MaIN mASak2 >> ReSePi UdAnG TemPoyak DenGaN PeTai~~

by - November 13, 2014

 Bahan2 (untuk 2 orang makan)

1/2 Kilogram Udang (ikut selera nak besar ke kecik)
3 Sudu besar Tempoyak
Sesudu besar cili kering pedas  (direbus dan diblend)- beta guna cili giling yang dah siap2 blend simpan dlm peti.Nak guna amik je.senang. Nak pedas lagi letak lebih.
setengah sudu kecil garam.
sesudu besar gula.
Petai (dikopek isi) -ikut suka banyak mana nak letak.Segenggam ke.Tak letak pun tak apa
Sedikit minyak untuk menggoreng.

Cara masak

1) Gaul sebati Tempoyak dan Cili Kering yang telah siap direbus dan blend .
2) Bersihkan Udang, cuci dengan air dan rebus separuh masak dalam kuali.
3) dalam kuali lain, panaskan minyak.
4)Angkat dan tapis udang.Masukkan dalam kuali.Ambil sedikit air rebusan udang dan campur dalam kuali.Campur tempoyak dan cili kering yang telah digaul sebati.
5) Kacau dan masukkan garam dan gula.
6)Masukkan Petai dan sedikit lagi air rebusan udang yang berbaki.
7)Tunggu sehingga kuah mengering dan sedikit pekat .Siap untuk dihidang.



                             Petai tak ada ,so udang tempoyak jer la..

You May Also Like

2 comments

  1. hai syifa, macam mana dalam resepi ada petai,tup2 petainya tak ada hehe :) was here jenjalan petang :)

    BalasPadam