About

   

 Hai, dan selamat datang! Saya Madam N, di sinilah saya berkongsi kisah hidup – tentang keluarga, perjalanan hidup, kecintaan terhadap makanan dan meraikan kehidupan sederhana milik saya.Baru sahaja menikmati keindahan bergelar seorang ibu, teringin merai dan berkongsi cerita cinta dan kisah indah dalam jurnal keibuan sendiri.




    Sedikit mengenai keluarga kecil saya.Saya mula membina rumah tangga di tahun 2013, ketika masih di alam pengajian di Universiti.Setahun sebelum tamat pengajian, kami melangsungkan perkahwinan dan Alhamdulillah sehingga kini, setelah melalui pelbagai dugaan barulah dikurniakan seorang Puteri di tahun 2020 yang kini berusia 5 bulan.

                                                      



    Di sini bermulanya tahun 2020 ni saya cuba mewarnai semula Blog yang kian berhabuk ini setelah sekian lama timbul tenggelam muncul dengan penulisan baru. Diharapkan semangat baru akan muncul dan mewarnai Blog ini.sejak awal tahun 2014, blog ini juga telah mengumpulkan beberapa pembaca baru dan saya sangat gembira dengan kunjungan anda di sini! terima kasih kerana mengikuti!