Apa salah Guru?

by - April 08, 2020

Anak rusa Nani
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur

Buai laju laju sampai pohon ara
Apa Dalam baju Sekuntum Bunga Cina
Buai tinggi tinggi sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi pandai baca kitab..

Beberapa rangkap lagu 'Anak Rusa Nani' ni tengiang kat telinga..

Musim PKP.Ini rasanya penulisan Pertama Bell sepanjang tahun 2020 ni.Tak sangka.. dah 2020!.1st time Bell masukkan entry baru.Bell akui memang sibuk dengan kerja hakiki ditambah dengan usia kandungan yang semakin membesar dan menyebabkan Bell kelelahan.

Alhamdulillah.. Bell bersyukur tahun 2020 ni Bell masih dipanjangkan hayat untuk bernafas atas muka bumi yang sementara ni..

Baru2 ni cukup kecoh dekat FB pasal netizen yang tak puas hati sangat dengan insan bergelar Pendidik AKA Guru. Kenapa ? Kenapa dengki sangat? Kenapa marah sangat pada mereka yang bergelar guru ni? Mungkin ke sebab Musim PKP ni minda dan emosi anda terganggu sehingga membataskan pemikiran waraa dan logik akal sehingga mengikut nafsu dan emosi berlebihan dan menimbulkan rasa iri dan terganggu terhadap insan bergelar 'GURU'?

Kenapa golongan ini yang terkena tempiasnya?



Guru kecam

Guru saja ke yang makan gaji buta masa PKP? Betul ke guru2 makan gaji buta? Fitnah!

Guru masa PKP ni diberikan arahan bekerja dari rumah! Tugasan guru sepanjang tahun sebenarnya tak pernah berhenti setakat disekolah, hatta cuti sekolah pun guru sebenarnya bekerja! 

1) Menyediakan modul pengajaran (Modul peperiksaan/ latih tubi/ tuisyen kelas)
2) Menyediakan Bahan pengajaran/pemudahcara ( Powerpoint/video/ animasi dan bahan pengajaran digital dalam platform seperti blog/ google classroom dlln)
3) Menanda buku, kertas peperiksaan, ujian, latih tubi dlln.
4) menyediakan laporan tahunan rumah sukan, kokurikulum, kurikulum, laporan pencapaian peperiksaan PT3 , SPM, peperiksaan ,ujian dlln.
5)Menyediakan laporan Panitia, bidang, pelan strategik, perancangan tahunan panitia, perancangan kelas , dlln.
6) Menyemak rekod murid kelas, disiplin, memantau pencapaian murid, kaunseling murid, 
7)Perancangan kebersihan, keceriaan, kebersihan kelas dlln.
8) Tugas sampingan seperti AJK hari sukan, AJK Program sekolah AJK PIBG, AJK pelbagai lagi aktiviti dan perancangan sekolah, semua perlu ada dokumentasi, rekod dlln.
9) Kursus peningkatan kerjaya guru, LDP, dlln.
10) Merancang program peningkatan prestasi murid, -semua perlu rekod dan laporan.

Tahukah beliau guru bertungkus lumus di waktu cuti PKP ini memikirkan bagaimana nak bagi anak2 didik 'cerdik pandai' dan mudah hadam pelajaran serta dapat menjawab soalan peperiksaan PT3 dan SPM nanti?

Sedarkah 'beliau' ini guru bertungkus lumus memberi latihan online melalui whatsapp/ telegram dan segala  medium agar anak murid tak tercicir?

Butakah beliau untuk mengetahui guru2 ini ada kelas dan kursus online yang perlu diikuti untuk meningkatkan profesionalisme mereka dan semua ini direkod? Waktu ini mereka melengkapkan semua kursus peningkatan kerjaya secara online? Dan 'beliau' itu sedang buat apa agaknya? menonton drama Korea? Atau goyang kaki di rumah?

Dan sedar tak 'beliau' guru2 juga mengasah kemahiran dan pengetahuan mereka pada waktu cuti PKP ini dengan membaca, menambah pengetahuan, menambah ilmu tentang perisian dan peralatan teknologi maklumat demi anak didik mereka dan pemudahcara untuk pengajaran mereka dikelas. Mereka bereksperimen, belajar, dan mencuba.ANDA APA TAHU?

MASIH KAH LAGI GURU DIKATAKAN MAKAN GAJI BUTA?? - sepanjang tahun menyiapkan semua tanggungjawab tanpa merungut.

Malah mereka juga BELI SENDIRI semua alat dan kelengkapan untuk kemudahan pengajaran anak2 murid tanpa merungut atau minta duit ibubapa atau orang lain!

1) PRINTER
2) KOMPUTER/ LAPTOP
3) PERISIAN
4) PROJEKTOR

DAN kalau mampu , dengan mesin potostat pun mereka beli.Untuk apa? smua untuk anak bangsa.
Adakah pekerja pejabat lain juga membeli sendiri semua keperluan tersebut dengan duit mereka???

Guru makan gaji buta


Kenapa busuk hati? Guru dituduh melobi minta cuti PKP dilanjutkan? Fitnah!!

Tahukah 'beliau' ini , guru juga manusia biasa. Ada anak2 ada keluarga.Tergamakkah guru membiarkan anak2 mereka dijangkiti, disakiti? Tergamakkah juga mereka membiarkan anak2 didik mereka terdedah bahaya? 

Pandai sunguh mengarah itu ini? Ingat guru2 tak tahu nak isi masa di rumah bagaimana? Guru juga adalah seorang isteri / suami .Seorang ibu dan bapa yang perlu menjaga anak, mengasuh serta mengajar mereka. Anak anda sahaja perlu dijaga? Anak guru2 dibiar merata? Inilah manusia yang paling pentingkan diri!

Guru memang menjalankan kelas online, dan bijak mengatur masa. Kalau tidak, masakan menjadi guru? Tahulah mereka bagaimana membahagikan masa antara kelas mereka, tugasan hakiki mereka, yang penting jaga , pantau dan didik ajar anak2 anda  sewaktu PKP ini, jangan asyik mengharap guru sahaja.

Gaji guru

Gaji guru dipotong? berapa banyak sangatlah gaji guru tu? Bukan taraf datuk datin pun..
Sebelum ini pon mereka memang dah banyak menyumbang dan bersedekah pada anak bangsa...Tak percaya?

Berapa banyak duit yang mereka keluarkan untuk 'belanja' anak murid.Berapa banyak yang dah mereka keluarkan untuk kelas, untuk PIBG untuk bantu anak2 murid susah di sekolah. Tapi itulah kan... manusia buta hati memang takkan nampak semua tu, yang hatinya buta dan iri dan dengki. 

Tak apalah para guru, semoga saham akhirat anda terus berpanjangan.Biarlah manusia tak tahu jasa kita, yang penting Allah tahu segalanya.



You May Also Like

1 comments

  1. Netizen yang komen2 tu tak faham tugas dan tanggungjawab guru.

    BalasPadam