PT3

by - Oktober 09, 2017

Assalamualaikum wbt.
Rata-rata ibubapa kakak-kakak yang ada adik atau anak tingkatan 3 mesti dah tahu pasal pentaksiran tingkatan tiga yang sedang berjalan sekarang ni kan? yang belum tahu,ni nak bagi tahu, Tarikh Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2017  (Ujian bertulis) adalah 9-12 Oktober 2017 ini.

Pt3

Bermula pulak lah episod kesibukan aku bergelut dengan jadual Pengawasan Peperiksaan sebab hujung tahun ni marathon Peperiksaan.

Bayangkan Minggu ni aku bertanggungjawab mengawasi peperiksaan PT3 selaku pengawas peperiksaan. Lepas tu marathon pulak menanda kertas PT3.

Bersambung episod seterusnya jadi pengawas Peperiksaan Akhir Tahun untuk Tingkatan 1-2. Sambung lagi marathon mengawas peperiksaan SPM pulak!dan saat aku sedang menaip ini, countdown SPM 2017 tinggal beberapa hari lagi..

SPM

Jadual Peperiksaan SPM ? Sila KLIK 

dan disinilah bermula juga episod di mana hujung-hujung mingguku mula diganggu dan malam-malamku mula dihantui sehinggakan ditengah -tengah malam buta aku meracau-racau dan hampir dijangkiti IMSOMNIA.

Siang pula aku ibarat ZOMBI jadian yang tidurnya di sebalik mata yang terbuka.Hahaha!
Mana taknya , sehari dua hari sebelum periksa Whatsapp masuk bertalu-talu dari anak-anak didikku.
Ada yang whatsapp nak mohon maaf dari hujung kepala hingga hujung ibu kaki, ada yang pujuk cikgu bagi tips soalan, ada pula yang sekadar berborak manja nak menghilangkan stress agaknya.

PALING menyeramkan bila esok nak peksa , malam tu jugaklah nak tanya soalan macam2, dan paling best minta tolong cikgu sebab tak ada jangka lukis dan protaktor.

Inilah senario seorang guru.Kadang2 hatta nak terlelap mata ,tak jadi nak tidur disebabkan kasih pada anak2 didik.Anak murid nak periksa tapi guru pulak yang cemas tak tentu hala.

Tapi memang betul2 berhantulah malam-malamku!

Terima Kasihlah sebab menghiasi mimpi2 malam hari cikgu! Wahai anak2 didikku. :P

Peperiksaan


You May Also Like

9 comments

  1. good luck untuk semua pelajar yang menduduki PT3

    BalasPadam
  2. bertabahlah... ;-) apa2 selamat menjalankan tugas dan good luck utk semua calon2 exam

    BalasPadam
  3. Selamat bertugas nabilah..
    Segalanya marathon ye 😆
    Hingga hujung tahun..

    BalasPadam
  4. Jadi cikgu kena ada sifat sabar dan penyayang.

    Patut le akak tak layak.. 😀

    BalasPadam
  5. Selamat bertugas awak. sebab tu I selalu cakap "i tak boleh jadi cikgu, I takde kesabaran yang tinggi" hahaha.

    good luck untuk semua student

    BalasPadam
  6. In shaa Allah..anak saya ambik PT3 ni tahun depan.
    Biasanya kalau anak2 nak periksa, mak pulak yang lebih kecut perut.

    BalasPadam