facebook youtube twitter instagram instagram linkedin
  • Home
  • About
  • Lifestyle
  • Family
    • TTC
    • Parenting
  • DIY
    • Crafts
    • Sewing Projects
    • Home Decors
  • Receipes
  • contact

mommymillennia

Assalamualaikum.
Harini i nak bebel sikit pasal 'kabel' atau orang lain panggil 'orang dalam'.

Mesti korang penah dengar ini kan? Kalau ada je kalangan sedara mara korang yg dapat masuk sesuatu sektor tu dgn mudah tanpa harungi cabaran dan halangan mcm org lain mesti akan terkeluar pasal isu "ala dia tu ada orang dalam.memanglah..."

Persoalannya.betulke macam tu?
Okey. Memang.memang ada yang macam tu aku tak nafikan ;sbb ianya pernah berlaku di tempat aku kerja.

Tapi kena ingat.tak semua orang macam tu.Ada yang memang dah melalui saluran yang betul dan ditakdirkan rezeki dia di situ.Jadi siapalah kita hendak persoalkannya?



Kuasa Allah. Ingat bila Allah dah kata "Kun Faya Kun..." Maka terjadilah ia.

Kadang2 kita tak terfikir pon benda tu akan terjadi pada kita. Tetiba je kita dapat semua tanpa dipinta.Alhamdulillah.

Panjang lebar plak.Kes sebenarnya macam ni.

SUATU PAGI DI SUATU TEMPAT.

Coach: Makan tu je?
Aku: hm. Ni jela.
Coach: diet ke.tak payah nak dietla ..badan
              dah macam ni pon nk diet lg?
Aku: Mana ada diet.jaga kesihatan.
Coach: Kau duduk mana?
Aku: PJ
Coach: Kampung kat mana? Kelantan?
Aku: Eh.taklah.Saya orang sini.Mak ayah
          semua kat KL ni je.
Coach: la.Laki kau ?
Aku: orang sini jugak.Mak pak mentua pun
         dekat2 sini je. Selangor.
Coach: laaa..
Aku: Kenapa
Coach: senanglah. Macam mana dapat keje
              sini? Memang mintak?
Aku: Eh takla.Tetiba je dapat surat masuk
          sini.
Coach: Ni mesti pakai kabel besar ni.
Aku: (blurrr..) -apa kabel lak? - dalam
          hati.senyap.
Coach: iyelah kabel besar lah.
Aku: dalam hati: (mana ada kabel2 bagai)
Senyap ..
Aku : iya.kabel saya besar sangat.paling besar. Allah la kabel saya.


Oktober 12, 2017 6 comments
WOW! TAK SANGKA I HEBAT MENGGODAM. MUJUR TAK GODAM AKAUN BANK ORANG KAN. HABIS SEMUA DUIT AKAUN ORANG I GODAM.

Al kisahnya, I nak edit template blog, nak la konon2 cari inspirasi jadi I terjumpa template yang agak cun la, Tapi template ni pakai template DENIM, Sekarang kan blogger pakai template baru so template denim dah tak ada. Jadi dengan usaha keras I cuba cari coding code html untuk template denim dan try la ikut design satu blog ni.Lagi pun I ni bukannya Blogger hebat kan? baru nak blajar2 dua tiga tahun baru2 ni.




Header Blog .
Masa ni kekeringan idea macam mana nak buang content wrapping keliling 
tu n sedang gigih design wrapping lain warna pink untuk keliling border putih tu. 


Content Blog
Okey.I jumpa cara nak letak inlay corak dalam border tu.Tapi yela still di kira tiru gakla
design orang walaupun dah tukar wallpaper poppies flower dalam tu kan?

Opps.. disebabkan busy, Maka masa I edit template blog I , I ni terlupa nak set mode private, jadi terpublish la blog I tu yang tak siap tu dengan design yang ala2 ciplak design blog cik akak sorang ni.
Apa lagi mengamuk dia datang blog I and siap tulis tolong pulangkan design dia yang I tiru tu, Opss. alamak I tiru design dia? Lupa lak. Kenapa pi publish design yang ala2 tak menjadi tu sedangkan template blog I tak abis lagi design! wah siap dapat gelaran penggodam!

Hm, silap I jugak, nak edit macam design dia, tapi still nampak macam dia punya! owhh. Ye la side bar header x sempat tukar, wrapping content pun x sempat cari lain, terus publish! Lagi pon I bukan blogger sepenuh masa, tak sempat nak edit dah publish, salah sendiri cari nahas kan. Dapat pulak dengan tuan tanah yang jenis gitu.Kan?

Yang lagi bestkan cik akak ni nak report polis sebab kata i curi periuk nasi dia. Lepas tu publish nama blog I dengan tujuan apa ye? Ohh nak busukkan nama I ke? Nak publisiti ke? WOW pemaafnya akak tu, lepas tu publish blog, terima kasih kak sebab maafkan I. DAN publishkan link blog I yang 'menggodam ' periuk nasi akak.( Lepas ni popular lah blog i kan?)

I ni berblog bukan nak cari makan, saja isi masa lapang. Bukan nak populariti. Saja nak berkongsi maklumat , walaupun tak seberapa.

Maklumlah lulusan Sains Komputer (Multimedia) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer ni, tak teror sangat koding HTML, javascript, SQL, Database dan design bagai. Lagi pun I ni SUPER BUSY dan MALAS! Jadi terpaksa  'Menggodam Blog' AKAK dengan ter'sengaja' ye? Kalau betul salah ,k la kita minta maaflah, kita pun buanglah design yang cun melucun  template akak kita tu.

By the way I sepatutnya KAKAK BECOZ  I 31 y old K? n SORRY again I berblog bukan untuk CARI MUSUH  atau CARI DUIT tapi mencari kawan dan bersilaturrahim. Kalau salah silap harap maafkan dan bukan diperbesar-besarkan dan diheboh2 kan.

KALAU KITA PIKIR KITA BESAR ingat Ada yang LEBIH BESAR dan kalau PIKIR KITA HEBAT INGAT ADA YANG LEBIH HEBAT


SEKIAN
KU pandang KU Jeling dari jauh-
Malas nak layan

P/S: I ni tak suka cari gaduh, dan malas nak besar2 hal, kalau salah kita ngaku salah. Lagi pun I cuma terima AURA +VE je, so kalau AURA -VE ni silalah main jauh2.. Bahaya kalau lekat banyak -VE.

TARIK NAFAS PANJANG ( POSITIFKAN DIRI ANDA!) FUH...
Ogos 21, 2017 11 comments



Penah tak korang jumpa makcik2 yang kekadang ni macam tak ada common sense?
Bercakap ikut sedap mulut je.. sesedap rasa.
Langsung tak pikir perasaan orang lain.

Aku dok perati je!
Ah, come on lah mak cik..cakap tu pada-padalah.
Kau takkan tak rasa kalau orang tu makan hati ke, patah hati ke, sakit hati ke?
Kau nak ganti ke hati dia yang rabak tu nanti?

Ada mak cik kantin tempat aku ni aku tak paham jugaklah
Ada ke patut dia duk selongkar hal orang ,tanya itu tanya ini lepas tu..
Sesuka hati je keluarkan perkataan yang menyakitkan telinga bagi orang yang tak tahan mendengarnya.

Selama hidup orang tu tak pernah lagi ada orang yang mengeluarkan perkataan itu kat dia
Tetiba mak cik ni dengan selamba mengulang2 perkataan itu di depannya.
Patut ke orang itu 'smack down' je mak cik tu?

Sudah la begitu.
Esok harinya di tanya lagi benda yang sama diulang lagi perkataan yang sama berulang2
Rasa macam nak tampar pon ada.

Hatta ahli keluarga dan kawan rapat pon tak berani nak sebut perkataan tu pada aku
tetiba mak cik kantin ni sesuka hati je cakap aku 'MANDUL' tanpa rasa segan silu n rasa bersalahnya
Muka macam tak ada perasaan langsung.

Kang aku 'SMACK DOWN' kau makcik jangan salahkan aku!
Julai 21, 2017 7 comments
Hye dear,
Lama tak nulis dalam blog berhabuk ni.Ahaha!!
Serius busy .Hmm tambah plak anak2 nak exam ni kan.Lagilah busy

Cuba sebaik mungkin menyambung tuisan blog yang suam2 kuku ni.
Actually Bella tak ada benda nak cerita so kali ni..walaupun Raya dah nak sampai ke penghujungnya
Bella nak jugak ucapkan SELAMAT HARI RAYA tu you all!!

Kali ni nak cerita pasal KUIH RAYA. Kuih Raya hasil tangan Bella sendiri tau? Sedap ke tak sedap kuih Bella ni? Bolehlah nak telan.Hihi..

Jum tengok kuih apa yang Bella buat tahun ni?

Disebabkan kesibukan, maka Bella cuma sempat buat beberapa jenis kuih je. Yang penting sedap u all! hahah.


Jangan gelak k. Kiri sekali popia cheese meletop. Tengah tu popia nestum sweety. yang kanan sekali tu german cookies. German cookies tu fav my hubby sebab tekstur yang lembut n mudah cair dimulut.

Bak kata my hubby sesuaila untuk nenek n datuk yang xada gigi.huahaha.

Kuih muih yang lainnya seperti tart nenas. Semperit. Chocolate cookies Bella beli dari kakak ipar yang sememangnya ada bisnes bakerynya sendiri.

Macam mana pulak dengan u all.cube cerita sikit hasil tangan u all untuk raya tahun ni. Mesti gempak kan kuih muih yg u all buat?
Julai 21, 2017 2 comments
Hai, u all.. boring la tgk templates sendirik. Rasa nak tukar yang lain.

Kalau tgk yang sama je mestilah boring kan? sapa ada templates free yang georgeos nak bagi i?
huhu..nak free aje, kan?

cuba google kot2 dapat inspirasi .Manalah tahu ada yg berbesar hati n murah hati nk bagi kat i.
Korang buat apa ya? ce story sikit?

I ni namanya je cuti tapi.. berbakul2 baju nk dobi, nk lipat bagai. rumah pon nak kena touch up, dah tunggang langgang.Sakit mata nengok, maklumlah, hari biasa berkejaran pi keje.

Pg pagi kekadang balik dekat tengah malam, sad story.. demi sesuap nasi..Ya allah semoga rezekiku diberkati!

Mac 22, 2017 5 comments
Hai assalamualaikum.

Lama sgt rasanya tak mengupdate blog.bersawang dah.

Tahun baru ni agak busy. Maklumlah. Awal tahun ni macam2 nak diuruskan. Jadi guru kelas tingkatan 3. Uruskan anak2 tu sekian. Urusan keceriaan kelas.kebajikan kelas. Pendaftaran peperiksaan pt3. Urusan sbg setiausaha panitia Math. Penyelaras peperiksaan dan Pbs tgktn 1. Guru Persatuan badan beruniform , Ajk itu ajk ini, dan mcm2 urusan lagilah.

Btul2 memeningkan kepala.Tak cukup tangan dibuatnya.Sampaikan bawak juga kerja2 ke rumah.Hatta bercuti pon bawak kerja bersama.

Hmm.masa tidur? Xusah cakaplah. Tidur lima minit.terjaga teringatkan hal anak2 murid. Terus settlekan tanda buku.tanda modul. Terlelap kejap waktu ptg teringat pula ada lagi murid yang belum jelaskan yuran. Ada lg yg belum lengkapkan data peribadi di borang maklumat pelajar.

Malamnya karang nak tidur teringat pula pada kelas esok hari.sudah sediakah bahan pengajaran. Teringat pula laporan mesyuarat tempoh hari dah siap kah? Teringat lagi tentang kelas pula. Keceriaan dan hiasan kelas belum lengkap lagi.

Aduhh kadang2 seminggu hanya beberapa jam je lena tidur selebihnya otak berfikir tentang kerja dan kerja dan kerja dah la masa n jarak pjalanan dr rumah ke skolah sejam lamanya.kadang2 nyaris terlelap ketika memandu sbb keletihan..

Nasib badan



Februari 25, 2017 3 comments
Mengambil kesempatan di hari cuti terakhir ni .. kami pon ambil keputusan untuk breakfast di luar.

I pon pujuk my hubby ke ikea.Bukan nk beli barang pon tapi nk breakfast di ikea.hahaha

I pon order bebola ayam manakala hubby ambil peha kambing. then 2 biji muffin coklat sebab i x suka muffin berry tu. Mula2 nak amik hot drink tapi last2 tukar sbb cuma ada coffee n i xminum coffee.

Soup of the day- mushroom soup memang umphh! hirup panas2 mestilah berselera kan?


November 01, 2016 15 comments
Hello.HI guys.Assalamualaikum..

Sihat semua?Macam mana cuti deepavali u all? mesti balik kampung kan?

Untunglah..tapi still ada lagi yang cakap cikgu sekolah paling untung.Oh No!!

Korang tahu tak.kami ni nama je cuti hakikatnya, macam2 kerja kena selesaikan A.S.A.P. dah macam robot gayanya. Mana taknya. Masa cuti ni lah nak kena settle kerja2 sekolah tu.

Tanda kertas exam yang selambak tu! 4 kelas lak tuu.
Nak kejar due date key in markah. Nak settle minute meeting yg tertangguj.Lagi2 yg macam i ni nak kena buat dokumentasi lagi.bagai.

Hmm.Cuti umpama tiada cuti! Kami bukan goyang kaki.Banyak lagi nak kena settlekan.

Siapa kata tugas guru cuma mengajar sahaja.Guru moden sekarang semua kena apply multiple tasking.
Serba serbi kena tahu.kena uruskan.

Nasib badan. Kalau dah itu jalan yang dipilh kena hadaplah kan??

K.Dalam melayan kesibukan tu sempat jugaklah merealease tension .WIndow shopping ke LOw YAt.
Actually LOw YAt ni dah umpama Playground je untuk hubby i. Macam tiap2 minggu wajib pergi.

Tapi untuk i plak, kalau perlu je i akan pergi.Kali ni temankan dia tukar barang.Salah beli n bendanya tak dapat dipakai.SO pergila pulangkan.dan beli yg baru yang setara harga atau lebih mahal. (wang memang x akan dipulangkanlah okey)
Meh nak belanja gambar sikit






Oktober 30, 2016 5 comments
Review

Hari tu cadang nk pergi tgk citer ' miss peregrine's home for peculiar children, malangnya tiket lambat sangat. kul 10 malam kot.. Hm, so we decide to watch  Deep water Horizon. pastu marathon dgn The Girl On The Train.

Wahahah!

Deep Water Horizon actually my husband yg beria-ia nak tengok. Last2 dia yg hampa. Katanya dia nak tengok technically aspect , macam mana they solve the problem about all the pipe. Tapi last2 dia cuma tunjuk cara selamatkan diri. No technical aspect macam yg dia pikirkan. So, dia hampa. Hahaha.

Then, I nak tengok Miss peregrine's home for peculiar children,tapi malangnya semua tiket tu tak tele dengan masa. Lastly my hubby kata jom tgk:  The Girl On The Train.

Okey.Citer ni actually bagi I biasa je. Tapi tak tahulah kenapa BOX OFFICE. Macam citer drama je kot..

Ni sikit ringkasan citer ni:

Pasal watak Rachel. Perempuan yg dah kahwin dengan suaminya.Dia ni dah lama nak anak tapi x berjaya. Lepas putus asa, dia selalu amik alkohol dan jadi pemabuk. Suami Si Rachel ni Kaki perempuan. Curang dan selalu tipu dia.

             
                                                                Anna  dan Tom Wason.


Suami Rachel ni jugak pembuli mental dan fizikal Rachel ni. Dia selalu dera emosi isterinya yang selalu berada di bawah sedar dan kerap peralatkan isteri dia ni.

Mereka bercerai apabila Si suami ni curang dengan perempuan bernama Anna. Mereka bina keluarga baru  dan beranak pinak. Malangnya Rachel tak boleh move on dan masih sayang suaminya itu.


Akibat tekanan perasaaan dan rindukan kenangan dengan suaminya dia kerap datang ke rumah bekas suaminya dan isteri barunya itu,Tetapi Anna tidak suka dan takut pada bayang2 sendiri.Dia takut suaminya kembali pada Rachel.

Pada masa yang sama Anna menggaji pengasuh untuk anak-anaknya yang bernama Megan.Tapi 
ternyata Megan Bukan sembarangan..



                                                                   Megan dan Suaminya,Scott




Nak tahu kesudahan cerita ni? kenalah tengok,..okey? Klik gambar untuk tengok 



The Girl On The Train

tonton
Oktober 10, 2016 3 comments
Hai korang.. Assalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal terapi diri. Haaa.. penah tak korang rasa stress, bosan, muak, boring dan tak larat langsung nak hadap kerja-kerja korang?

Especially yang kerja office? atau mungkin yang hari2 hadap kerja yang sama, rutin yang sama sampaikan nak termuntah rasanya.

Jadi apa agaknya alternatif korang untuk keluar daripada rutin yang membosankan tu? Atau mungkin cara untuk korang atasi stess dan kebosanan tu?

Kalau macam aku, aku memang BUKAN jenis yang suka buat kerja sama berulang2. Atau lebih tepat kerja yang rutinnya sama aje. Aku cepat BOSAN.

Untuk atasi tekanan dan keluar daripada rutin yang membosankan tu,

Alternatifnya..

Aku akan cuba buat/ jalani rutin yang berbeza di luar waktu kerja.Contohnya

Aku isi masa lapang dengan menjahit, memasak, baking, gardening, keluar tengok wayang.

Contohnya, kalau esoknya cuti.Malam tu tgk wayang dengan husband.

Esoknya aku memasak pelbagai resepi, kalau bosan aku baking. Kalau xada mood atau malas, aku bercucuk tanam. Tapi ni dulu bleylah. Sekarang dah tak ada tempat nak gardening. Tak ada backyard , takkan nak gardening atas angin?

Kalau cuti panjang sikit , aku explore bidang design. Tengok design mana menarik aku try jahit.
So, selain menjalani rutin tempat kerja yang padat, aku pelbagaikan dengan hobi yang menarik. Tak ada lah stress sangat.

Kalau tak jalan jugak, aku layan movie kat rumah je, tak pon aku pergi window shopping, tak pon pergilah melancong! hahah


September 30, 2016 6 comments
Hai Assalamualaikum w.b.t

Korang penah ada tak satu tabiat yang sangat2 korang susah nak tinggalkan ? dan tabiat tu pulak sangat-sangatlah pelik.Contohnya macam kat bawah ni:

(1) Gigit Kuku ibu jari Kaki

Gigit kuku kaki

Hobi masa lapang korang sambil tengok tv layan drama sambil gigit kuku ibu cari kaki.Siap hisap ibu jari kaki lagi tuu!


(2) Korek Hidung 

korek hidung


Sambil-sambil  layan lagu / lepak kat rumah layan Majalah hiburan tangan korang pon gatal je masuk dalam lubang hidung.


(3) Korek Pusat

korek pusat

Sambil baring2, sebelum nak lelapkan mata sempat lagi gentel daki dalam pusat!


(4) Gigit bibir/ Kopek bibir kering.

kopek bibir

Bila lipstik dah habis, bibir kering sebab lama terdedah tanpa pelembab maka mulalah tangan gatai ke bibir. Kopek sana- sini bibir yang kering sampai berdarah!

(5) Gigit Kuku

gigit kuku

Tabiat gigit kuku bertambah menjadi-jadi bila korang dalam keadaan cemas, atau memerlukan korang untuk berfikir!

(6)Cabut anak rambut.

cabut rambut

Tengah lepak layan video klip dekat tv habis anak rambut dikerjakan. Ditarik2..sudahnya botak.


(7) Cungkil gigi.

cungkil gigi

Tak kira tempat tak kira waktu. Korang memang suka bersihkan gigi dengan pencungkil gigi.


(9) Hisap ibu jari.

hisap jari

Kalu Baby memang nampak 'Super Cute' .Tapi kalau orang dewasa yang buat, korang panggil apa ya? Cute jugak ke agaknya? Sebelum tidur, hisap ibu jari.Tengok Tv sambil hisap ibu jari. Termenung pun sanbil hisap ibu jari?

(9) Sental dan gentel daki pada badan.

sental daki

Jadi semacam satu hobi bila ada masa lapang je korang akan sental daki kat leher, tangan, lengan, muka dan bahagian lain badan korang.Tak kiralah waktu tu korang tengah lepak ke, tengah tonton tv ke, tengah landing dengan family kat hall ke. Janji dapat sental daki badan.


(10) Garu ketiak.

garu ketiak

Tabiat menggaru ketiak tak kira masa. Korang memang ada habit yang tak dapat dipisahkan iaitu asyik nak garu ketiak je.Gatal sebab tak buang bulu ketiak yeah? ahahahah!!!



September 25, 2016 10 comments
Hello hi!
Assalamualaikum w.b.t


Do you have a dream house? So how was it look likes? Is it a bungalow? Is it far away? Is it large? How about the Landscape?

My dream home would be on the ocean , well not on the ocean but beside it with a white sandy beach or maybe it would be on the Waterfall. Imagine how fantastic it was when you wake up in the morning , listening to the sound of the water dropped, staring into the green landscape around you, breathing in the fresh air. The house would be an a frame backed against a hill. The front wall would be glass with a stairway coming up to the bedroom. On cloudy nights you could watch the florescent in the waves coming into the beach while you went to sleep. Other nights you could counting the stars in the western sky.


 It's amazing , right?

Let's find out 10 weirdest  shaped house that make you laugh or cry to get it!

Shoe house

The Shoe House  in Hellam (Pennsylvania, USA).

Nigeria

Abuja Airplane House, Nigeria

Toilet bowl house

                                                    The Toilet-shaped house , in Suwon (South Korea).

Ufo house

                                               The UFO Spaceship House ,  in Chattanooga (TN, USA).

Iran house

Boroujerdi House  Kashan,Iran

Kenya

 Turkana home, Kenya.

Afrika

Ndebele House, South Africa

Mexico


                                                                   The Nautilus House , Mexico

Chille

The Errente Guest House, Chille

Malaysia rumah panjang

Rumah Panjang, Malaysia

September 17, 2016 6 comments
Assalamualaikum..

Sejak duk jauh ni rasa teringat-ingat pulak kat tempat lama. Rumah lama. Tempat kerja lama.
Aisyhhh.. memang macam tu lah agaknya.

Baru sebulan pindah , dah rasa macam2..Tapi still, masih belum dapat sesuaikan diri. Of course lah. kalau dulu mak and mak mertua dekat je depan mata. Tak jauh mana. Jarak jauh pun adalah tak sampai sejengkal. Mak pulak dalam 20 minit je jarak dari rumah lama.

Tapi sekarang.. seminggu sekali pon belum tentu sempat nak jenguk mak. Kecuali cuti panjang macam Raya haji kali ni.

Kalau kat rumah lama dulu, hari2 pergi ulang alik rumah mak and mak mertua.Sekarang nak ke sana ke mari kena pikir dua tiga kali.

Tambahan pulak rutin ulang -alik ke tempat kerja baru ni.Lagi lah..Letih mai aiii!

Dulu aku kerja di Kompleks Pusat Islam Wilayah Kuala Lumpur. Landmark yang cantik, hari2 aku akan lalu taman Botani, jumpa polis trafik yang hari2 jaga jalan situ, Lalu taman burung, Muzium Kesenian Islam , sehinggalah berhenti di Depan Masjid Negara.

Husband turunkan aku betul2 depan Masjid negara bertentangan dengan Gerbang yang Ada tulis TV AL-Hijrah .

Kalau perasan Kompleks pusat Islam ni  bukan ada satu Jabatan je. Dalam ni ada JAKIM, JAWI, YADIM. TV AL-HIJRAH. Sinilah tempat aku hari2 lalu-lalang pergi balik kerja.

Bila hari Jumaat je pergi Pasar dekat belakang Masjid Negara. Hahaha,



               LANDMARK : Hari2 aku naik turun tangga ni



View kat depan.Inilah Masjid Negara.


        Dulu Aku bertugas di Bahagian Khidmat  Pengurusan.


Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain..Hahah.rindu Office


Inilah Muzium Kesenian Islam.. sebelah je tempat kerja aku kat Kompleks Pusat Islam KL



Ini bangunan JAWI.


Paling aku rindu nak lalu Taman Botani pagi2 hirup bau pokok2 segar dari tepi jalan.Udara fresh giler! Sambil sesekali ada monyet2 bergayutan dan bertenggek di tepi jalan mencari makanan.

Lepas tu melintasi Bangunan Muzium Kesenian Islam, dan berhenti depan Masjid Negara. Rindu kenangan2 tu!

Sekarang hadap Highway bertolak awal2 pagi ke tempat kerja baru!

BERTABAHLAH!

Hahaha...!!

  • Siapa Si Misai Melentik Misteri?
  • Kuiz: Filem paling anda minati
  • Jika diberi pilihan: Nak naik Kereta atau Motor ni?
  • Beli rumah? Kenapa beli dengan IJM Land
  • 4 Situasi yang buat korang panas-cara mengatasinya?
  • Tak boleh hidup tanpa internet?


September 14, 2016 11 comments
Hai,
Salam

Sihat ke korang semua? Beberapa hari je lagi kita nak melangkah ke dalam bulan Ramadhan. Macam mana agaknya persediaan korang? Bersediakah nak menyambut Bulan rahmah bulan penuh berkah ni?

Atau pun korang dah tak sabar nak berpesta makanan? Al maklumlah.. bulan puasa banyak tawaran Buffet Ramadhan dan Bazar2 yang pastinya menjanjikan 1001 jenis menu yang memikat .



Tak sabar nak duduk depan tv tgk iklan Yusof Taiyoobbbbbbbb... tggu waktu berbuka puasa, dengar pengumuman puasa secara rasmi lepas tengok anak bulan, berterawikh di masjid dengan orang tersayang, bangun sahur pagi2 buta..

dan... buat kuih raya! hahah

Jun 02, 2016 9 comments
Assalamualaikum ..

Huhu hahaha hihi..

Pagi2 lagi dah meroyan.

Okey. Hari ni hari Jumaat. Patutnya hari ni ada Appoinment dgn doktor di Hospital tapi memandangkan Beberapa hari lagi dah nak puasa maka, My TTC Treatment tak dapatlah dijalankan mengikut penjadualan yang biasa.

Rugi je I apply cuti awal2.Ingatkan boleh teruskan treatment. Tapi bila call hospital , dapat makluman yang tak boleh teruskan sebab bulan Puasa kan. Macam mana nak scan bagai kan? Batal puasa mak nanti oiiiii!!

Okey2, disebabkan kita bercuti hari ni maka settle kan semua kerja2 rumah ni dulu sebelum kita  Outstation .Wahahah.

Tapi sayangnya seawal jam 8.00 pagi officemate whatsapp pasal kerja. Hm..konfius plakkk. I ni sebenarnya cuti ke keje?

Haiyakkkkkk.. tak berhenti sampai situ.. Officemates lain pulak call. lepas tu bos yang pergi kursus tu pulak call. Lepas tu baru beberapa minit sebelum I menaip entry ini I dapat whatsapp dan call lagi tanya pasal dokumen, pasal email, pasal invoice, dan sebut harga bla, bla, bla... aduiiiii.

Patutkah aku off kan HP sahaja?  Sabar jela...

"Nombor yang anda dail.. berada di luar kawasan...Teeeeeeeeeeeetttttttttttttt! "
Mei 27, 2016 12 comments
Assalamualaikum w.b.t..

Sesak.Serabut.Annoying.

Tu yang boleh aku gambarkan dengan perasaan aku. Aku jenis tak banyak cakap, tapi aku suka memerhati. Suka pendam dan bila nak meletup.. rasa macam nak  hantar bom 'HIROSHIMA'.Biar hancur semua!!!

Banyak yang aku perhatikan ragam orang di sekeliling aku. Lebih tepat OFFICEMATE aku.
Tapi aku rasa benda2 ni bukan terjadi dekat office aku sorang kot. Mana2 tempat kerja mesti ada jadi benda2 macam ni.

Betul tak korang?

(1) Penah tak, dalam organisasi korang ni ada spesis yang BAJET BAGUS. Bagi arahan ikut suka hati macam dia tu bos SUPER besar. Padahal dia tu level biasa2 je. Pastu kalau orang cakap 'NO' dia cannot accept. Macam seolah-olah apa yang dia nak tu kena say 'YES'  dan angguk2 je. Kira kena ikut je telunjuk dia semua.

Bukan pendapat aku sorang je tau. Ni orang HR pon perasan benda ni. Dia sendiri cakap ada spesis ni 'BESAR KEPALA'  BAJET BAGUS.Kalau dah benda tu peraturan cakap 'TAK BOLEH' takkan sebab dia seorang semua nak cakap 'BOLEH' KAN? KAN? Kau aspek semua orang kena ikut cakap kau je sorang.Kau tu sapa? anak raja? Sedangkan bos besar pon tak tunjuk 'BESAR KEPALA' macam kepala kau tu!

(2) Penah tak dalam banyak2 orang dalam office kau tu, ada seorang ni macam kena pulau je. Aku namakan dia ni Si X la. Si X ni macam selalu kena pulau, kena buli. Aku rasa kesian . Pastu aku nampak macam semua orang asyik cari salah Si X ni je.. sampaikan aku rasa ----WHY? why Si X ni asyik ditindas? Besar sangat ke dosa Si X ni? Kejam la kalau reramai buli dia seorang kan?



(3) Dalam banyak2 office, mesti ada spesis TALAM  2 Muka. Atau spesis bermuka2. Dengan orang A ,dia cakap dia tak suka B.Pastu depan Si B bukan main lagi dia baik. Pelik kan?

(4) Kaki ARAH.Apa perasaan korang kalau korang berjawatan pengurus, tapi cleaner pulak jadi bos korang.Arah itu ini.Begitu begini? Aku pelik dengan Hierarki ni.Siapa bos sebenarnya? Cleaner ke atau Korang bos? Begitula yang terjadi di depan mataku. Ibarat pekerja yang tukar title jadi 'BOS'. Bos lak jadi kuli. Pening2.

(5) Mulut kecoh (bizi bodi)  Mulut tempayan! Banyak2 office mesti ada spesis ni. Kalau dia nampak kita wat silap sikit hatta sekecil kuman- seboleh2 dia nak ANNOUNCE kat dalam satu office tu. semua department dia kecoh pasal kesalahan orang tu. Janganlah korang wat silap sikit---habis dijajanya semua walaupun dia tu cuma tukang sapu je kat office korang tu..apa agaknya perasaan korang waktu tu? Nak tempeleng ke atau lempang lelaju ke?



(6) Spesis nyanyuk yang suka hilangkan barang lepas tu kelam kabut suruh korang carikan. Spesis suka hilangkan dokumen, suka hilangkan file lepas tu kecoh2 satu department .Menyakitkan hati betul! Dah nyanyuk tu buat la rekod. Senang cari!!

(7) Spesis suka buat silap, lepas tu salahkan orang lain. Bagi arahan tak jelas. Pelupa, lepas tu tuduh anak buah buat kesalahan dan tanggung salah dia pulak! Geram.Dah nyanyuk nak salahkan orang.

(8) Spesis kerja tak ada tapi buat-buat bizi ke hulu kehilir lepas tu suka kacau kerja orang lain! Ni aku paling benci.Paling benci dengar bunyi tapak kasut dia!

(9) Spesis gila kuasa.Kau kuli tapi bos kau 2 orang ni  tak sekepala. sorang bagi arahan lain , satu lagi bagi arahan lain. Last2 korang yang pening kepala. Ikut Bos A , Si bos B cakap salah. Ikut Bos B si Bos A pulak cakap salah., Tetiba last2 ko pulak yang dipersalahkan.Bodoh punya bos! Baik bos kau 2 orang tu jadi kuli je!

(10) Spesis yang ringan tulang dan rajin tapi selalu diperli2 dan disindir , ditegur sebab tolong buat kerja orang. Selalu dinasihati "kau ni baik sangat." Tapi spesis ni orang selalu tak nampak kebaikan dia dan niat baik dia selalu diperkecilkan.- tak menang APC pun .




Rata2 yang aku perhatikan yang buat kerja dengan ikhlas, baik jujur dan tekun kebanyakkan orang tak nampak dan tak dapat REWARD pon. Hatta APC. Tapi yang Kaki bodek, mulut manis, Pura2 bizi ke hulu ke hilir, Mulut kecoh pok pek pok pek, besar kepala.- Hah itu yang dapat APC.Ngok ngek.

Hahah. itu sahaja luahan hatiku yang kecil ini. Jangan ada yang terasa hati dan marah naaa?




P/S: Tak heranlah kalau orang2 yang berjaya yang ada kat atas tu- especially yang ada company sendiri dan yang buat bisnes dapat income juta2 tu tak nak ingat kat bos2 lama atau rakan sekerja lama dulu2.

Sebab perangai rakan sekerja yang super 'annoying' tu la menyebabkan tak sanggup nak ingat balik pengalaman buruk jadi kuli kan?kan? hahaha!

Tapi masa korang dah Kaya raya tu pulak lah rakan sekerja yang talam bermuka2, yang kepala besar, yang mulut kepoh sibuk cari salah korang masa korang bergelar 'kuli' dulu nak bangga penah kenal korang n jadi kawan sekerja korang dulu2 kononnya.

Mulalah ngaku 'kawan' n 'kenal' korang!

macam pepatah.. dekat bau tahi.. jauh bau bunga!






Mei 25, 2016 2 comments
Assalamualaikum.

Hai semua. Harap bloggers semua sihat. Mungkin ada antara you all penah dengar tentang FOMCA? HPM?

Ceritanya begini, tahun lepas, waktu I godek2 laptop ni sambil surfing internet, terjumpalah benda alah ni:



Kebetulan tengah senggang, jadi tertarik pula nak mencuba nasib. Belek punya belek, pertandingan merekabentuk poster tu macam menarik.

So, I pun sesaja design  poster ringkas. Nama pun cuba2 kan..Itu pun penyertaannya  dah hujung2 dekat dengan tarikh tutup dah.

Lepas hantar design poster tu  baru terperasan ada pertandingan menulis esei jugak in BI & BM. Malam sebelum tarikh tutup tu gigihlah menaip esei.

Hahaha.sekali silap antar pulak. Esei BM hantar ke Bahagian Esei BI. Lucu!

Then Lepas antar semua, I pun busy dengan life and work.Sampai terlupa penah hantar penyertaan ni. Sampailah satu masa tetiba dapat call daripada HPM ni, Mengatakan I menang tempat SAGUHATI.
Tak percaya , I pun bukalah website dia.Betul.Memang menang KATEGORI E (Merekabentuk Poster).

Okeylah tu.Penyertaan suka2..

So.. sesiapa sini ada adik2 ke, kawan2 atau you all sendiri especially pelajar U , pelajar sekolah tu, cikgu2 yang rasa nak join, bolehlah cuba nasib.Mana tahu dapat hadiah utama,kan?

Serlahkan bakat terpendam..penyertaan peringkat sekolah pun ada. Untuk maklumat lanjut bolehlah cuba lawati Page : HPM 2016




Mac 24, 2016 13 comments
Salam,
Apa khabar blogger semua? harap sihat walafiat dan ceria bahagia bersama keluarga tercinta.

Hari ni tiba2 hati rasa sayu sangat.
Rasa pilu.

Sebagai seorang manusia  atas muka bumi ini, aku percaya setiap manusia ada bahagiannya masing2. Ada rezekinya sendiri, ada dugaannya sendiri.

Setiap seorang itu dugaan dan ujiannya berbeza2 mengikut tahap kemampuannya.

Allah telah berfirman dengan jelas dalam Al-Qur'an DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNYA diluar kemampuan hamba-hambaNYA.

Sesungguhnya kerana ALLAH tahu kita kuat untuk menghadapi ujianNYA maka didatangkan ujian itu terhadap hambaNYA sebagai tanda KASIH dan INGATANNYA terhadap kita.

Pernah tak antara kita mempersoalkan kenapa kita diuji?


  • Ada yang diuji dengan Lambatnya datang Jodoh
  • Ada yang diuji dengan Masalah Keluarga
  • Ada yang diuji dengan Anak-anak
  • Ada yang diuji dengan Pekerjaan dan Rezeki
  • Ada yang diuji dengan ditarik nikmat kesihatannya


Kita sebagai manusia tak lari dari sifat cemburu.

Kadang kita cemburu melihat Rakan kita memiliki rumah mewah, kerjaya hebat.Tapi sebaliknya kita lupa dia juga ada ujiannya yang tersendiri. Biar memiliki harta dan kerjaya, dia masih belum dikurnia pasangan hidup, dan nikmat kesihatannya ditarik pula- penghidap Diabetes.

Kita cemburu melihat Jiran kita,. Punyai Pasangan hidup, senang-lenang dan kaya.Masih punyai ibu dan bapa dan anak-anak yang comel belaka. Tapi.. kita tidak tahu dia sebenarnya punyai masalah keluarga dan hampir bercerai-berai pula.Anak-anak buat perangai juga. Ponteng sekolah dan menjadi liar pula sedangkan telah  diasuh sebaik- sebaiknya, diberi didikan agama.



Ada dikalangan saudara kita, hidupnya bahagia.Punyai ibubapa dan pasangan hidup yang setia. Tapi ujiannya juga berbeza, belajarnya tinggi sampai ke universiti namun masih belum punyai pekerjaan lagi.Isterinya pula meninggalkannya.

Ada sesetengah dari kita pula hidupnya miskin papa kedana.Anaknya ramai pula.Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi dia tetap bahagia.Anak-anak membesar di depan mata. Masing-masing senang mendengar kata dan rajin menolongnya.

Ada manusia hartanya melimpah ruah sehingga boleh membeli dunia. Kawannya ramai tak terkira. Tapi hidupnya sepi sebab dikelilingi dengan manusia yang penuh pura2. Ayah dan ibu lama sudah tiada. Isteri juga sudah tinggalkannya. Anak pula langsung tak ada. Hidup juga sudah tak lama- bermacam penyakit bersarang dalam dirinya.



Berbalik kepada diri , rasa sakit sekali

Bila dikenang-kenang. Terasa cemburu dengan mereka2 yang beroleh sesuatu dengan begitu senang sahaja.

Terkadang terfikir, eh.. dia tu tutup aurat pun tidak, dedah  sana sini, sembahyang pun tak cukup 5x sehari .tup2 dah jadi pegawai besar. Anak comel2, suami kacak, Kaya pulak tu.

Kita ni tutup aurat, solat 5x ++ bertudung litup ,aurat jaga ,pergaulan jaga, tapi jodoh tak muncul2 juga. Kerja pun takat biasa2 saja.Tak senang mana.Harta pun tak ada.

Pernahkah kita begitu? Jangan tipu- tak sekelumit pun mesti ada rasa begitu.
Normallah.Manusia.


Saya selalu pikir.dan kadang jadi hairan.Mulalah mempersoal itu dan ini.Pada diri.
Baliklah kepada fitrah diri, dan beristighfar kembali.


Allah lebih tahu. Janganlah persoalkan kejadian yang telah terjadi.Pasti ada hikmahnya nanti. Hanya itu ayat untuk menyedapkan hati sendiri.




Rugi Tak Baca!:

✿ Which Latest Data Plan Works Best For Heavy-Duty Data Users? 
✿ CHALLENGE: Would you dare to eat these 10 bizarre food fetishes? 
✿ A Pilot, Cabin Crew And Aircraft Engineer Reveal What They Love Most About Their Jobs 
✿ [OFFICIAL TRAILER] Batman v Superman: Dawn of Justice In Cinemas 24 March 2016
✿Kampung Vs City: Which Lifestyle Fits You The Best?
✿ Nak Tahu Kalau Boyfriend Korang Boleh Dibuat Suami? Cuba Test Dengan 5 Tips Ni.
✿ adidas' Newest Running Kicks For Men That Will Give You That Extra Boost 


Mac 16, 2016 6 comments
Older Posts

About me


NABILA SYIFA
Selangor
Wife | Mother | Blogger
Mula berblog sejak 2014. Minat membaca dan menulis.
Untuk ADVERTORIAL, REVIEW, COLLABORATION dan SPONSORSHIP.
Boleh emailkan ke:
nabilasyifa86@yahoo.com

Pengikut

Follow Us

Labels

DIY Education Education Tools Entertainment Fashion food Food & Receipe Health & Beauty Hiburan Information Life & Style Lifestyle Malaysia Parenting Segment & Review Travel TTC Tutorial Blog Tutorial ICT

Blog Archive

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  Mei (1)
      • TOYOTA : Kinto One-Konsep Islamik
  • ►  2021 (5)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2020 (12)
    • ►  Disember (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (4)
    • ►  April (3)
  • ►  2019 (11)
    • ►  Disember (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (3)
  • ►  2018 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Julai (2)
    • ►  April (11)
  • ►  2017 (25)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (1)
  • ►  2016 (41)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (7)
    • ►  September (5)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2015 (45)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (6)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2014 (49)
    • ►  Disember (9)
    • ►  November (24)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (2)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)

top commentator

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates