facebook youtube twitter instagram instagram linkedin
  • Home
  • About
  • Lifestyle
  • Family
    • TTC
    • Parenting
  • DIY
    • Crafts
    • Sewing Projects
    • Home Decors
  • Receipes
  • contact

mommymillennia

Bukan mudah menjadi seorang ibu di zaman mellenium ini tambahan lagi untul ibu bekerjaya.Bergelut dengan tugasan di pejabat dan tempat kerja serta bergusti di rumah demi menyelesaikan tugasan rumahtangga dan melunaskan tanggungjawab sebagai ibu dan suri hati suami.


Memahami beratnya tanggungjawab itu, kewujudan izzly babyfood seakan satu keajaiban buat para ibu.Bukan sahaja memudahkan tugas ibu dalam penyediaan makanan bayi malah membantu anak sentiasa ceria sihat dan gembira. Sudah tentula
h perut yang kenyang dan selesa membuatkan anak tidur lena.Tiada lagi tantrum dan kesukaran untuk tidur.Anak anda cerewet dan memilih makanan? Izzly babyfood juga ada kudapan ringan seperti cookies lazat dan mengenyangkan. 


 Bukan itu saja, dengan kreativiti dan bahan makanan di dalam izzly babyfood, mommy boleh bereksperimen dengan resepi baru untuk santapan harian permata hati mommy dan bunda sekalian. Jom cuba izzly babyfood.

izzly babyfood

 
serbuk ikan bilis

serbuk ayam

Januari 07, 2021 No comments

     Baby walker, seringkali digunakan oleh ibubapa di serata dunia dan dianggap sebagai alat paling ideal untuk mengalakkan anak-anak untuk mula bertatih disamping membuatkan bayi mereka terhibur, tenang dan berasa selamat.Oleh kerana itu juga kebanyakkan ibubapa tanpa rasa was-was memilih untuk menggunakan Baby walker untuk memudahkan kerja mereka menjaga bayi mereka yang cerewet adakalanya hanya mahu sentiasa didukung, menangis dan takut ketika dibiarkan berseorangan tanpa ditemani ibu atau sesiapa di sisi mereka.

    Oleh kerana tuntutan kesibukan seorang ibu untuk melaksanakan tugas rumahtangga, maka ramai ibu yang selesa memilih Baby walker untuk membantu melekakan bayi untuk bermain dan meneroka sekeliling kawasan rumah.Anak kecil berhenti menangis, ibu lega kerja rumah dapat dilaksana!Tanpa disedari sebenarnya terdapat kemudharatan dalam penggunaan Baby walker terhadap anak mereka.Berbeza pendapat dengan orang awam, para penyelidik menegaskan bahawa sebenarnya penggunaan Baby Walker tidak membantu bayi untuk berjalan malah melambatkan dan mengganggu proses semulajadi untuk bayi berjalan!

    Menurut kajian dalam jurnal Pediatrics,antara tahun 1990 dan 2014 lebih daripada 230 000 kanak-kanak yang berumur kurang daripada 15 bulan dirawat di jabatan kecemasan AS kerana kecederaan yang berkaitan dengan walker. Sebilangan besar kecederaan berlaku ketika anak-anak jatuh di tangga sewaktu bermain di dalam walker, biasanya mencederakan kepala atau leher mereka, dan ada kalanya keadaan menjadi lebih serius.

    Mengapa Baby walker tidak digalakkan? Sebaiknya jangan beli Baby walker. Pakar keselamatan dan profesional kesihatan sangat tidak menggalakkan penggunaan Baby walker, kerana jumlah kemalangan dan kecederaan yang ditimbulkannya. Baby walker berbahaya kerana ia memberi akses untuk bayi bergerak dengan kelajuan tambahan, ketinggian tambahan dan terdedah kepada pelbagai bahaya.

    Bukan itu sahaja,menurut Dr. Claire McCarthy, daripada Harvard health Publishing,kanak-kanak yang duduk di dalam baby walker boleh menarik barang-barang ke bawah sendiri, atau mencapai benda-benda berbahaya (seperti benda tajam atau cecair panas) yang tidak dapat dijangkau juga boleh terhantuk pada permukaan keras dan tajam. Malah,kanak-kanak ini boleh terjatuh dari baby walker dan cedera atau berkemungkinan lemas ketika mereka berlari ke kolam renang. Terdapat juga kecederaan akibat mainan yang melekat pada Baby walker.

    Bayi yang menggunakan Baby Walker lebih memerlukan perhatian berbanding apabila bayi tidak menggunakannya.Statistik menunjukkan  hampir 40%  kanak-kanak yang menggunakan Baby Walker berakhir dengan kecederaan (Anggaran 4000 kecederaan setiap tahun di UK). Jurnal Perubatan British menyatakan penggunaan Baby Walker tidak dikaitkan dengan pencapaian duduk atau berdiri.Oleh kerana Baby Walker menahan mereka untuk tegak, anak itu tidak belajar kemahiran keseimbangan yang betul yang diperlukan untuk berjalan.

    Terdapat juga kajian menunjukkan penggunaan Baby Walker dengan kelewatan perkembangan kemahiran  motor.Ini kerana, secara semulajadinya kebanyakkan bayi berguling di atas lantai,duduk dan merangkak, menjalar atau mengesot, berusaha untuk berdiri dengan berpaut di sekitar perabot atau objek pegun yang lain.Ini bermaksud bahawa bayi perlu menghabiskan banyak masa di lantai, belajar dan berlatih aktiviti ini. 

    Bukti menunjukkan bahawa bayi yang menggunakan Baby walker duduk, merangkak dan berjalan lebih lambat daripada yang tidak menggunakannya dan juga mendapat skor lebih rendah pada Penilaian Bayley yang melihat perkembangan mental dan perkembangan bahasa serta kemahiran motor kanak-kanak.Baby Walker menghalang atau dalam kes yang lebih teruk, mencegah anak itu merangkak dan membuatkan anak dalam kedudukan tegak yang mana mengganggu perkembangan otak semula jadi kanak-kanak.

    Seperti yang dinyatakan oleh Unit Fisioterapi Hospital Gilbert Bain ,Shetland UK Otak berfungsi dalam corak silang silang dengan otak kiri mengawal lengan dan kaki kanan dan otak kanan mengawal lengan dan kaki kiri.Merangkak adalah aktiviti penting dalam mendorong persilangan ini corak di otak untuk berkembang.Penggunaan Baby Walker menyebabkan bayi kehilangan peluang untuk belajar kemahiran motor yang penting dan persepsi seperti jarak dan kedalaman, dan konsep utama seperti masuk / keluar dan atas/ bawah.

    Penggunaan Baby Walker juga  mengganggu perkembangan semula jadi kanak-kanak dan boleh menyebabkan pinggul dan lutut untuk menampung berat badan dengan kedudukan yang tidak normal seterusnya boleh menyebabkan perubahan jangka panjang pada corak anak tersebut berjalan dan kadang-kadang boleh menyebabkan masalah pada pinggul untuk jangka panjang.Baby walker mengajar kanak-kanak untuk mengesot di sepanjang lantai dengan menggunakan jari kaki mereka dan ini menguatkan otot yang salah di kaki. Ini boleh memberi kesan besar pada keseimbangan dan otot serta pengembangan sendi, termasuklah masalah  kaki dan pergelangan kaki untuk jangka panjang.

        Walaubagaimana pun, terdapat beberapa kekangan dalam kajian kajian yang dijalankan dan ada juga beberapa pertikaian tentang baik buruk penggunaan Baby Walker ini. Justeru sebagai ibubapa haruslah membuat pertimbangan yang sewajarnya samaada membenarkan penggunaan Baby Walker kepada anak mereka atau tidak.Sekiranya anda masih teragak-agak dan mencari jalan yang lebih baik untuk mengajar anak berjalan, ikuti nasihat daripada Unit Fisioterapi Hospital Gilbert Bain ,Shetland UK ini:

1)Berikan masa yang secukupnya untuk perkembangan kekuatan dan kestabilan otot, semua bayi akan berjalan ketika mereka cukup bersedia (biasanya antara 9-18 bulan). 

2)Galakkan 'Tummy  Time' sebanyak mungkin - kami menasihatkan bayi mesti tidur terlentang dan  bermain secara meniarap.

'Tummy  Time'  adalah asas utama bagi semua kemahiran motor dan kekurangan ini boleh memberi kesan besar.

3) Sekiranya anda mempunyai lantai keras, pasangkan permaidani besar atau tikar yang tidak bergerakdi lantai supaya bayi anda mempunyai cengkaman semasa mereka belajar merangkak dan berjalan.


4) Pertimbangkan untuk mendapatkan Baby walker jenis tekan yang stabil apabila mereka dapat berdiri sendiri. Sekiranya anda mempunyai lantai lamina, itu adalah idea yang baik untuk memakai kasut bayi atau membiarkannya dengan kaki yang kosong untuk cengkaman yang lebih baik. Beberapa contohnya adalah:

alternative baby walker

alternative baby walker




alternative baby walker



Rujukan:

1.Schopf, Pâmela & Santos, Christian. (2015). The influence of baby walker usage in the sensory motor motor development of children at schools in early childhood education. Journal of Human Growth and Development. 25. 156. 10.7322/jhgd.102998. 

2. Fazen LE, Felizberto PI. Baby walker injuries. Pediatrics.  1982;70(1):1069. [PubMed] [Google Scholar]
3. Bar-on ME, Boyle RM, Endriss EK. Parental decisions to use infant walkers. Inj Prev. 1998;4(4):299–301. [PMC free article] [PubMed] [Google Scholar]
4. Kendrick D, Marsh P. Babywalkers: prevalence of use and relationship with other safety practices. Inj Prev. 1998;4(4):295–8. [PMC free article] [PubMed] [Google Scholar]



Oktober 31, 2020 1 comments

     Detik kelahiran bayi pertama merupakan satu detik indah yang dinantikan oleh bakal ibu.Setiap pasangan yang berkahwin pastinya akan menantikan detik-detik gemilang mendengar tangisan pertama bayi mereka.Pastinya pelbagai persediaan awal telah dilakukan oleh bakal ibu bapa untuk memastikan segala kelengkapan buat bayi tercinta dipenuhi.

    Bukan sahaja persediaan untuk kelahiran, malah persediaan bayi seperti pakaian, penyusuan, mandian , dan juga lampin pakai buang untuk bayi.Pemilihan lampin pakai buang untuk bayi bagi menggantikan penggunaan lampin kain yang digunakan secara tradisional adalah konvensional dan lebih praktikal di zaman ini.

lampin kain


lampin tradisional
                                                                 Cara pemakaian lampin kain tradisional

    Namun , terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam penggunaan lampin pakai buang ini.Ibu bapa perlu membuat kajian dan tidak boleh 'tangkap muat' sahaja dalam pemilihan lampin pakai buang yang akan digunakan oleh bayi mereka. Berikut merupakan perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan lampin pakai buang bayi:

1) Penggunaan material untuk membuat lampin pakai buang.

Pentingnya memastikan material yang digunakan untuk lampin pakai buang bersesuaian dengan bayi anda.Tidak terlalu lembut  atau terlalu tebal dan keras untuk kulit bayi.Dibimbangi lampin pakai buang boleh menyebabkan kulit bayi melecet kerana material yang tidak bersesuai dengan kulit bayi yang lembut dan masih sensitif. Disamping itu material yang digunakan hendaklah diyakini selamat tanpa sebarang bahan kimia yang boleh merengsakan kulit bayi atau mendatangkan alahan kepada kulit bayi anda.Tidak ada sebarang campuran yang boleh menyebabkan kegatalan kulit dan bahagian sulit bayi anda dan tidak mengganggu hormon bayi anda. Sesetengah campuran bahan kimia boleh menganggu hormon dan pertumbuhan bayi.

2) Ketahanan Lampin pakai buang.

Lampin pakai buang yang mempunyai ketahanan boleh mengelakkan kebocoran.Tahan lasak dan dalam masa yang sama tidak merosakkan kulit bayi.Biar pun berjam-jam bayi anda memakainya, ketahanan lampin pakai buang masih terjamin.

2) Kesesuaian lampin pakai buang dengan kulit bayi.(Sesetengah bayi mempunyai kulit yang sensitif dan mudah melecet atau mudah terkena alahan ruam lamping dan sebagainya).

Kulit bayi masih lembut dan mudah tercedera.Pentingnya kesesuaian lampin pakai buang dengan kulit bayi dimana lampin pakai buang yang 'mesra' kulit bayi serta mempunyai rongga udara dan bukaan untuk kulit bayi bernafas.Jika tidak, bahagian sulit bayi akan terperap dan berbau kepam.

3) Saiz dan potongan (cutting) lampin buang bersesuaian dengan saiz pinggul dan punggung bayi.

Saiz dan potongan lampin pakai buang mestilah bersesuaian dengan tubuh bayi anda.Tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Memberi rasa selesa sehingga bayi anda tidak sedar mereka memakai lampin!

4) Harga lampin pakai buang.

Jika harga sekeping lamping pakai buang pun dah mencecah seringgit sehelai, macam mana nak bertahan sampai hujung bulan kan?Pilihlah lampai pakai buang yang lebih ekonomik dan dalam pada masa yang sama memenuhi kriteria bersesuaian untuk bayi anda. Pastinya setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak bukan?


diapers huggies




drypers murah



PetPet


mikubi


Oktober 28, 2020 No comments
Older Posts

About me


NABILA SYIFA
Selangor
Wife | Mother | Blogger
Mula berblog sejak 2014. Minat membaca dan menulis.
Untuk ADVERTORIAL, REVIEW, COLLABORATION dan SPONSORSHIP.
Boleh emailkan ke:
nabilasyifa86@yahoo.com

Pengikut

Follow Us

Labels

DIY Education Education Tools Entertainment Fashion food Food & Receipe Health & Beauty Hiburan Information Life & Style Lifestyle Malaysia Parenting Segment & Review Travel TTC Tutorial Blog Tutorial ICT

Blog Archive

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  Mei (1)
      • TOYOTA : Kinto One-Konsep Islamik
  • ►  2021 (5)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2020 (12)
    • ►  Disember (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (4)
    • ►  April (3)
  • ►  2019 (11)
    • ►  Disember (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (3)
  • ►  2018 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Julai (2)
    • ►  April (11)
  • ►  2017 (25)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (1)
  • ►  2016 (41)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (7)
    • ►  September (5)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2015 (45)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (6)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2014 (49)
    • ►  Disember (9)
    • ►  November (24)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (2)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)

top commentator

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates