Tips Pengucapan Umum

by - November 17, 2014

Hai, Assalamualaikum Bloggers!

Pernah tak korang diberi tugasan untuk buat presentation / pembentangan di kelas? Pernah tak korang dikehendaki bercakap di depan ratusan atau ribuan khalayak? Bagaimana perasaan korang? Gemuruh? Takut? Nak terkencing? atau ada yang rasa macam nak terberak?

Bagaimana nak mengatasi rasa gemuruh dan menjadi pembentang cemerlang??
Ini I nak kongsi sikit tips berguna untuk korang:

1) Pilih pakaian yang bersesuaian dan selesa dipakai.

Kalau I la kan..Ini paling2 I utamakan.Yelah, kita nak bercakap depan ramai orang, penampilan kena jaga sebab semua mata tertumpu kepada kita.Cuba bayangkan kalau you nak buat ucapan di dewan terbuka, air cond dan kipas tak ada, you plak pakai kot ,dengan tali leher, dengan baju lengan panjang, baju dua tiga lapis, you selesa ke? Berpeluh2 bagai.Lainlah kalau dalam air cond, pakai sepuluh lapis pun tak apa!

badut perempuan

Hah,ini yang I gelarkan pokok krismas bergerak!

JANGAN!!

  • berpakaian macam nak pergi konsert rock-Kalau you all hadir membuat perbentangan di majlis rasmi/acara rasmi.
  • berpakaian keterlaluan!- Pakai baju warna striking giler..warna-warna menyakitkan mata, ada blink2, shining2 bagai,
  • berpakaian ketat/terlampau longgar/terlampau seksi- Ketat sangat karang terbeliak mata orang pandang, longgar sangat nampak selekeh dan menggelebeh.Orang cakap, ukur baju biarlah di badan sendiri!Kita bukan nak orang pandang kita atas bawah,atas bawah..kita nak orang dengar dan fokus pada kandungan yang disampaikan, jadi jangan buat penonton hilang fokus!
Ada pulak yang pakai mcam Lady Gagah ni kang

2) Make up dan berhias TAPI jangan keterlaluan.

Masih bahagian penampilan.Make up sikit muka tu.Touch up.Janganlah muka pucat macam mayat! Nanti tak pasal-pasal semua lari! Tapi janganlah conteng muka tu sampai jadi Opera Cina.Tak payahlah nak tepek bedak sampai tebal seinci.Tak payah pakai Lipstik sampai jadik macam puntianak baru lepas isap darah! Agak-agak laa..


Banyaknye color kat muka dia...

3) Datang awal.

Dah tahu ada perbentangan janganlah datang lewat.Kenapa? sebab kita tak boleh biar orang tunggu kita.Kita jugak perlu masa untuk bertenang dan bersedia.Kelewatan boleh menyebabkan kita gemuruh, kelam kabut sekaligus menyebabkan kita lupa pada apa yang ingin disampaikan walaupun dah berbulan-bulan masa kita habiskan untuk menghafal skrip tu!


4) Berlatih dan buat persedian rapi!

Make sure you all dah berlatih depan cermin, depan kawan2 .Make sure content /bahan perbentangan dah disediakan dan hafal-kalau boleh.(Kalau tak boleh, make it in short form and try to understand the content!) Pahamkan betul2 dulu kandungan bahan tu.Ingat, jangan sekali-kali nak bentangkan benda yang korang langsung tak ada ilmu.Nanti mulalah melalut tak tentu arah,nak goreng pun belum tentu betul! kalau level confident korang tu tahap Gunung Everest tak apa jugak,ni karang nak menipu pun tergagap-gagap!

Aha..berlatihlah!


5) Anggap audience/penonton tu benda tak bernyawa(tiang/dinding/kayu)

Korang buat don't know je.Anggap tak ada penonton depan korang.Anggap macam tengah berlatih sorang2 depan cernmin.Tapi janganlah pulak syok sendiri.Jangan jugak jadi Patung Cendana! Keras kejung je atas pentas/depan penonton tu nanti.Apa jadik??


                                                                 Anggap je tak ada orang

6) Bijak tackle/pikat penonton

Jangan syok sendiri! Sesekali, cuba berinteraksi dengan audiens awak! Soal-jawab,dan selitkan sedikit humor dalam pengucapan,eye-contact dengan audience, senyuman, body language- gerakkan tangan,jemari, kaki dan kalau boleh seluruh badan lagi bagus.Jangan biarkan pembentangan anda menjadi bosan..lakukan sesuatu.Buat penonton terpesona dan terbuai-buai dengan apa yang anda sampaikan.Buat mereka takjub dan ingin tahu lebih lanjut!


Semua nak tanya


7) Berdoalah..

Akhir sekali tawakal dan berdoa agar semua berjalan lancar.Tenangkan fikiran dan minda.



You May Also Like

0 comments