semuanya PERFECT,tak ada cacat cela.Maka semuanya sama jelah, tak ada variasi tak ada kombinasi tak ada keunikan tersendiri.Bosanlah jadinya dunia!Terbalik dunia ni sudahnya!

Bukannya nak suruh you all tak payah cari yang cantik, yang elok, yang lawa yang hensem yang baik ,yang berakhlak semua.Tapi semua pun tahukan nak cari pasangan (isteri) dalam ISLAM tengok pada 5 perkara:

1)Agama

2)Keturunan baik-baik

3)Rupa

4)Pandai jaga kehormatan

5)Subur/sihat mampu menyambung zuriat.


Masa I sibuk layankan perasaan, mood shopping bagai..then My hubby sekali lagi berkata

"Eh,betullah, bukan budak!"

"Dah lama I realize ,yang!"

"Tadi sayang cakap tu budak, tengok tu.Pendek je dia .Siap dongak2 tak nampak table display tu!" My hubby merenung pasangan terbabit.

"Dahlah, tak payah sibuk hal orang.Biarlah dia.." I pun mengajak my hubby cepat-cepat beredar dari situ.

"Kenapa? tak percaya?" Soal I pulak.

"Ingatkan isteri I paling ketot dalam Malaysia ni!" My Hubby berseloroh sambil ketawa besar.

"Hello..I bukannya ketot sangat pun, ramai lagi pendek dari I okey!" I tarik muka masam,konon nak merajuk.

"Gurau je lah!" My Hubby dah paut bahu I and mendorong I berjalan bersama dengannya...

Kesimpulannya nak cerita ni je SEBENARNYA---> Apa pun kekurangan dan kelebihan kita..terima seadanya.Berbanggalah sebab dengan kekurangan dan kelebihan itu jugaklah yang menjadikan kita ni UNIK!


You May Also Like

2 comments

  1. haha.. sangat kelakar.. then my hubby pun selalu ckp saya ni ketot.. sedang kn ok la tinggi 153 tak la rendah sangat pun kan.. da bestnya.. kita yang kecil2 ni mesti orang tak percaya akan usia kita kan2.. tu la kelebihannya orang kecil molek..

    salam kenal dan salam ukhwah dari mommylina

    BalasPadam
  2. satu keistemewaan orang kecik molek ni memang takkan mudah nampak tua, and org susah nak agak usia, kedua senang nak selit2 waktu sale kat pusat beli-belah, pastu kalau untung2 boleh ngelat ngaku budak untuk dapat special price kiki~

    BalasPadam