Yang Tak masuk di Akal vs.Masuk Akal?

by - Disember 14, 2014


Pernah tak korang tengah masak-masak dekat dapur..lepas tu mak korang tegur korang :
JANGAN menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.”
Pastu korang pun tertanya-tanya apa relevennya, menyanyi dalam dapur dengan kawen dengan orang tua? Tak masuk di akal?

Pastu mak korang masak ayam, dalam banyak2 bahagian ayam yang mak korang goreng berempah tu, korang nak jugak pilih pedal ayam!

Mak korang startlah membebel " Makan pedal ayam, nanti mengantuk masa bersanding."

Kat sini ada banyak lagi pantang larang orang tua yang kekadang bila kita dengar rasa macam, eh apa kaitannya? Cam tipu je pantang larang nih semua???

I Dah buatkan List spesial  Untuk you all:

1# Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul. 

Apa kena mengena duduk atas bantal dengan bisul lak kan? Setahu I lah kan, kalau duduk atas kusyen tu pun kira macam bantallah jugak.Tak bisul lak punggung duduk atas kusyen tu?
Sebenarnya, kalau ikut fakta,Bisul terjadi disebabkan oleh kuman yang dipanggil Staphylococcus aureus.Kuman akan masuk ke dalam tubuh melalui kelenjar peluh,kelenjar minyak atau akar rambut  dan seterusnya menyerang kawasan tersebut.

Jadi à relevannya tak boleh duduk atas bantal sebab, bantal lazimnya dibawa tidur.Terdapat banyak peluh melekat sewaktu tidur dan pastinya banyak bakteria dan kuman di situ.Pointnya adalah,mak-mak dan nenek-nenek kita tak tegur direct, dia berkias “Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.”
Nampak tak indahnya cara orang dulu-dulu berbahasa?Menegur secara berhemah bukannya buat khemah. 
Lagi pun kalau korang duduk atas bantal tu nanti korang kentut pening pulak kepala orang yang tidur atas tu bau gas beracun korang yang terperangkap dalam tu.

2 # Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan (lelaki)

Orang lelaki ni special kes sikit.Dia kalau dah tak tahan kat mana-mana je boleh menyiram! Suburlah pokok-pokok bunga yang kena siram tu.Dapat baja free.
Tapi mak-mak kita, atok-atok kita selalu pesan “Jangan kencing atas busut, nanti buruk kemaluan.”

Kenapa agaknya? Ha..korang taukan Busut biasanya terdapat dekat mana? Dekat hutan,,dekat kebun habitat semulajadinya!
Tau dekat hutan ada apa? Banyak..yang boleh ‘nampak’ dan ‘tak boleh nampak’.Ha..jadi agak2 la kalau nak menyiram pun! Karang korang pancut merata, tersembur dekat muka dia.Tak ke bengang dia? Bukan takat manusia je marah kalau kencing korang tersembur dekat diaorang ..’dia’ pun boleh naik hantu!

4# Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati. 


Kalau dah anak duk tidur berguling-guling atas padang, bukan takat emak je mati..selera mak mertua nak buat menantu pun  mati! Iyelah.Tak senonoh, banyak2 tempat boleh baring..tengah2 padang jugak nak buat posing maut ala-ala atas katil.Superman ada, gaya primadona ada, gaya singa terlepas kandang pun ada!

Kau ingat padang tu  bilik tidur rumah korang, nak berkuak lentang bagai? Mak sendiri makan hati tengok perangai buruk lantak korang tu , apatah lagi makwe/ pakwe korang sendiri.Patah hati!


5 # Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur. 

Ya Allah..kau pun dalam banyak2 tempat nak duduk, buntut lesung batu tu jugak nak dijadikan alas duduk! Memanglah berkudis bontot korang! Dahlah benda tu guna tumbuk sambal, tumbuk bawang, bagai..kau buat tempat duduk pulak.
Pedih bontot korang baru tahu!


6 # Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk. 

 Ni aku tak jelas sangatlah.Tapi aku rasa (bersiul yang dimaksudkan tu, bersiul kuat2)
Pernah tak tengok orang panggil ular guna seruling tu? Ha, kalau rumah korang jenis rumah rendah yang duduk atas tanah tu, memangla tak digalakkan bersiul kuat.nanti bukan takat ular, segala macam benda nak masuk rumah korang.Yelah, ingatkan korang nak mengorat ‘mereka’!

macam dalam filem hindustan ..ke tamil ek?

Pantang larang

   Hai..korang panggil aku ke?


Hah, sampai situ je aku ulas.Yang lain2 tu pepandailah korang pikir ikut akal cerdik korang tu? 
Kalau nak tahu lagi senarai pantang larang orang tua dulu-dulu tengok bawah ni.


Pantang Larang Ke Atas Perempuan 

  •  Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial. 
  •  Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai. 
  •  Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang. 
  •  Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bod0h. 
  • Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua. 
  • Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial. 
  • Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang. 
  • Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin. 
  • Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua
  • Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
  •  Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
  •  Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
  • Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki. 
  •  Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama. 



Pantang Larang Ketika Makan 

  •  Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah. 
  •  Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding. 
  •  Makan mencangkung, payah dapat rezeki. 
  • Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu. 
  • Tidur selepas makan, nanti perut buncit. 
  • Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut. 
  • Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang. 
  • Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing. 
  • Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh. 
  • Makan berlunjur,akan jadi pemalas. 
  • Makan pisang kembar, akan beranak kembar. 
  • Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu. 
  • Makan sisa anak, anak akan degil. 
  • Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki. 
  • Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua. 


Pantang Larang Ke Atas Lelaki 

  • Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati. 
  • Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu. 
  • Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang. 
  • Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk. 
  • Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan. 
  • Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit. 



Pantang Larang Ketika Duduk 
  • Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.
  • Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang. 
  • Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki. 
  • Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur. 
  • Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.  

You May Also Like

4 comments

  1. Info yang bagus.

    BalasPadam
  2. kebanyakannye memang selalu dengar . huhuhu

    BalasPadam
  3. saya nak bca la.. hehe.
    orang dulu mmg pantang larang pelik2 sbb nak suruh kita beradab sikit lg2 yang perempuan,cuma teguran dia/pantanglarangnya mcm merepek.

    BalasPadam
  4. Banyaknyaaa pantang larang orang dulu-dulu . ingatkan sikit je :'(

    BalasPadam