facebook youtube twitter instagram instagram linkedin
  • Home
  • About
  • Lifestyle
  • Family
    • TTC
    • Parenting
  • DIY
    • Crafts
    • Sewing Projects
    • Home Decors
  • Receipes
  • contact

mommymillennia

 Assalamualaikum w.bt.

Proses memgandung, melahirkan dan berpantang tanpa disedari ibu2 kekurangan kalsium dalam badan.kaki terasa kebas ,pinggang sakit dan sering lenguh badan.


Tahukah anda mommy pwnyerapan kalsium dalam tubuh ibu ke tubuh anak perlu diganti melalui pengambilan jumlah kalsium yang mencukupi dalam tubuh badan ibu.


Untuk menggelakkan sebarang penyakit akibat kekurangan kalsium dalam badan mommy boleh mengamalkan vitamin dari shakelee. Ostematrix dapat membantu mommy terutama bagi mommy yang alah pada susu dan produk tenusu.

ostematrix

Sesetengah mommy ada yang alah kepada enzim laktase atau laktosa dalam susu lembu.Ia menyebabkan ketidakselesaan perut dan membuatkan mommy cirit birit dan sakit perut sejurus pengambilan susu.


Untuk menggantikan sumber kalsium dari susu ibu boleh amalkan ostematrix daripada shakelee.Ambil suplement vitamin B bersama vitalea dan Ostematrix untuk kesegaran tubuh mommy terutama yang menyusu badan.


Jika nak tambah susu badan boleh juga amalkan protein soya shakelee iaitu ESP.Jika anda mommy perlukan bantuan nak dapatkan shakelee boleh hubungi 018-2417578.

Januari 09, 2021 No comments
Assalamualaikum w.b.t,

Lamanya tak blogging. Ada ke yang rindu? Macam tak ada je? Okey, dah sebulan menderita gatal-gatal kulit, kulit mengering dan mengelupas kat muka. Tak perasan sejak bila kena tapi yang pasti selepas aku mengikuti kursus kat Pantai Port Dickson 11 Ogos lepas.Lama jugak dah la.

Cerita asalnya, masa aktiviti berkumpulan hari tu, kami bermain di tepian pantai. Ada aktiviti melibatkan air, dan kebetulannya ada direct contanct dengan air, air tu mencurah-curah ke kulit wajah aku. Bercampur dengan pasir pantai bagai, aku pun bersihkan muka dengan sebotol air mineral.

Selepas kejadian, tak ada apa yang berlaku, tapi sehari demi sehari selepas kejadian tu, kulit wajah aku mula gatal-gatal.Mulanya hanya sedikit, di kawasan sekitar tepi dan bawah bibir.Aku biarkan saja sebab yakin ia akan sembuh sendiri. Malangnya, gatal-gatal semakin merebak, kulit muka jadi merah, menggelupas dan mengering.

Dari sehari ke sehari, aku makin Fed Up. Aku nak make up pun tak boleh sebab kulit kering dan menggelupas tu jadi lebih sensitif dan Annoying!

So, aku pergi klinik kesihatan Klinik xxxxxx .Doktor tak ada jadi MA yang bertugas tanya apa masalah aku, aku jawabla aku pun tak tahu, mungkin allergic sebab kulit gatal-gatal.Kemudian dia beri ubat. Ubat ni la dia beri pada aku.



Seribu kali sayang, tak berkesan pun pada aku malah jadi lebih teruk.Sadiss betul. Pastu aku teringat lah mak aku penah cakap, Bio Oil sesuai untuk masalah kulit, so aku pun try pakai Bio Oil plak pada muka aku.

Bio Oil
And nak dijadikan cerita, since muka aku gatal-gatal dan merah teruk, aku tak boleh cuci muka guna pembersih muka biasa tu, Pedih sungguh!

Aku ikhtiar pergi Farmasi and tanya pada pekerja dia ada tak pembersih muka yang sesuai untuk kulit muka aku yang tengah iritasi teruk ni. Dia pun cadangkan aku guna produk di bawah ni, and alhamdulillah, senang aku nak bersihkan muka.


The Original Vegecleanz
Alang-alang dah terpakai pembersih muka ni, cari pulak la pelembab dia sebab muka I mengering dan mengelupas.So kena bagi lembab , maka carilah pelembab yang sesuai untuk kulit yang tengah gatal-gatal dan memerah ni.

Vegesorb


September 29, 2018 1 comments
Haii..salam sayang n rindu..

Moga korang bloger2 cute sihat2 belaka.
Sedih sebenarnya.
Sepatutnya aku menjalani IUI tapi apa boleh buat..belum rezeki.

Inilah rupa ubat yang aku suntik kat perut hari2 *sakitnyee😭😭

Selepas ambil Folliculin 75 iu setiap hari, selama 7 hari berturut2, dan buat TVS,Ovari aku Over react pada Dos ubat yang diberi.

Hm.. kedua2 tiub ada banyak sangat Folikel. Rata2nya besar.Terlalu banyak! Sister tu cakap. Nurse yang duduk sebelah dia pun terkejut. Hm.. nampaknya cycle kali ni tak dapat diteruskanla..pujuk aku dalam hati.

sedih. Tuhan je yang tahu.

Itulah..siapa suruh terlalu berharap.
Doktor tak boleh nak teruskan prosedur IUI sbb sekiranya terjadi juga proses tersebut akan membahayakan dan wujud risiko pada ibu dan bayi nanti. Yelah, kalau semua folikel tu pecah dan ovum berjaya bersenyawa nanti kemungkinan untuk terbentuknya kelahiran kembar lebih daripada 3 adalah besar dan risiko keguguran juga boleh berlaku.

Tambahan lagi doktor bimbang tahap kesihatan ibu dan bayi nanti akan terjejas disebabkan terlalu banyak bayi yang terhasil. Cuba bayangkan kalau 5 biji ovum berjaya disenyawa serentak dan membahagi dua pula. Gila nak ada 10 orang kembar???

Scan Folikel

lebih kurang gini lah rupa scanning image folikel aku kat screen

Bahaya kata doktor.Lagipun, kalau terbentuknya kembar lebih daripada 3 sekalipun tak semestinya semua akan survive.begitu juga dengan ibu. Malah sekalipun berjaya survive akan memakan belanja yang besar untuk membesarkan 10 orang kembar atau lebih mungkin??

Doktor terkejut lepas scan TVS dan harap aku tak terkena OHSS. Nurse pon tanya aku, ada simptom2 macam kembung, atau sebagainya tak? Biasa lah, kalau terlebih react, mungkin akan terkena OHSS. Fikir nurse tu agaknya.

Ntahla. setakat ni aku ok lagi,harap semuanya baik2 belaka.Aminnn..

Nampaknya kena cuba cycle lain nanti.Doakan aku.Yang baik2 sahaja..TQ! :p
Mac 21, 2017 2 comments
Assalamualaikum..

Sihat? Semoga semua sihat di Bulan Ramadhan penuh Barakah ini. Cerita kali ni adalah pasal Pakej Promosi Leser, dan  Treatment di Anggun Medispa.




Nak tahu? Nak tahu?

Sewaktu scroll di FB, tetiba terjumpa pasal Anggun Medispa ni yang sedang menawarkan pelbagai promosi bersempena dengan bulan Ramadhan ini.

Tertarik pula melihat testimoni dan hasil yang dipaparkan, I pun mula merancang hendak mencuba promosi rawatan leser yang ditawarkan. RM 500 per sesi. Just di bulan Ramadhan ni tahu??

Jadi I terus whatssapp pekerja Anngun Medispa ni dan buat appoinment untuk Rawatan Leser.

Hah, nak tahu rawatan apa yang I buat? Huhu

Remove jeragat dan syringoma , milia .

Hmm, 1st tu, doktor check my skin condition, and ask me "Nak buang ke tahi lalat ni?"
Tetiba terkejut. sbb rasa tahi lalat tu macam dah sebati kat muka. kang buang kang takut orang tak cam pulak muka I.Hahahaha. Poyo!

Lepas sedikit perbincangan, Doc pun sapu krim kebas pada muka I, Lepas tu, tunggu setengah jam dan giliran I pun sampai.

1st time Try Leser Treatment, memeng macam takut sikitla kan, Tapi ramai cakap x sakit pun leser treatment ni. Jadi I pasrah dan redha.

Alhamdulillah, memang tak sakit!

dan masa first tengok muka I lepas leser treatment tu mmg terkejut gak la!

Bagi yang Konfius apa itu syringoma dan milia  hah, boleh rujuk gambar di bawah ni:



Syringoma

Benda alah ni macam gelembung2 minyak pada permukaan kulit. Ia terjadi sebab kelenjar minyak tu tersumbat. Faktor penyebab, makeup, penjagaan kulit tak betul, dan faktor genetik atau keturunan.



Milia Seed

Milia ni macam bintil kecil ala jerawat tapi bukan jerawat. Ia juga bintil minyak yang berbonjol pada kulit tapi tak boleh dipicit keluar macam jerawat tu.


Kedua2 kondisi kulit di atas tak merbahaya. Tapi biasanya mengganggu penampilan diri dan ramai yang membuangnya atas alasan kosmetik.



Berbalik pada rawatan yang I buat, Hmm jom tengok kondisi kulit I selepas rawatan.

.....


........

.......................................

..........................


After A month...




Okey tipu.. hahahaha!!

Belum sebulan lagi.. so kena tunggu sebulan dulu..
baru tgk result.


Bagi yang berminat nak try PROMOSI
LAIN YANG DITAWARKAN:






Baca >> 11 #RamadanPickUpLines Yang Lucu Tetapi 'Fail' 
 
         >> Raya Dulu, Raya Sekarang. Ini Adalah 6 Perbezaan Paling Ketara

          >> Sale di ZALORA

          >> Anda Pencinta kucing? Jangan lepaskan peluang!!




Jun 19, 2016 11 comments
Assalamualaikum..

Hai.

Apa Khabar semua?Korang sihat? Dah ready nak puasa? Hihi? Habis dah ganti puasa?
Banyak lak tanya ,kan?kan?

Okeyla..tak nak cerita banyak.Kali ni nak cerita pasal satu Beauty Shop ni. Online Shop! Banyak produk kecantikan dan Supplement dijual kat sini. Jom terjah!>> 3Nurul's Collection

3NC


Semua produk dia best2.Berbaloi2!!


3 Nurul's Collection

Inila Page 3Nurul Collection.



Ingat x ? I penah buat entry pasal Set Mandian ni? Cherry Blossom!!







Ada sesiap yang mengandung?- Elok amalkan minyak Kelapa Dara untuk memudahkan bersalin
boleh dapatkan di sini!!




Jun 03, 2016 6 comments
CHEERY BLOSSOM

CHERRY BLOSSOM WHITENING BODY SET


Hai! Apa khabar semua? Hari ni nak tunjuk set Cherry Blossom yang comel ni! Pink gituww!



Cherry Blossom Whitening body set ni adalah produk  dari Korea.Istemewanya set ini adalah  diperbuat dari pada bahan-bahan semulajadi dan diperkaya dengan extract susu dan buah buahan!

Wangi tau! Set mandian NI baunya sangat menyegarkan dan aromanya pun long lasting. Memang leakt pada badan ni! Lepas mandi je , satu bilik boleh  bau keharuman dia..Hahaha!

Di bawah ini adalah kebaikan penggunaan 
CHERRY BLOSSOM WHITENING BODY SET

  1. Menghilangkan daki dengan salt scrub 
  2. Melembabkan kulit dan menghilangkan kulit2 mati
  3. Memelihara kehalusan kulit 
  4. Menyegarkan badan 
  5. Mencerah dan memutihkan kulit
  6. Wangi sangat 
  7. Melindungi badan dari masalah bau hapak


Mac 23, 2016 5 comments
Hai..salam semua.thank you sbb dtg jenguk blog kita.
Semalam. Waktu my hubby balik kerja tetiba je dia balik dengan bau haruman perempuan!!

Bila kita tanya dia cakap
" ada awek sembur kat badan abg.."

Kita ni pon think positive la.o..mesti awek yg jual perfume tu bg tester kat dia kan? Kan?

Then tetiba kita tengok n bau...bau tu dekat dada dia?
Kita pon tanya.

"Apesal lak awek tu nak sembur kat perut abg lak?" Kan.mcm musykil sket la kan..

Dia sengih je.kita pon curious lah kan.apa awek tu pg buat kat perut laki kita lak.ntah2 dia peluk awek? Kiki

Dia pon wat xlayan n sibuk layan hp dia. Buat2 bz n xdgr kita tanya.

Kita pon tanya byk kali.
Dia buat bodo je.

Malas nak layan.kita pon wat bodo je kat dia.
Tetibe dia cakap..

Pg tengok kat luar tu. Ada perfume. Kita pon pelik.hmm perfume?

Jalan gak gi kat ruang tamu.cari2 tak jumpa.

" tak ada pon bang"

" ada tepi almari tu"

Hm..nampaklah beg warna pink kat bawah ni hah.jeng3x


Victoria's secret malaysia,body mist,victoria



Victoria secret, cherry blossom,love spell

Pure seduction,victoria's secret

Sebenarnya kita jenis tak pakai perfume.pakai losyen je yg ada bau wangi. Hubby pon tahu.

So dia hadiahkan victoria's secret body mist ni.ok la.. bau dia best. Kita suka yang purple n merah ni.tp yg merah ni ada bau masam2 ckit- biasalah..plum kan? bau dia tetap awesome!!- tu yang namanya pun pure seduction..awwww!! yg purple bau sweet cherry blossom-love spell gituewww..lepas ni abeslah asben kena love poison!! kiki

Bukan apa..kita kalau pakai perfume kita sendirik yg pening dengan baunya.rsa cam kuat sangat
Tp kalau losyen or body mist ni okla.bau soft je.tak menusuk hidung n tak la rasa lemas sangat dengan bau wangian yang kuat..



Tetiba  kata kat my hubby: " emmm ...wangilah.kalau ada perfume dia lg best"

Then my hubby pon ckp "la..kata xreti pakai perfume.kalau tau tadi beli perfume"

Hehehe.....
pasni nak carik satu set.




Rugi Tak Baca!:

  • Pelakon Ola Bola yang Super Cute & Handsome -Jom berkenalan!
  • Suka ice cream? - 10 spot menarik untuk ice cream yang Super Awesome!
  • 6 Kriteria yang korang kena ada untuk Hidup Mewah
  • Boyfriend korang yang terbaik? cuba check balik?
  • Hebatnya 'Anak Kampung'

Februari 20, 2016 15 comments
Sejak dua tiga menjak ni semakin menjadi-jadi pulak. Minggu lepas, I di serang sakit gigi..You all tahu aja lah sakit gigi..macam mana azabnya.Sampai ada yang menggambarkan kesakitannya ke-2 selepas sakit bersalin.Ha..mula2  I  pk  I ni sakit gg sebab ada gigi yang rosak.Tapi, setahu  I  dah lama tak kena sakit gg and kali terakhir I BUAT CHECK UP kat klinik gg Doc cakap gg  I  cantik.

So,  I  pun pk2 kenapa  I  sakit gg ek? I tak tahan sangat dah 2 hari tak baik2..nak tidur pun x dapat, rasa macam nak meraung2 je.. pagi tu jugak  I  heret my hubby temankan I  cari Klinik gg. AHAD k..hari Ahad.Klinik Gov memang tak bukaklahkan..Ah, swasta pun swasta lah, janji azab sakit gg I berakhir..


Jeng2..pg klinik gg area SRI GOMBAK.


Klinik Pergigian Rosman


No. 16A, Tingkat Satu,Jalan Sungai 1/2,Selangor, Taman Seri Gombak, Batu Caves,68100
Klinik buka jam 9 pagi.Tapi doktor lak tak ada.Tanya staff kat front desk, dia cakap Doc masuk jam 11!! ADOIILAH haii.. I pun decide balik dulu, then datang balik t sbb we all ada kerja lain ok dari nak melangut tunggu sampai Doc datang.

Tepat jam 11 we all sampai..Tengok patient beratur panjang.Ramainya nak jumpa doctor gg hari AHAD macam ni?

Bila staff tu nampak  I  dia pun cakap lepas ni giliran  I . Hm, lega. tak payah tunggu lama.Sebelum I ada sorang mamat ni datang dengan bini n ank kecik dia, baby k.Mamat ni siap tidur dengan bertampal tuala di Pipi.Demam kot! demam sebab sakit gigi.

Lepas mamat tu masuk, jumpa Doc tu..keluar je..jeng2 jeng2..terus dia senyum panjang sampai ke telinga! Dah baik kot??

Then..tak sampai 5 minit nama I pun dipanggil.Masuk jumpa Doc, doc tanya, sakit gg mana. Iberitahulah yang hujung.Doc pun pelik.

"Eh,tak ada pun? gigi mana yang sakit? semua elok je ni?"

"Yang hujung tu doktor."

Doctor pun memeriksa gigi kat belakang tu..yang ni ke? yang ni?

"Saya cuba ketuk ya?"

"Sakit tak?"

"Tak!"

"Cuba yang ini?"

"Arrrrghh..sakit!" Aku pun terjerit !

"Tapi gigi ni elok je? tak ada yang rosak?"

"Hmm.sakit antara celah gigi ni..bukan gigi yang sakit." Kata doktor tu.Aku pun blurr.Gusi ke?

"Owhh..awak ada gigi graham bongsu..Gigi ni tergantung ni.Tak ada fungsi pun,sebab awak guna gigi graham yang depan ni untuk mengunyah.Gigi hujung ni tak pakai!"

"Ni sebab sakit ni.Gigi hujung ni tak cukup ruang nak tumbuh."

"Kita cabutlah.." Usul Doktor tu.Cabut??

"Kalau cabut, gigi tu sakit balik tak?" Aku pun tanya balik.Janji gg aku tak sakit dah!

Doktor pun terdiam.Tak tahu nak jawab apa ke?

"Cabut je la.." Akhirnya aku pun pasrah.



Doktor pon ambil semua peralatan, cucuk bius, aku pejam mata rapat2.Then, gigi pun dicabut!

3 hari 3 malam aku meraung sakit lepas cabut gigi.Sakit oiii..cabut gigi graham!!

Lepas baik sakit gigi,sakit tekak pulak.Abis hilang suara..Jadi suara itik serati!



                        
Ogos 16, 2015 18 comments
Takutnya melihat masalah muda-mudi dekat Malysia ni. Yang tak muda-mudi pun satu hal.Dunia ni dah ramai orang Gila.Macam2 jenis Gila. Ada yang Gila Meroyan, Gila Isim,Gila talak,Gila Harta, Gila Darjat, macam-macam jenis Gilalah! (Macam lagu Stacy Gilalah!)

Serius I Takut.Dalam bebanyak penyakit.Penyakit ni paling bahaya.Sebab penyakit ni senyap2 je.Kat dalam kan? Bersifat Rohaniah gitu.So, kita tak tahu pun orang tu Gila.Pembunuh senyap , bukan untuk penderita penyakit tu sahaja tapi orang lain jugak!

Jom Layan Keratan Akhbar berikut:


  
Ni Laki ni Gila Talak


Gila  Psikosis  / halusinasi (kerap dengar bisikan misteri)

 Suspek ni dikatakan Gili Isim.



Ni meroyan.


HAA..takutkan? Banyak betul orang gila dalam dunia ni.Belajar tinggi-tinggi pon gila.Tak belajar tinggi pun ada yang jadi gila.

Masalah mental ni kadang2 memang rumit.Ada banyak jenis penyakit mental yang secara tak langsungnya boleh membawa kepada Gila ni kalau tak dibendung.Nampak tak betapa pentingnya menjaga kesihatan mental masing2?

Terlalu Depress (tekanan) pun  tak elok jugak, kemurungan,kegelisahan(Neorolisis) fobia, ketakutan, mudah naik darah,rendah diri, suka menyendiri adalah tanda-tanda gangguan jiwa.

Psikosis pula adalah gangguan paling teruk dihidapi apabila pesakit seolah2 terasing dalam dunianya sendiri,hilang hubungan dengan alam nyata dan berkelakuan ganjil.

Sering berkhayal, bercakap sendiri,mendengar suara-suara dan bisikan misteri, melihat benda-benda yang tidak dapat dilihat oleh pandangan orang lain, dan kadang-kala merasakan diri mereka di alam lain.

Pesakit lazimnya tidak sedar dirinya 'sakit' dan tidak mencari bantuan.Bahayakan? Kadang2 kita tak tahu pun ada berapa orang gila yang sedang berada berhampiran kita, bergaul, melakukan aktiviti harian bersama-sama, malah mungkin ada yang menjadi teman rapat kita.

Tau-tau je..tetiba dah ada lak yang kena bunuh.Sebab apa? tak tahu pun yang Si polan- si polan yang kita kawan tu sebenarnya 'gila'!

So, kalau korang tengok kawan korang atau saudara korang tu macam lain macam je.Stress memanjang, tekanan sokmo.Jumpa korang je hari2 mengadu masalah. Nasihat elok2. Jangan biar tenggelam tak ada haluan.Paling penting, ilmu agama.Jangan abai ajaran agama.

Nasihat paling elok, rujuk Psikitaris kalau dah teruk.Jangan biarkan OK?TAK KORANG JADI MANGSA, ORANG LAIN LAK YANG KENA.

I sendiri ada experience tau dengan Rumet masa dekat U dulu.Psiko gila dia tu.Takut I.Hari2 asyik cerita masalah tu, masalah ni,benda kecik pun dia mengamuk.Pastu gelak sorang2, cakap dengan patung, pastu melalut2 pasal agama, I cukup scary time tu. 

Bayangkanlah.Malam2 ketawa mengekek ,gelak2 dengan anak patung dia padahal I kat sebelah tengah lepak study kat meja.Tak ke scary?

Pastu marah2 sesorang.Bercakap, membebel sesorang.I pun kekadang meremang bulu roma tau tak?Bila tegur, dia buat tak tahu macam dia kat alam lain dan I ni dekat alam lain!

Tapi I bersangka baik.I cakap elok2 ,I cuba nasihat.Tapi lama2 I pun tak tahan dengar masalah dia sebab setiap kali nasihat dia x mahu terima.Dia suka salahkan semua orang termasuk lecturer, ibubapa, rakan sekelas, pengurusan kolej, hatta semua manusia atas muka bumi ni.Dia je seorang yang selalu betul.

Satu hari dia mengamuk sebab I tersalah cakap.I pun time tu tak sengaja tercari pasal dengan dia. Apa lagi, dia perang mulut dan maki2 I.

Al kisah selepas tu,baru I tahu dia memang ada masalah,kawan2 sekelas dia (semua jd bekas kawan baik) cakap dia memang problem.Macam selalu tertekan dan tak dapat nak kawal diri, kawal perasaan, selalu mengadu stress.Kawan2 nasihat, semua tak pakai.Last2 semua kwn give up n mula menjauh sbb tak mau jadi magsa 'lepas geram' dia.

I merayu pentadbiran kolej tukar bilik I sebab I takut duduk sebilik dengan 'Psiko'. Lepas tu jarang jumpa dia dah. Tup2 SEKARANG ni bila I buka Facebook, dia selalu update status tekanan dia tu, marah2 kat somebody (tak tahu sapa). Last I tengok dia maki parent dia cakap parent dia mata duitan la, apa lagi ntah..Tapi memang kamus idup dia penuh kebencian, tekanan memanjang, dan asyik persalahkan orang disekeliling dia.

Tak tahulah dia macam mana sekarang.I doakan dia dapat atasi Stress dia tu dan lawan bisikan2 jahat syaitan serta kembali ceria dan menjalani hidup bahagia macam manusia lain

Februari 08, 2015 9 comments
Penat mencuba pelbagai rawatan di hospital? Penyakit belum tentu sembuh? Terdapat pelbagai rawatan Alternatif lain yang boleh diusahakan.Ingat.Allah tidak menguji hamba-hambanya dengan beban yang tak mampu digalasnya.Ujian Allah bersesuaian dengan kemampuan hambanya.Apa kata anda cuba dapatkan rawatan kaedah Homeopathy?Kaedah yang tidak menyakitkan, tiada kesan sampingan, dan tiada suntikan mahupun pembedahan!


Samuel Hahnemann


Homeopathy bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat kita.Ia adalah satu kaedah rawatan yang bermula kira-kira amalan 200 tahun lalu di Jerman. Samuel Hahnemann mendapati ia berkembang dengan pesat di Eropah dan seluruh dunia. homeopathy adalah berbeza dalam hampir semua aspek perubatan "rasmi" iaitu perubatan konvensional barat.

Prinsip utama ‘rawatan penyembuhan’ ini adalah :

MERAWAT PENYAKIT / PESAKIT MENGIKUT PRINSIP ‘SERUPA MENYEMBUHKAN YANG SERUPA’ (SIMILIA SIMILIBUS CURENTUR)

Di mana ‘Pengambilan jumlah yang besar sesuatu penawar menimbulkan gejala penyakit kepada golongan sihat, tapi pada masa yang sama pengambilan di dalam dos yang kecil secara berterusan oleh si pesakit pula boleh menyembuhkan gejala penyakit yang sama.

Suatu contoh ialah Allium Cepa atau Bawang Merah. Semua orang tahu yang mengupas dan memotong bawang merah boleh menyebabkan perit tekak dan pedih mata serta air mata meleleh dan hingus cair pun meleleh beserta dengan hidung terasa pedih.

 Di dalam kaedah perubatan homeopathy , penawar ini boleh menyembuhkan seorang yang mengidap selsema pada peringkat awal dimana gejalanya adalah perit tekak, pedih mata dan air mata meleleh serta hidung pedih. Jika awal selsema itu tidak mempunyai gejala yang sama maka penawar untuk selsema itu bukan Allium Cepa tetapi penawar lain yang mempunyai gejala yang sama!


homeopati


Sesiapa yang masih belum memahami konsep perubatan homeopathy hanya perlu mencubanya sendiri dengan memastikan yang ubat yang diambil betul-betul mempunyai persamaan dengan penyakit yang diidap nescaya sudah tidak perlu lagi meraguinya!

Dengan pengunaan"dos yang sangat kecil" dalam istilah homeopathy, mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan.

Di Homeopathy Dr. Zainudin, beliau menyediakan rawatan Homeopathy untuk pelbagai jenis penyakit, termasuklah rawatan untuk patah tulang, dan masalah lain.

Bagi yang ingin mendapatkan rawatan atau pertama kali ingin mencuba rawatan ini, 
boleh hubungi ditalian:

03-61858676
Homeopathy Dr Zainudin
No.21 
Jalan Batu Muda 2,
Taman Batu Muda 
Batu Caves
K.L


Rujukan :
Gasparin J; Institut Homeopàtic de Catalunya, Barcelona,Revista de Enfermeria (Barcelona, Spain) [2005, 28(3):9-15]
http://nursyifa.info/homeopathy/homrumah.html


Disember 28, 2014 2 comments
Hello you all..

Kali ni entri I pasal Skin atau dalam BM Kulit.

Hm..al kisah pada hujung semester pengajian degree I dulu , kulit muka I tetiba je jadi macam kena panau.Tapi bukan panau. Macam iritasi.Masam dehidrasi pun ada jugak.Tapi I tak tau apa punca sebenarnya.Actually muka I tak ada masalah jerawat yang serius.Muka I bukan jenis berminyak.Jadi  memang kulit muka I tak banyak masalah.

Cuma kali ni tetiba dapat masalah macam tu.Maybe I dah tua kot..(huu..sedih) Jadi I pun pergi pusat perubatan untuk dapatkan rawatan.Then doc pun bagi I satu krim ni, dan ubat makan. I pun pakailah krim tu..Tetibe je masalah kulit muka I jadi lagi serious.


nasib tak gi kelas pakai purdah


I nak pergi kelas pun malu sangat time tu tapi demi pelajaran I gagahkan juga.Yang peliknya kesan ubat tu menjadikan muka I macam melecur kepanasan.So I decide to stop.I tak pakai dah ubat yang doc bagi tu.Iyelah kan..sebelum melarat baik I stop.

I buntu sampai nangis-nangis masa tu.Yelah,..muka elok2 tak ada masalah..dapat masalah pulak.Jumpa doktor dapat masalah lagi BESAR pulak. I pun call my mummy &  my mum suruh I balik KL.Cari Pakar kulit di KL.

Serta merta I balik KL.Awal2 pagi esoknya I buat Appointment dengan Doktor Kulit di Kuala Lumpur.Lama jugaklah I tunggu doktor sampai tak sampai2..Nurse tu cakap Doktor ada banyak klinik dan kadang2 kena pergi Hospital.Kebetulan hari tu doktor ada urusan di Hospital jadi I pun tunggu je la.

Last2 Doktor cakap I ada allergik maybe kosmetik or makanan.Not sure I dah lupa.dah lama. So I kena jaga2.Doc pun bagi pil vitamin C and ubat makan.Alhamdullillah lepas tu..kulit I dah pulih sedikit demi sedikit.

Tapi baru2 ni..I dapat balik Allergik tu and I dah tahu I allergik kosmetik and pembersih muka tertentu.Jadi I cuba elakkannya.Sebab takut  dan tak tahu jenis mana yang I boleh pakai dan tak boleh pakai (malas nak check) kiki..jadi I pun pilih alternatif nih!


Sebamed


Setakat ni..Ini je lah yang serasi dengan kulit I yang sensitif sangat nih..jadi I pakai ni jelah dulu. Kalau sesiapa ada suggestion produk yang elok untuk kulit macam I ni bolehlah suggest dekat ruangan komen kat bawah ni okey? TQ :)

Nasihat I..pada you all yang ada kulit sensitif macam I janganlah pakai produk sembarangan.Kalau rasa tak sesuai dengan kulit tak payah teruskan.Lagi satu macam produk2 pemutihan kulit ke, ilangkan jerawat ke..kadang2 kesannya berbeza2 dengan setiap orang.Ada orang serasi dengan produk tu..ada yang tak serasi.Ada yang pakai produk tu terus nampak kesan..ada jugak yang langsung tak berkesan-kesan.Jadi dalam pilih produk kosmetik atau kecantikan..berhati-hatilah.

Jangan sampai rosak kulit sudah..K?
Disember 03, 2014 7 comments
Salam mesra.Hi semua blogger.Harap sihat2 belaka.Yang sakit makan ubat cepat, jangan biar melarat, yang dah melarat ,buat2lah solat sunat taubat..takut tak sempat.

Bismillahirahmanirrahim..

Betul ke, Genetik boleh mempengaruhi Intelektual (kecerdikan dan kecerdasan otak) anak-anak?
Bermaksud, kalau nak anak bijak , kena pilih pasangan yang bijak2.Mak kena jadi bijak, hasil daripada baka bijak dan bapak jugak kena daripada baka bijak? Betul ke ni??

Maksudnya, kalau mak atau bapak  yang kurang cerdik atau dua2 mak dengan bapak memang langsung tak berapa nak cerdik, tak ada peluanglah nak hasilkan benih yang cerdik? tak ada peluang nak dapat waris yang high level intelektualnya?


Genius Malaysia

Adik Adi Putra-Genius Matematik Malaysia

Menurut The California State Department of Education,terdapat lima bidang pengkelasan utama untuk mengkategorikan seseorang kanak-kanak itu sebagai Genius ( berkebolehan luar biasa)  iaitu:

1.Keupayaan intelek yang tinggi.
• Ini ditentukan oleh ujian IQ
• Antara keupayaan yang akan dinilai berdasarkan:
  # Lisan
  # Matematik / Kuantitatif
  # Spatial
• Pelajar tidak semestinya menunjukkan prestasi yang setara dalam ketiga-tiga bidang tersebut.

2. Pemikiran Kreatif
• Ini dinilai melalui pemerhatian dan skala ciri-ciri tingkah laku.
• Sebahagian daripada ciri-ciri berikut dapat dikenalpasti:
  #  Berkemahiran dalam  penyelesaian masalah yang kreatif.
  # Keinginan  dan kecenderungan untuk menjadi unik dan lain daripada yang lain.
  # ‘Sense of Humor’ yang kuat.

3. Kepimpinan
• Ini ditentukan oleh pemerhatian dan skala tingkah laku ciri.
• Ciri-ciri yang dapat diperhatikan:
  # Popular; disukai oleh rakan-rakan
  # Yakin pada diri sendiri
  # Berdisiplin dan teratur.
  # Berpengaruh.

4. Kebolehan Akademik Tertentu.
• Ditentukan oleh skor ujian.
• Dianggap seorang pelajar yang cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu bidang akademik
• Pelajar berprestasi tinggi di sekolah

5. Visual dan Seni Persembahan.
• Selalunya ditentukan oleh portfolio atau uji bakat
• Biasanya pencapaian dalam satu atau lebih daripada bidang tertentu: seni, drama, muzik, dan / atau tarian.

DAN saya menambah satu bidang lagi yang tidak dinyatakan di sini iaitu:

6. Al-Qur’an dan Hadith.
• Dapat dikenalpasti melalui bakat dan kebolehan secara pemerhatian dan ujian lisan atau bertulis.
• Biasanya pencapaian dalam satu atau lebih daripada bidang tertentu: menghafaz Al-Quran/
Membaca Al-Quran dengan lancar dan bertajwid / menghafaz hadith.


Genius Kimia

                                                           Adik Ainan Cawley -Genius Kimia Malaysia


Berikut merupakan beberapa Fakta  dan laporan mengenai perhubungan antara Genetik dan Anak Genius :



# Fakta: 1


IQ Scale


"Cerys Cooksammy-Parnell adalah seperti kebanyakan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun  yang lain.Dia membesar di Birmingham, England. Dia suka bermain mesej dengan rakan-rakannya, dia baru sahaja mula belajar bagaimana untuk bermain tenis, dia tidak pernah  mengalahkan bapanya di dalam permainan catur, dan permainan iPhone kegemarannya adalah 'Fruit Ninja'

Sesuatu yang luar biasa mengenainya adalah,Cerys telah deperakui sebagai GENIUS.Dengan ukuran tahap IQ yang lebih tinggi berbanding Einstein dan Stephen Hawking!
Cerys bukan GENIUS termuda, tetapi dia adalah yang paling muda yang pernah dicatatkan mencapai skor yang sempurna 162.

Macam mana tu? menurut laporan, satu faktor yang dikenalpasti adalah kerana GENETIK.Ya, keturunannya!.Lagipun, ayahnya adalah bekas juara catur, seorang peguam yang berjaya, dan memperolehi catatan 142 pada ujian IQ, sekaligus meletakkan dia sebagai dalam kalangan dua peratus IQ tertinggi daripada jumlah populasi keseluruhan penduduk. Jadi, adakah Cerys mewarisi kepintarannya daripada ayahnya?"


# Fakta: 2

Kajian daripada Genome-wide association menunjukkan bahawa kecerdasan akal manusia adalah sangat diwarisi dan bersifat poligenik. 



genetik

Genetik

# Fakta: 3

Menurut  Dr. Keith Witt seorang  Clinical Psychologist & guru menyatakan:

"Kajian terhadap faktor genetik telah melaporkan satu penemuan bahawa:anak lelaki mewarisi kebanyakkan daripada kepintaran mereka dari gen X mereka, yang feminin.Ini bermaksud, anak lelaki mewarisi kepintaran kebanyakkannya daripada ibu manakala anak perempuan mewarisi kepintaran kedua-dua ibu dan bapa.


Daripada 23 set kromosom dipadankan kita semua mempunyai, dua puluh dua padanan ,tetapi terdapat perbezaan pada jantina kromosom:

Lelaki mendapatkan X daripada ibu mereka dan Y daripada bapa mereka, dan wanita mendapatkan X daripada kedua-dua ibu dan bapa.Kromosom Y daripada padanan kromosom XY mempunyai 100 gen tetapi satu pun daripada gen itu tidak terlibat dalam kognitif- Berfikir, Merancang, dan  mengenalpasti.. semua yang berkaitan dengan kepintaran.Berbeza dengan kromosom X yang mengandungi 1000 gen dan kebanyakkannya mempengaruhi tahap kepintaran dan kognitif."



kromosom


# Fakta: 4

Dalam sebuah artikel yang ditulis di dalam The New York Times Magazine, David L. Kirp, professor of public policy at the University of California, Berkeley,telah membuat kesimpulan berdasarkan perbahasan  berkenaan konsep genetik.

Menurutnya, persekitaran juga memainkan peranan untuk mencapai potensi genetik yang baik iaitu; 

Kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran yang baik, ibu bapa yang sangat menyokong dan membantu proses perkembangan kongnitif anak, dapat membantu anak mencapai tahap kognitif dan intelektual yang tinggi.


# Fakta: 5

Walaupun begitu, sekiranya kepintaran luar biasa ini tidak dimanfaatkan dan diperkayakan /diberi rangsangan yang elok maka masa depan kanak-kanak Genius ini mungkin musnah begitu sahaja kerana mereka merasakan tiada gunanya Anugerah kepintaran luar biasa itu kepada diri mereka.Mereka  mungkin merasakan diri mereka berbeza, sangat sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran dan orang-orang disekeliling, dan mula bosan dengan kurniaan tersebut.Mereka akan merasakan kurniaan itu sebagai satu beban yang menyusahkan.

Penting untuk membantu anak-anak Genius ini menyesuaikan diri dalam persekitaran dan hidup bermasyarakat agar mereka tidak sesat.Apa yang menyedihkan hari ini, semakin ramai genius yang dilahirkan , semakin mudah pula ia dihancurkan.Ada yang akhirnya terkapai-kapai di tengah lautan dan hanyut di bawa arus deras entah ke mana halanya.Entah mengapa kurniaan yang dianugerahkan tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya.


Adakah ia sebahagian daripada rencana BARAT yang sengaja hendak menyesatkan.Adakah agenda tertentu yang telah direncanakan untuk memusnahkan para ilmuan dari negara ISLAM agar tidak akan ada yang mampu menandingi 'kehebatan' dan 'kegeniusan' mereka akhirnya?

Ada juga media luar yang telah menulis 'How Malaysia has failed its gifted children'.Ya, kegeniusan mereka tak pergi ke mana.

Entri ini BUKAN bersifat berat sebelah.Siapalah I untuk menunding jari menyalahkan sesiapa. Tepuk dada tanya hati, tanya minda anda.Di mana silapnya?


Jadi kesimpulannya di sini, Genetik memang memainkan peranan dalam Intelektual dan level IQ anak-anak.Tetapi terdapat banyak faktor lain yang turut menjadi penyumbang.Isu genetik dan kepintaran anak ini hanya tertakluk untuk anak2 yang memang Genius (mempunyai kebolehan istimewa semula jadi * anugerah allah)

Berbeza dengan bakat.Bakat dan kemampuan anak-anak boleh dilatih bersesuaian dengan minat anak.Ibu bapa boleh memperkayakan pengetahuan anak dan membantu peningkatan tahap kognitif anak-anak dengan memberi rangsangan terhadap deria mereka, psikomotor, dan kognitif.


'Anak itu ibarat kain putih.Ibu bapalah yang akan mencorakkannya dengan warna-warna pilihan mereka.Buatlah pilihan yang bijak!'



sumber (fakta) :

Davies, G., Tenesa, A., Payton, A., Yang, J., Harris, S. E., Liewald, D., … Deary, I. J. (2011). Genome-wide association studies establish that human intelligence is highly heritable and polygenic. Molecular Psychiatry, 16(10), 996–1005. doi:10.1038/mp.2011.85.

sumber gambar: Google

November 24, 2014 No comments
Assalamualaikum.Terima Kasih masih sudi berkunjung ke sini..

Apa Itu Hemofilia?

Hemofilia adalah satu penyakit yang terjadi akibat daripada gangguan pendarahan yang jarang berlaku di mana darah tidak membeku secara normal.

Pesakit hemofilia, menderita kerana darah mereka sukar membeku selepas terluka atau mengalami kecederaan.Ia boleh melibatkan luka di bahagian luaran (kulit) dan juga menyebabkan penghidapnya mengalami pendarahan dalam badan (dalaman), terutama di lutut, pergelangan kaki, siku dan sendi. Pendarahan ini boleh merosakkan organ-organ dan tisu-tisu badan pesakit serta boleh mengancam nyawa.



Hemofilia biasanya diwarisi. "Warisan" ertinya gangguan tersebut dipindahkan dari ibu bapa kepada anak melalui gen.Genetik ibubapa biasanya akan diwarisi oleh anak-anak.Melalui konsep pewarisan gen inilah penyakit ini tersebar kepada waris (anak).

Individu yang dilahirkan dengan hemofilia mempunyai faktor pembekuan darah yang sedikit atau langsung tidak ada faktor pembekuan. Faktor pembekuan adalah protein yang diperlukan untuk pembekuan darah yang normal. Terdapat beberapa jenis faktor pembekuan. Protein berfungsi dengan platlet untuk membantu pembekuan darah.

Platlet adalah serpihan sel darah kecil yang terbentuk dalam tulang sum-sum-tisu seperti span di dalam tulang. Platlet memainkan peranan penting dalam pembekuan darah. Apabila saluran darah tercedera, faktor pembekuan platlet membantu menyembuhkan luka dan menghentikan pendarahan.

Setiap seorang bayi lelaki yang dilahirkan akan menghidap penyakit ini dalam setiap 10,000 kelahiran.

Jenis yang paling kerap dan mewakili 80% daripada kes ini ialah Hemofilia A. Hemofilia A adalah disebabkan kekurangan faktor pembekuan iaitu faktor VIII. Manakala 20% pula meliputi Hemofilia B disebabkan kekurangan faktor IX.


Hemofilia biasanya diwarisi, maksudnya melalui gen (baka) ibu bapa. Penyakit ini disebabkan warisan genetik yang dibawa oleh kromosom X. Anak lelaki yang mewarisi kromosom X yang abnormal itu akan menghidap penyakit hemofilia manakala anak perempuan akan menjadi pembawa.

Kadangkala penyakit hemofilia juga boleh terjadi disebabkan oleh mutasi gen. Dalam kes seperti ini, kedua-dua ibu bapa tidak membawa gen hemofilia tetapi sebaliknya terdapat perubahan (mutasi) yang berlaku pada gen pesakit. Lebih kurang 30% kes-kes adalah disebabkan oleh mutasi gen.




Bagaimana mengelakkan pendarahan? (Pesakit Hemophilia)



  • Pendidikan berterusan kepada ibu bapa/penjaga pesakit mengenai hemofilia dan cara menjaga kanak-kanak semasa kecil.
  • Elakkan daripada permainan dan aktiviti yang lasak dan boleh menyebabkan kecederaan (high contact sports) seperti bola sepak, rugbi, tinju dan sebagainya.
  • Dapatkan rawatan faktor sebelum mencabut gigi/pembedahan.
  • Elakkan daripada suntikan dalam otot (intramuscular) semasa vaksinasi.
  • Dapatkan rawatan secepat mungkin sekiranya berlaku sebarang pendarahan.
  • Menjaga anak-anak yang masih kecil dengan rapi agar tidak jatuh atau mengalami kecederaan semasa bermain di dalam atau di luar rumah.
  • Memaklumkan kepada pihak sekolah/institusi tentang masalah hemofilia yang dihidapi anak agar diberi pengawasan yang rapi.



Wanita dengan hemofilia

Sebagai sifat resesif Gen-X, hemofilia berlaku hampir secara eksklusif pada lelaki. Ada sesetengah keadaan walau bagaimanapun, terjadi pada wanita setelah terdapat tanda-tanda gejala pendarahan.

1)Simptom pembawa (pewaris) gejala: Dalam beberapa kes,  perempuan yang mewarisi gen hemofilia boleh mengalami simptom pendarahan  (<50%) tahap FVIII atau FIX. Perempuan yang membawa gen ini yang mengalami gejala yang disebutkan: digelar  pewaris (pembawa) gejala Hemophilia ini.

2)Anak-anak perempuan yang mempunyai bapa penghidap hemofilia dan ibu pembawa gen hemophilia: 

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, ia tidak mustahil bagi wanita untuk mempunyai seorang bapa dengan hemofilia dan seorang ibu yang merupakan pembawa, dan dengan itu mewarisi kromosom X yang terlibat dari kedua-dua ibu bapa. Oleh itu anak-anak perempuan tersebut akan mempunyai hemofilia.

3)Sindrom Turner: Ini adalah kelainan kromosom yang jarang berlaku di mana wanita hanya membawa satu kromosom X. Jika kanak-kanak perempuan ini mewarisi gen hemofilia, mereka akan mempunyai hemofilia.





I mewarisi penyakit Hemophilia jenis A ditahap ringan.Kes 1.

Adik lelaki I penghidap Hemophilia. Jadi sebarang aktiviti lasak dan sukan ekstrem tidak dapat dijalaninya kerana boleh menyebabkan kecederaan serius dan pendarahan berlanjutan.Sudah beberapa kali mendapatkan rawatan di hospital kerana masalah Hemophilia yang dihidapinya.


November 20, 2014 No comments
Older Posts

About me


NABILA SYIFA
Selangor
Wife | Mother | Blogger
Mula berblog sejak 2014. Minat membaca dan menulis.
Untuk ADVERTORIAL, REVIEW, COLLABORATION dan SPONSORSHIP.
Boleh emailkan ke:
nabilasyifa86@yahoo.com

Pengikut

Follow Us

Labels

DIY Education Education Tools Entertainment Fashion food Food & Receipe Health & Beauty Hiburan Information Life & Style Lifestyle Malaysia Parenting Segment & Review Travel TTC Tutorial Blog Tutorial ICT

Blog Archive

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  Mei (1)
      • TOYOTA : Kinto One-Konsep Islamik
  • ►  2021 (5)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2020 (12)
    • ►  Disember (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (4)
    • ►  April (3)
  • ►  2019 (11)
    • ►  Disember (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (3)
  • ►  2018 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Julai (2)
    • ►  April (11)
  • ►  2017 (25)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (1)
  • ►  2016 (41)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (7)
    • ►  September (5)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2015 (45)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (6)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2014 (49)
    • ►  Disember (9)
    • ►  November (24)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (2)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)

top commentator

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates