HaLaLkAh ,hArAMKAh?

by - November 13, 2014

Okey I Nak cerita ciket.Apa yang you all tahu pasal Halal, Haram?
Hah, kalau sebut halal haram jer, semua mesti cakap>>> makanan.


BURGER APA NI?

Apa, dalam ISLAM  ni Halal dengan Haram untuk MAKANAN saja ke? Pleaselah, think out of the box! janganlah asyik jumud je fikiran tu.Islam tu Universal.So, think as universal as you can!


SENARIO (1)

Tadi baru beberapa minit dapat whatsapps dari group.Penyebaran isu Halal Haram dalam makanan. Kali ni Biskut MUNCY'S pulakkkk!Lebih kurang bunyinya begini:

"TERKINI:JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchy's Bt.Pahat dan menemui stor arak.
Bosnya dengan rasa bangga dan rasa tak bersalah mengatakan arak itu untuk dicampurkan dengan biskut..tlg sebarkan maklumat seislam demi kepentingan sesama kita Hj. Jalil b Raihan
 (JAKIM PUTRAJAYA)  hati-hati semua! berita ini sah! "

Persoalannya betulkah semua ni???

Bercakap pasal Halal Haram makan je dah jadi satu kerunsingan, belom lagi status HALAL,HARAM yang lain2..


HAH TENGOK NI>> INI JAWAPANNYA!


SENARIO (2)

Ada satu lagi senario yang ingin saya bawakkan.Kejadian berlaku di tempat kerja suami I sendiri. Cerita ini juga diceritakan semula oleh suami I  >>

Kawan suami I telah membeli pau.Maka suami I dan rakannya (seorang lagi)  bertanya:

"Mana kau beli pau tu, Z(nama samaran)?"

Rakannya menjawab

"Dekat kedai nun sana!"

 suami saya dan rakannya (seorang lg) saling berpandangan.

"Setahu aku, yang jual pau di sana tu kedai Cina?"

"Memang pun.."

"Bukan kedai tu ada jual Pau B**i ke?"

"Memanglah, tapi Pau B**i  tu dekat bawah, aku beli pau yang atas tu..."

Suami saya dan rakannya(seorang lagi) itu pun tak tahu nak cakap apa, ketawa? marah?

#@$@%@#%&?????????

INILAH Akibat kalau buta Halal & Haram.


Halal ke??


PERSOALANNYA...

1.Boleh ke makan pau yang dikukus bersama dengan Pau B**i tu? Wap2 kukusan tak bercampur? air tak jatuh?

2.Darurat sangat ke sampai kena beli makanan dekat kedai Cina? dah tak ada langsung ke kedai Melayu,Islam? Halalan Toiiban?

3.Ape ke 'cerdik' sangat  kawan laki beta tu?

5.Manalah dia belajar Agama masa kecik2 dulu?


SENARIO (3)

Di sebuah sekolah memandu..

Ada seorang pelajar sedang menunggu giliran untuk ambil lesen memandu.Tiba-tiba dia didatangi kawannya (juga seorang calon yang akan mengambil lesen memandu)- namakan Calon B.

Pelajar itu sangat gelisah dan resah kerana merasakan persediaan mental dan fizikalnya belum mencukupi untuk mengharungi ujian tersebut.

                                                               LESEN TERBANG?

Pelajar itu bertegur sapa dengan calon B dengan harapan Calon B dapat berkongsi ilmu dengannya dan mengurangkan rasa resah gelisahnya.Jadi dia mula menyapa.

"Baru pertama kali?"

"Tak, ulangan!"

"Gagal bahagian mana?"

"Dua-dua"

"Oh, saya risaulah,saya gagal juga sebelum ni."

"Hmm.."

masing-masing menyepi seketika.Tiba-tiba pelajar itu bertanya kepada calon B

"Macam mana step parking ya, saya lupa."

"Tak tahu."

Pelajar itu mula membuat keputusan.Mungkin calon B pun belum mahir.

"Eh, kita nak buat ikut turutan mana dulu ya?" Pelajar itu bertanya lagi.

"Tak tahu."

Pelajar berfikiran positif.Mungkin dia benar2 tak tahu kerana baru juga mengambil ujiannya semula.

"Jalan raya tu, kita kena..."

"Tak tahu."

JAWAPAN YANG DIBERIKAN SEMUANYA 'TAK TAHU'...
pelajar mengandaikan bahawa calon B budak sombong yang tak mahu berkongsi ilmu.Semua pun dijawabnya tak tahu.

Masuk ke dewan, pelajar memerhatikan calon B.Masih diam berseorangan tanpa bertegur sapa dengan rakan lain.Semua calon lain bertegur sapa dan berbual tetapi tidak calon B.Pelajar semakin yakin bahawa calon B tidak suka bergaul dan sombong!

Selesai Ujian..semua calon hendak balik termasuklah calon B dan pelajar tadi yang pulang dengan cikgu yang sama.Calon B LULUS semua ujian tapi muka masih langsung tiada senyuman.Pelajar itu mula hairan.Kenapa dah LULUS tapi muka tak ada PERASAAN ?



RUPANYA...

selepas menghantar Calon B pulang, pelajar tadi mula mengadu kepada cikgunya tentang UJIAN yang dilaluinya dengan perasaan kesal, marah dan sedih.Selepas puas mengadu, cikgu mula menceritakan bahawa Calon B adalah LULUS --BERBAYAR! patutlah semua jawab tak tahu.takut rahsia bocor,tak boleh cakap banyak kot..jadi duk diam2 jer la..

Pelajar tadi pun berpura-pura bertanya (konon2 berminat untuk tahu lebih lanjut).Maka cikgu  pun menceritakan segalanya.

HAH! ITU DIA SEBENARNYA.

PERSOALANNYA..

1) Apa agaknya HUKUM 'memberi' dan 'menerima' ?

2) HALALKAH duit itu digunakan?

3) Sejauh mana SELAMAT nya mereka2 itu di dunia, dan di SANA nanti?


                                                         SENARIO (4)



Anda seorang PELAJAR??

Pernah tak anda meniru dalam peperiksaan? ujian? tak payah nak propa sangatlah! Mesti ada punyalah paling2 tak sekali dua.KAN?KAN? KAN?

MAI AIIIH..TAKKAN SAMPAI GINI??


Seandainya anda pelajar di sebuah UNIVERSITI (ini selalu saya pikir2 kan.tapi masih belum ketemu jawapan SAHIH)

KATAKAN anda telah meniru dalam peperiksaan semester.Tak kiralah anda bawa toyol ke, sharing and caring (konon) dalam exam ke, kan.. Lepas tu WOW! four flats! 4.00 okey! DEKAN !

Result tu nanti bawak sampai mati.Bawa masa mintak kerja, dapat kerja bagus2 dapat pulak gaji tinggi2.Sebab result yang MENIRU DAN BAWAK TOYOL tu. HALAL tak agak2nya ek? ek?

Sebagai cikgu sekolahlah kan, bukan apa..selalu tengok budak2..kadang2 mak bapak kaya, berkerjaya hebat, gaji tinggi, kereta besar TAPI anak, MASYAALLAH.. kat sekolah.. DEGIL ya amat, MALAS sungguh, NAKAL tak usah cakap lah.hari2 datang nak bertumbuk je kerja padahal baru darjah 3. Dah tunjuk gangster.Tak takut cikgu langsung (Walaupun tak semuanya begitu)

                                                             NAKAL YA  AMAT!

Siap boleh rempuh je cikgu sampai jatuh.(pengalaman sendiri!). KENAPA agak2nya tu ya?MANA Silapnya.RENUNGKAN balik keluarga kita.SEMPURNA tak.MUHASABAH diri balik.Mana silap kita (Termasuk  untuk diri beta sendiri).

Mungkin ada yang pernah buat semua tu, dan tak sedar pensyarah kita tak redha dengan usaha tak berkat kita tu.Kawan2 yang lain tak redha.Tak puas hati dan menyumpah dalam hati.(Eleh dia tu dapat 4.00 sebab tiru, bodek pensyarah, copy paste assigment, tumpang kawan punya assignment)
dan paling penting ALLAH jugak tak Redha dengan Usaha kita.

Jadi, I pun tak pasti sebenarnya apa hukum meniru (SUBHAH) ke? Sapa yang lebih arif tolonglah beri pencerahan sikit..untuk beta ni.



Sebab masa belajar dulu..ada seorang pensyarah saya ni sangat anti dengan budak2 dia yang didapati meniru.Dia ada pengalaman sebenarnya , kawan sekelasnya sebelum buat MASTERS dan PHD, seorang yang kaki tipu, tiru.Dapat anugerah plak pelajar terbaik.PADAHAL bukan usaha yang tulus ,suci, murni dan bersih dari diri sendiri.Jadi dia langsung tak respect kawan dia tu.Dan bila dia jadi pensyarah, dia ANTI dengan pelajar kaki tipu dan kaki tiru.Dia tak halalkan ilmunya pada pelajar2 begitu.

Jadi..tepuk dada dan tanya selera.Sebenarnya, bila kita meniru, menipu..dalam peperiksaan kita telah menipu diri sendiri.Menipu tentang had dan keupayaan diri.Pikir2kan ..renung2kan!

LAINLAH KALAU EXAM TU OPEN BOOK.Boleh bukak buku.Yang kau tak  bukak kenapa. CIPAN lah tu!

Kesimpulan kat sini>> HALAL ,HARAM duit, rezeki, usaha ,titik peluh, makanan  akan bawak sampai mati, effect pada masa depan, masa tua, masa mati, zuriat ,keturunan dan cucu cicit.Jadi jangan hairan kalau ada anak2 yang tak menjadi, ada zuriat yang cacat, ada musibah yang datang.. Mungkin UJIAN mungkin juga BALASAN
kita semua manusia, tak sempurna..


p/s :pintu taubat sentiasa TERBUKA!

You May Also Like

2 comments

  1. good sharing.. takut saya kot diri sendiri pun terlepas pandang

    BalasPadam
  2. sy sendiri pun macam pernah terjerumus sama..mungkin sebab tu byk je yg x kena..BALASAN dtg kot..

    BalasPadam