facebook youtube twitter instagram instagram linkedin
  • Home
  • About
  • Lifestyle
  • Family
    • TTC
    • Parenting
  • DIY
    • Crafts
    • Sewing Projects
    • Home Decors
  • Receipes
  • contact

mommymillennia

Salam ,
Semoga sihat sentiasa

Kali ni nak story sikit pasal beberapa insiden yang menyebabkan diri ini berfikir dan bermenung sendirian. Terkadang rasa lucu, tapi terkadang rasa janggal pulak.

Untuk yang bertubuh 'Renek' dan 'kurang inci' tu tentu faham masalah yang melanda diri ini. Hahaha, masalahnya tak ada lah sebesar mana, mengalahkan masalah dunia!

Kalau pasal mencari saiz pakaian, mungkin tak ada masalah sangat.Saiz kasut? apalah sangat, rata-rata kedai kasut yang ada kat Malaysia ini masih lagi menawarkan kasut bersaiz kecil dan stylo.

Cuma, terkadang masalah tu muncul dari diri sendiri.Masalah kurang keyakinan diri! Hahaha.
Nak bergaya pun terkadang kena pikirkan bentuk tubuh dan ketinggian yang dimiliki.Kadang bila dah terover  konpiden, ada pula insiden-insiden yang tiba2 menjengah dan menyebabkan low self esteem tu!

Fuh!

Al-kisah yang terjadi...



KISAH 1

Aku dengan Hubby aku, baru pindah .Kami naik lif untuk ke rumah kami.Tiba- tiba ada satu keluarga ni masuk, jiran baru kan, mestilah nak bersuai kenal.Maka tercetuslah perbualan anatara Si bapa dengan suamiku.

"Baru pindah ke?"

"Ya, baru jugak pindah masuk".  Hubby membalas berbasa-basi.

"Oo, so anak sekolah mana?" Sambil mata Si bapa memandang sekujur tubuhku.

Kwang3x...

Maka berhuhu lah aku di dalam hati..

Nasib baik suamiku membalas selamba,

"Eh, anak tak ada lagi.." Senyum tipis.

"Errr.." Si bapa itu termagu2 sendiri sambil dicuit sang isterinya yang berdiri di sisi.

Kemurunganlah aku sebulan..Ehek! (sila ketawa ala2 cute girl)


KISAH 2

Pulang dari kerja, perut terasa lapar lalu ternampak orang berniaga makanan di tepi jalan.Tanpa berlengah terus menuju ke arah itu untuk membeli sesuatu.

"Bagi  pisang goreng ni lima ringgit!" Pinta aku.

"Sekejap ye, dik!" Balas wanita yang kukira usianya hampir sama seusiaku atau mungkin terlebih kurang dariku.

"Adik?"

Terus aku termagu2.Muda sangat ke nampaknya aku?











Februari 25, 2019 6 comments
Assalamualaikum
Dari filem Paskal yang meletop di pawagam kini muncul pula Leftenan Zana dalam sebuah slot tayangan drama di TV3  mengingatkan aku kepada arwah datuk dari sebelah ibu.



Sebagai cucu sulong dari keluarga sebelah ibu tentunya aku agak rapat dengan arwah datuk.Terdetik rindu mengenangkan beliau apatah lg tatkala menonton drama atau filem berkenaan parajurit negara.

Bertuahnya aku kedua2 datuk dari sebelah ayah dan ibu adalah tentera darat malaysia.
Menariknya tidak pula salah seorang ibu atau ayahku mewarisi darah kepahlawanan itu.Tetapi tetap ada bapa saudaraku yang mewarisi pekerjaan itu.

Adik iparku juga seorang tentera.Hm, tak hairanlah agaknya sikap tegas dan disiplin itu sedikit sebanyak ada dlm diri aku.

Sempena memperingati arwah datuk  aku titipkan entri ini semoga jasa mereka dapat di kenang dlm menjaga keamanan negara.

Tahniah kepada pejuang sekalian.Tahniah juga kepada warga perfileman yg telah menceritakan smula tentang perjuangan mereka melalui suatu bentuk media  baru.

semoga dapat melahirkan lebih ramai parajurit dan membuka mata masyarakat tentang perjuangan mereka.
Februari 13, 2019 2 comments
Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim..
Pertama sekali selalu nak ingatkan diri sendiri yg aku cuma hamba ,bukan sesiapa atas muka bumi ini.



Social media memang sangat2 berkuasa di akhir akhir zaman ini.Maka social media influencer pon apa kurangnyakan. Populariti kadang2 mengalahkan celebrity.
Upsss..

Kang cakap lebih2 kang kata kita ni dengki.Tak ada la sayang2 sekalian.Tak kuasa i nak dengki2.

Apa yang menarik perhatian i baru2 n sejak dua tiga menjak ni adalah gelagat si polan si polan yang mempunyai kredibiliti, integriti dan sepatutnya memiliki personaliti yg konon mencerminkan membawa watak profesionalisme masing2.

Kadang kita ni kagum.ya lah awak tu pendidikan dan tahap tinggi tapi kenapa nak berperwatakan tak sma macam tahap pendidikan yg dibawa?

Sibuk sakan bersocial media ,membawang , dan terkadang watak yg dibawa tu tak mencermin kredebiliti awak.

Ye sy tahu awak tu niat baik nak sebarkan ilmu, untuk masyarakat kan.tapi perlu ke memfitnah dan menambah garam dan ajinomoto pd org?

Ye sy tahu pekerjaan awak tu dihormati masyarakat.awak dipuja.semua hujah awak diiyakan sahaja masyarakat sehinggakan jika ada yg membantah awak dan rakan2 awak membantai habis habisan.

Awak.Ilmu Allah itu luas wak.Awak juga org beragama.dan awak juga tahu itu.saya yakin.Sepatutnya awak meraikan perbezaan pandangan dan perkongsian pendapat.Tapi...

Ye saya tahu awak dan rakan2 seangkatan awak ramai menyelamatkan masyarakat dari kejahilan.Tapi itu bukan tiket untuk awak terus menghina,mencerca ,menghasut masyarakat utk.membenci dan memusuhi sesama manusia.

Even rasullullah dalam perjuangannya atas dakwahnya pon tak pernah galakkan masyarakat saling memusuhi,membenci tapi awak?? Yg professionnya disanjung masyarakat snggup biarkan masyarakat berlaga dan bertelagah kerana hujah awak?

Sanggup biar insan seagama dicerca disumpah masyarakat? Tinggi sungguh kecintaaan awak terhadap masyarakat. Murah sungguh maruah saudara seagama awak itu dimata awak sehingga awak biarkan dia disumpah kepada kematiannya sendiri.

Awak2.Hebat awak.Sehebat segulung ijazah yg awak ada.

Saya tak sebelahi sesiapa.Saya bukan berpegang pada logik akal dan hujah semata.Allah ciptakan Akal (logik) dan hati (ilham ,naluri) untuk manusia buat pertimbangan yg sempurna.

Akal dan logik semata takkan menjadikan kita manusia.Malah ibarat pepatah

Ikut hati mati
Ikut badan binasa

Apapun, respek pada tokoh2 profesional dulu2.Tak perlu canang kehebatan meraka di media sosial merata.Sampai menjatuhkan martabat mereka.Allah itu cukup untuk mereka.


Malulah sesama islam bertikam lidah
Berbalas kata mengata , orang bukan islam jd pemerhati je.Buat apa nk merendahkan martabat sendiri join korum makcik bawang pula?


P/s: respect Dr hamid arshad
                      Dr Muhaya

Bukan BBBNU

Februari 10, 2019 1 comments
Newer Posts
Older Posts

About me


NABILA SYIFA
Selangor
Wife | Mother | Blogger
Mula berblog sejak 2014. Minat membaca dan menulis.
Untuk ADVERTORIAL, REVIEW, COLLABORATION dan SPONSORSHIP.
Boleh emailkan ke:
nabilasyifa86@yahoo.com

Pengikut

Follow Us

Labels

DIY Education Education Tools Entertainment Fashion food Food & Receipe Health & Beauty Hiburan Information Life & Style Lifestyle Malaysia Parenting Segment & Review Travel TTC Tutorial Blog Tutorial ICT

Blog Archive

  • ►  2022 (1)
    • ►  Mei (1)
  • ►  2021 (5)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2020 (12)
    • ►  Disember (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (4)
    • ►  April (3)
  • ▼  2019 (11)
    • ►  Disember (4)
    • ►  Mac (4)
    • ▼  Februari (3)
      • Salah ke saiz XS?
      • Semangat Pejuang
      • Professional ke?
  • ►  2018 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Julai (2)
    • ►  April (11)
  • ►  2017 (25)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (1)
  • ►  2016 (41)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (7)
    • ►  September (5)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2015 (45)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (6)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2014 (49)
    • ►  Disember (9)
    • ►  November (24)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (2)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)

top commentator

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates