facebook youtube twitter instagram instagram linkedin
  • Home
  • About
  • Lifestyle
  • Family
    • TTC
    • Parenting
  • DIY
    • Crafts
    • Sewing Projects
    • Home Decors
  • Receipes
  • contact

mommymillennia

Hm.. actually I bukan penggemar manisan.Tapi kalau sesekali hendakkan pencuci mulut mestilah kena cari jugak.

Kali ni nak cerita pasal Love Bite. tengok gambar kek yang cute2 macam sayang je nak makan. Bagi korang yang duduk dekat KL yang nak buat tempahan kek ,coklat atau pun cookies and dessert bolehlah contact No hp pemilik Love Bite ni HP: 0173940272  -Puan Fadhlina.

Hah, yang ada planning nak kahwin ke, tunang ke, majlis harijadi ke, ulangtahun perkahwinan ke, Akikah anak atau nak tempah dessert, kuih muih untuk jamuan bolehlah contact no di atas dan nego dengan tuan punya hasil kerja tu.Beliau juga terima tempahan memasak makanan seperti kuih muih tradisional dan masakan barat.

Pilihla design kek ,perisa, jenis kek dan saiz kek yang you all nak.Lepas tu send picture ke, dekat Love Bite tu.Nanti maybe boleh bincang lain dengan dia.Okey, enjoy cuci mata!
cuci mata sikit dengan gambar2 cute daripada Love Bite ni:



2kg Fruit Cakes RM250
Fully Fondant


2kg RM230 

1 kg butter cake with full decoration RM 55

1 kg RM150
fully fondant
 6 inc 700 gm only rm65..coming with fresh fruits...
8 inc 1300 kg only rm 150.00

Black forest cake
Blackforest cake 1kg RM 65

Fondant cake
1 kg RM150
fully fondant

Tiramisu ice cream

Tiramisu Ice cream cake RM75 - 9 inc

wedding cake
Wedding Cake- Price & Design
Based on kg & customer choices

Pink Fondant cupcakes
 set 16 pcs RM100
fully fondant
Purple Fondant cupcake

RM 80 = 12 per set
                                                                       fully fondant

Orange Fondant cupcake
 set 16 pcs RM100
fully fondant

Pinky Fondant cupcake
16 pcs RM40
 25 pcs RM60
Mix Butter cream



 set 16 pcs RM100
fully fondant


RM 80 = 12 per set
                                                                       fully fondant


RM 80 = 12 per set
                                                                       fully fondant

Orange Love fondant

2kg - RM230
fully fondant

 set 25 pcs RM160
fully fondant

 set 16 pcs RM100
fully fondant

RM 80 = 12 per set
                                                                       fully fondant


RM 80 = 12 per set
                                                                       fully fondant

 set 16 pcs RM100
fully fondant


Set Love RM 20 
Assorted flavour


15 pcs RM 27


35 pcs asst choc preline = RM 50
 Pelbagai perisa pilihan.


untuk oder di semenanjung RM18.00 untuk 0-3kg yang pertama dan RM3.00 ditambah mengikut berat selebihnya..dan sabah sarawak adalah RM45.00 untuk 0-5kg yang pertama dan tambahan RM5.00 untuk berat tambahan selebihnya.


Choc Lolipop 

Fancy cookies
4 inc = RM1.70each
rm2.50 each with edible image
2 inc = RM 1.00 each
with 2 flavour chocolate or butter cookies


Chocolate bar for wedding souvenir!


Macaroon


    Coming with clear packing each RM 1.50


Lokasi Love Bite ini:


p/s: Harga di atas mungkin boleh dirunding.Nak tahu selanjutnya untuk tempahan call Love Bite sendiri yer?



Disember 18, 2014 8 comments
Okey, frankly speaking.. I ni memang baru je join jadi blogger.So maaplah bebanyak ye kalau sebelum ni ada yang tag2 I ke ajak join segmen ke kalau I buat dont know je.Bukan apa..I cakap tadi. I newbie.Banyak bende tak taw lah kan.So Bila tak taw maka malas pulak tu, jadi buat dont know je la...sorry okey.

Kalau yang simple2 tu bleh la diusahakan tapi kalau rasa cam leceh je..sorrylah.tak join.
K Panjang lak bebel.Ni baru je tadi Cik NKNDY tag I. I mane ler taw bebenda tag2 ni. Pekebenda tuh. Ha nampak tak betapa jakunnya? macam baru keluar gua!

Oleh sebab Cik Bunga Sakura Pula ada tunjuk contoh kat blog dia, maka I pun joinlah segmen TAARUF by NKNDY nih.

Okey ni jawapan pada soalan u tu k?

1 . Your name as in IC

You juz can call me Syifa.

2 . Was born on

Friday, 1986

3 . Hobby

Reading,writing, cooking etc.

4 . Since when you make your blog ?

2014

5 . How many blog do you have ?

1st  Blog

7 . Your favorite surah in quran ?

Al-Kahfi, Al- Mulk, Al-Rahman,Al-Waqiah (easy to remember)

8 . Why that surah be your favorite ?

As I state above and it does have great impact in my life.

9. Are you don't mind to answer my question ?

Nope

10 . Can u comment / critic about my blog ?

Juz a nice & warming heart blog



Disember 17, 2014 6 comments
Okey Al kisah..walaupun korang tak berapa nak kisah..

Pada minggu lepas, hari Rabu ke Selasa, I tak berapa nak ingat..My Mother in law pergi bank in duit. Dia dengan father in law I  naik kete.Tak perasan entah sejak bila ada orang laki ikut. Bila sampai lampu isyarat dekat simpang depan sekolah, tiba-tiba ada mat motor ni pecahkan cermin dan tarik handbag mother in law I.

Kurang asam punya peragut! Dahlah pecah cermin tingkap kete orang, curik harta orang pulak!
Dalam situasi panik tu my mother in law tarik kuat2 handbag dia.And father in law I sempat tolong tarik.Dah tahu tak berjaya ragut.. dia pun pecut motor laju2 .Blah!

Memang dasyat orang sekarang ni.Sebab duit sanggup buat macam2.Mujur mother in law I tak apa2.Cedera luka sikit sebab terkena serpihan kaca je.

I syak mesti dia dah aim awal2 sejak daripada bank lagi.Memang super duper nekadlah peragut tu.Walaupun kiri kanan ada banyak kete, dia berjaya juga buat percubaan ragut tu.Tak kira tempat!

Bahaya siot dunia sekarang ni!

Kesimpulannya para wanita, hati2 lah.Golongan macam ni memang suka cari peluang dan suka ambil kesempatan terhadap golongan lemah!


Pada Hari khamis lepas juga, Atuk kepada hubby I meninggal.Jadi Jumaat lepas kami sekeluarga telah menghadiri majlis pengkebumiannya.Beliau di kuburkan di tanah perkuburan Changkat selepas solat Jumaat.Jenazah beliau telah disembahyangkan di Masjid As-Syakirin Gombak.

Semoga Rohnya dicucuri rahmat..


Masjid As syakirin ,Gombak


Disember 17, 2014 4 comments
Dulu masa kecik2 ayah I selalu belikan benda alah ni.Korang kenal tak apa kebendanya ni?

Tora dan Ding Dang
ingat tak?


Yelah, dulu manalah mak pak I ada duit nak belikan mainan bebanyak.Nak hari2 lak tu .Jadi alkisahnya bapak I selalu beli benda alah ni untuk I. Ada lagi satu tak salah dulu I panggil 'aladdin' dia dalam bungkusan plastik saja.Babu roti selalu jual.

Bukannya nak makan isi dalamnya sangat pun..nak mainan je lebih.Bila dapat je kotak benda nih cepat2 buka tengok dapat mainan apa.Kalau bertuah dapatlah mainan yang diidamkan.Kalau tak pun tetap seronok jugak dapat mainan.Kikiki

Sekarang budak2 tak pandang dah mainan cam gini sebab dah ada gadget2 yang lagi mahal dan menyeronokkan pada dia orang.Ada games..bagai.

Korang pulak? apa agaknya snek kegemaran korang dulu2 ye?

Disember 14, 2014 5 comments

Pernah tak korang tengah masak-masak dekat dapur..lepas tu mak korang tegur korang :
“JANGAN menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.”
Pastu korang pun tertanya-tanya apa relevennya, menyanyi dalam dapur dengan kawen dengan orang tua? Tak masuk di akal?

Pastu mak korang masak ayam, dalam banyak2 bahagian ayam yang mak korang goreng berempah tu, korang nak jugak pilih pedal ayam!

Mak korang startlah membebel " Makan pedal ayam, nanti mengantuk masa bersanding."

Kat sini ada banyak lagi pantang larang orang tua yang kekadang bila kita dengar rasa macam, eh apa kaitannya? Cam tipu je pantang larang nih semua???

I Dah buatkan List spesial  Untuk you all:

1# Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul. 

Apa kena mengena duduk atas bantal dengan bisul lak kan? Setahu I lah kan, kalau duduk atas kusyen tu pun kira macam bantallah jugak.Tak bisul lak punggung duduk atas kusyen tu?
Sebenarnya, kalau ikut fakta,Bisul terjadi disebabkan oleh kuman yang dipanggil Staphylococcus aureus.Kuman akan masuk ke dalam tubuh melalui kelenjar peluh,kelenjar minyak atau akar rambut  dan seterusnya menyerang kawasan tersebut.

Jadi à relevannya tak boleh duduk atas bantal sebab, bantal lazimnya dibawa tidur.Terdapat banyak peluh melekat sewaktu tidur dan pastinya banyak bakteria dan kuman di situ.Pointnya adalah,mak-mak dan nenek-nenek kita tak tegur direct, dia berkias “Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.”
Nampak tak indahnya cara orang dulu-dulu berbahasa?Menegur secara berhemah bukannya buat khemah. 
Lagi pun kalau korang duduk atas bantal tu nanti korang kentut pening pulak kepala orang yang tidur atas tu bau gas beracun korang yang terperangkap dalam tu.

2 # Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan (lelaki)

Orang lelaki ni special kes sikit.Dia kalau dah tak tahan kat mana-mana je boleh menyiram! Suburlah pokok-pokok bunga yang kena siram tu.Dapat baja free.
Tapi mak-mak kita, atok-atok kita selalu pesan “Jangan kencing atas busut, nanti buruk kemaluan.”

Kenapa agaknya? Ha..korang taukan Busut biasanya terdapat dekat mana? Dekat hutan,,dekat kebun habitat semulajadinya!
Tau dekat hutan ada apa? Banyak..yang boleh ‘nampak’ dan ‘tak boleh nampak’.Ha..jadi agak2 la kalau nak menyiram pun! Karang korang pancut merata, tersembur dekat muka dia.Tak ke bengang dia? Bukan takat manusia je marah kalau kencing korang tersembur dekat diaorang ..’dia’ pun boleh naik hantu!

4# Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati. 


Kalau dah anak duk tidur berguling-guling atas padang, bukan takat emak je mati..selera mak mertua nak buat menantu pun  mati! Iyelah.Tak senonoh, banyak2 tempat boleh baring..tengah2 padang jugak nak buat posing maut ala-ala atas katil.Superman ada, gaya primadona ada, gaya singa terlepas kandang pun ada!

Kau ingat padang tu  bilik tidur rumah korang, nak berkuak lentang bagai? Mak sendiri makan hati tengok perangai buruk lantak korang tu , apatah lagi makwe/ pakwe korang sendiri.Patah hati!


5 # Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur. 

Ya Allah..kau pun dalam banyak2 tempat nak duduk, buntut lesung batu tu jugak nak dijadikan alas duduk! Memanglah berkudis bontot korang! Dahlah benda tu guna tumbuk sambal, tumbuk bawang, bagai..kau buat tempat duduk pulak.
Pedih bontot korang baru tahu!


6 # Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk. 

 Ni aku tak jelas sangatlah.Tapi aku rasa (bersiul yang dimaksudkan tu, bersiul kuat2)
Pernah tak tengok orang panggil ular guna seruling tu? Ha, kalau rumah korang jenis rumah rendah yang duduk atas tanah tu, memangla tak digalakkan bersiul kuat.nanti bukan takat ular, segala macam benda nak masuk rumah korang.Yelah, ingatkan korang nak mengorat ‘mereka’!

macam dalam filem hindustan ..ke tamil ek?

Pantang larang

   Hai..korang panggil aku ke?


Hah, sampai situ je aku ulas.Yang lain2 tu pepandailah korang pikir ikut akal cerdik korang tu? 
Kalau nak tahu lagi senarai pantang larang orang tua dulu-dulu tengok bawah ni.


Pantang Larang Ke Atas Perempuan 

  •  Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial. 
  •  Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai. 
  •  Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang. 
  •  Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bod0h. 
  • Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua. 
  • Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial. 
  • Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang. 
  • Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin. 
  • Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua
  • Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
  •  Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
  •  Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
  • Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki. 
  •  Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama. 



Pantang Larang Ketika Makan 

  •  Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah. 
  •  Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding. 
  •  Makan mencangkung, payah dapat rezeki. 
  • Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu. 
  • Tidur selepas makan, nanti perut buncit. 
  • Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut. 
  • Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang. 
  • Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing. 
  • Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh. 
  • Makan berlunjur,akan jadi pemalas. 
  • Makan pisang kembar, akan beranak kembar. 
  • Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu. 
  • Makan sisa anak, anak akan degil. 
  • Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki. 
  • Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua. 


Pantang Larang Ke Atas Lelaki 

  • Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati. 
  • Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu. 
  • Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang. 
  • Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk. 
  • Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan. 
  • Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit. 



Pantang Larang Ketika Duduk 
  • Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.
  • Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang. 
  • Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki. 
  • Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur. 
  • Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.  
Disember 14, 2014 4 comments
Hello you all..

Kali ni entri I pasal Skin atau dalam BM Kulit.

Hm..al kisah pada hujung semester pengajian degree I dulu , kulit muka I tetiba je jadi macam kena panau.Tapi bukan panau. Macam iritasi.Masam dehidrasi pun ada jugak.Tapi I tak tau apa punca sebenarnya.Actually muka I tak ada masalah jerawat yang serius.Muka I bukan jenis berminyak.Jadi  memang kulit muka I tak banyak masalah.

Cuma kali ni tetiba dapat masalah macam tu.Maybe I dah tua kot..(huu..sedih) Jadi I pun pergi pusat perubatan untuk dapatkan rawatan.Then doc pun bagi I satu krim ni, dan ubat makan. I pun pakailah krim tu..Tetibe je masalah kulit muka I jadi lagi serious.


nasib tak gi kelas pakai purdah


I nak pergi kelas pun malu sangat time tu tapi demi pelajaran I gagahkan juga.Yang peliknya kesan ubat tu menjadikan muka I macam melecur kepanasan.So I decide to stop.I tak pakai dah ubat yang doc bagi tu.Iyelah kan..sebelum melarat baik I stop.

I buntu sampai nangis-nangis masa tu.Yelah,..muka elok2 tak ada masalah..dapat masalah pulak.Jumpa doktor dapat masalah lagi BESAR pulak. I pun call my mummy &  my mum suruh I balik KL.Cari Pakar kulit di KL.

Serta merta I balik KL.Awal2 pagi esoknya I buat Appointment dengan Doktor Kulit di Kuala Lumpur.Lama jugaklah I tunggu doktor sampai tak sampai2..Nurse tu cakap Doktor ada banyak klinik dan kadang2 kena pergi Hospital.Kebetulan hari tu doktor ada urusan di Hospital jadi I pun tunggu je la.

Last2 Doktor cakap I ada allergik maybe kosmetik or makanan.Not sure I dah lupa.dah lama. So I kena jaga2.Doc pun bagi pil vitamin C and ubat makan.Alhamdullillah lepas tu..kulit I dah pulih sedikit demi sedikit.

Tapi baru2 ni..I dapat balik Allergik tu and I dah tahu I allergik kosmetik and pembersih muka tertentu.Jadi I cuba elakkannya.Sebab takut  dan tak tahu jenis mana yang I boleh pakai dan tak boleh pakai (malas nak check) kiki..jadi I pun pilih alternatif nih!


Sebamed


Setakat ni..Ini je lah yang serasi dengan kulit I yang sensitif sangat nih..jadi I pakai ni jelah dulu. Kalau sesiapa ada suggestion produk yang elok untuk kulit macam I ni bolehlah suggest dekat ruangan komen kat bawah ni okey? TQ :)

Nasihat I..pada you all yang ada kulit sensitif macam I janganlah pakai produk sembarangan.Kalau rasa tak sesuai dengan kulit tak payah teruskan.Lagi satu macam produk2 pemutihan kulit ke, ilangkan jerawat ke..kadang2 kesannya berbeza2 dengan setiap orang.Ada orang serasi dengan produk tu..ada yang tak serasi.Ada yang pakai produk tu terus nampak kesan..ada jugak yang langsung tak berkesan-kesan.Jadi dalam pilih produk kosmetik atau kecantikan..berhati-hatilah.

Jangan sampai rosak kulit sudah..K?
Disember 03, 2014 7 comments
Hai..bloggers.

Ingat tak lagu Adam AF dengan Farah ni?

"Kita tak tahu antara dua
Hala yang berbeza
Kiri kau menjanjikan cinta
Kanan menjanjikan kerjaya
Oh yang mana…

Kita tak tahu antara dua
Pilihan yang nyata
Sebelah hati inginkan cinta
Sebelah lagi inginkan cita
Agar hati membimbing kita
Tahu antara dua..."

Hokeyh..ape2 lah hai..tak ada pe pun sebenarnya nak cerita.Ni hah je nak tunjuk surat tawaran sambung belajar yang baru je sampai.


tawaran belajar utm


So bagi adik2 kat luar yang ada masalah nak buat pertimbangan macam lagu kat atas tu.. nasihat  I nih..buatlah pilihan yang betul macam dalam lirik  kat bawah nih hokey?


Takkan lari gunung dikejar
Semoga diizinkan cinta
Selesaikan yang dah bermula
Sementara usia masih muda..

K bye!
p/s: macam I ni yang dah tua2 ada lagi ke permasalahan cinta? 
Disember 02, 2014 6 comments
Assalamualaikum.Salam sejahtera.

Mungkin dah ada pun Bloggers yang buat entri pasal ni, tapi I tetap nak tulis jugak.Ni versi I pulak. Versi ni adalah dari sudut pandang I. Tak kesah la..kalau ada yang tak setuju atau tak berapa nak setuju.Pandangan masing2 kan.Kita negara demokrasi..bebas bersuara.Ada hak untuk bersuara.

Seperti yang kita nampak hari ni..memang banyak program2 realiti yang melahirkan pelbagai bakat baru.Tak kurang jugak program realiti yang mencari pelapis dalam bidang keagamaan dan kerohanian.Contohnya, program macam Ustazah Pilihan, Pencetus Ummah, dan sebagainya.

Pencetus Ummah


Eloklah..kan? Barulah ada konsep 'Ballancing' dekat situ.Mana boleh program hiburan je ada reality showkan? Macam dalam akaun pun kena ada debit dan kredit, dalam Falsafah Cina ada Ying Yang, dalam hidup ada susah ada senang, ada lelaki ada perempuan, ada Siang ada malam.

Tapi bagus ke kewujudan ustaz dan ustazah segera ni? Macam 'Mee segera'? Terpulanglah pada penilaian individu.Pada I sendiri..tak ada salahnya.Alhamdulillah sebab dengan program realiti macam ini dapat membentuk golongan pelapis yang akan menyambung legasi dakwah islamiah.

Menariknya, kewujudan mereka yang macam 'cendawan tumbuh lepas hujan ni' dengan pelbagai kelebihan tersendiri. Ada versi Bollywood, ada versi 'Maharaja Lawak' dan macam2 lagi.Pada pandangan I yang cetek ilmu agama ni..Ia satu perkembangan yang baik dan positif.

Zaman moden macam ni, anak2 muda memang tertarik pada hiburan.Jadi rasanya tak salah (pandangan I jer) dakwah diselitkan unsur2 tersebut selagi tak mempermainkan agama dan menyalahi batas2 agama? Seperti yang semua tahu sasaran dakwah bukan hanya kepada golongan tua ganyut yang dah nak masuk kubur, tapi semua lapisan masyarakat..dan dalam lapisan masyarakat itu juga ada golongan ibu2, nenek2, anak dara, anak teruna, bapak2 dan datuk2 malah kanak2! Tapi janganlah sampai boleh jadi 'Lagha' dan 'gelap hati'.

Penyampaian ilmu di dalam bilik darjah zaman sekarang ni pun dah canggih! Mana boleh lagi pakai chalk and talk semata2. Budak2 sekarang dah pandai demand.Nak ada slide show, nak ada kartun2..nak ada muzik, gambar cantik2 teknologi canggih dalam pembelajaran, nak ada selit lawak sikit2 nak kena ada nyanyi2 sikit2 ,hiburan sikit..barulah  nak 'belajar' barulah nak ada semangat nak mendengar apa yang cikgu ajar.Kalau tak..bukan setakat tak belajar..tak nak datang sekolah!

gen Y


I ni bukan golongan 'cerdik pandai' yang nak memandai2.Tapi iyelah..ada otakkan? jadi nak jugalah suarakan logik akal pikiran I ni.Kalau ikut logik..rasanya tak salah pun.Tapi iyelah..kalau ikut tradisi dakwah zaman Rasullullah mungkin cara dan pendekatannya agak berbeza.Tapi macam cara didikan anak2..kena ikut di dalam zaman mana mereka berada.

Kalau dulu2 berdakwah naik unta, berkelana..zaman sekarang takkan nak naik unta lagi..kita dah moden.Banyak pengangkutan boleh guna.Sebab zaman dan canggih juga pelbagai media digunakan untuk berdakwah.Kita dah ada Tv,radio, internet, majalah, surat khabar.

Al-Qur'an ada menyebut:

"Serulah kepada jalan Allah dengan Hikmah ,Nasihat yang baik ,dan dengan cara yang baik."
(Surah Al-Nahl ;125)

Ada makcik2 macam saya ni, zaman saya dulu zaman Bollywood..senior2 saya masa zaman sekolah dulu semua boleh hapal lagu Bollywood.Jadi bila dengan ustaz guna lenggok baca petikan ayat Al-Qur'an ala-ala Bollywood ,teringat zaman belajar sekolah dulu.Teringat..kalau dulu, daripada hapal lagu bollywood tu tukar hapal potongan surah2 guna lenggok tu pun dah boleh hapal banyak surah dalam Qur'an sekarang.Jadi mak cik macam saya ni sukalah dengar ceramah ustaz gitu.

Kalau zaman ramaja sekarang ni,suka lawak.Tertarik nak dengar ceramah ustaz yang selitkan lawak sikit2 tak la mengantuk,dan sedikit terhiburkan?Tapi macam mana pun, dakwah yang paling berkesan tetap dakwah seperti di zaman Rasullullah.Dakwahnya begitu terkesan dan terus menyentuh jiwa.

Sejujurnya, pada I dakwah yang paling berkesan untuk I adalah di mana, ketika mendengar butir2 bicara pendakwah tersebut terus terasa hinanya diri I di sisi Allah sebagai makhuk kerdil ciptaannNYA.Mendengar butiran kata pendakwah tersebut terus sampai ke dalam jiwa, terus menusuk hati, terasa hiba dan menitiskan air mata.Terus timbul kesedaran dan keinsafan kesan dari 'MAGICAL' dan 'Semangat' yang ditiupkan dalam setiap butiran kata2 dakwahnya.

Setiap orang ada citarasa tersendiri.Ada yang  suka jenis yang lebih manis, ada yang suka kurang gula, ada yang suka masin, ada yang suka masam..Tepuk dada tanya selera.

p/s: Nasib baiklah tak ada lagi ustaz/ustazah buat penyampaian majlis ilmu ala2 korean dancer/ singer kalau tak..hihi tak tahulah I?
   

kpop style


Disember 01, 2014 3 comments
Newer Posts
Older Posts

About me


NABILA SYIFA
Selangor
Wife | Mother | Blogger
Mula berblog sejak 2014. Minat membaca dan menulis.
Untuk ADVERTORIAL, REVIEW, COLLABORATION dan SPONSORSHIP.
Boleh emailkan ke:
nabilasyifa86@yahoo.com

Pengikut

Follow Us

Labels

DIY Education Education Tools Entertainment Fashion food Food & Receipe Health & Beauty Hiburan Information Life & Style Lifestyle Malaysia Parenting Segment & Review Travel TTC Tutorial Blog Tutorial ICT

Blog Archive

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  Mei (1)
      • TOYOTA : Kinto One-Konsep Islamik
  • ►  2021 (5)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2020 (12)
    • ►  Disember (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (4)
    • ►  April (3)
  • ►  2019 (11)
    • ►  Disember (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (3)
  • ►  2018 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Julai (2)
    • ►  April (11)
  • ►  2017 (25)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (1)
  • ►  2016 (41)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (7)
    • ►  September (5)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2015 (45)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (6)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2014 (49)
    • ►  Disember (9)
    • ►  November (24)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (2)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)

top commentator

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates