facebook youtube twitter instagram instagram linkedin
  • Home
  • About
  • Lifestyle
  • Family
    • TTC
    • Parenting
  • DIY
    • Crafts
    • Sewing Projects
    • Home Decors
  • Receipes
  • contact

mommymillennia

BBM ini boleh digunakan samaada di dalam kelas mahupun untuk dijadikan kerja rumah semasa cuti sekolah.Sekiranya anda hendak melakukan aktiviti berkumpulan di dalam bilik darjah juga ianya bersesuaian untuk digunakan ketika sesi pdpc.





Boleh dapatkan di Link di bawah:

Algebra Lesson
Algebra Lesson 2
April 25, 2018 No comments
KSSM iaitu singkatan kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah telah mula dilaksanakan di peringkat sekolah sejak tahun 2017 secara berperingkat-peringkat.Ia merujuk kepada transformasi kurikulum iaitu usaha menambah baik program pembelajaran bagi meningkatkan keberhasilan murid seperti yang disyorkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.PPPM menekankan usaha untuk mencapai enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

Transformasi yang dijalankan termasuklah menyusun semula dan menambah baik kandungan kurikulum agar pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21dapat disalurkan kepada murid.Penekanan kepada pembelajaran secara mendalam melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran  yang berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) seperti pembelajaran berasaskan inkuiri, penyelesaian masalah, pembelajaran kontekstual, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan projek dan pendekatan STEM diperkenalkan.

Pentaksiran dilaksanakan dalam bentuk sumatif dan formatif secara berterusan untuk memastikan perkembangan dan pencapaian pembelajaran murid.Pentaksiran yang dijalankan tidak semestinya bertulis dan guru boleh menjalankan pelbagai kaedah pentaksiran mengikut kesesuaian pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.Penguasaan standard pembelajaran dengan merujuk kepada standard prestasi yang ditetapkan akan direkod oleh guru selepas proses pentaksiran yang dijalankan.

Prinsip Kurikulum Sekolah Menengah KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM seperti Kesinambungan Pendidikan Rendah dengan Pendidikan Menengah,Pendidikan Umum untuk Semua Murid, Penggunaan Disiplin Ilmu Yang Ada , Kesepaduan Antara Unsur-unsur Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani,Penekanan Nilai-nilai Murni , Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu, dan Pendidikan Sepanjang Hayat.

Reka Bentuk Kurikulum KSSM merupakan kesinambungan daripada kerangka KSSR untuk mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang meluas sebagai asas kepada pembangunan modal insan.Berikut adalah Kerangka KSSM

KSSM



Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai KSSM anda boleh memuat turun Fail berkaitan KSSM di SINI


April 24, 2018 No comments
Cikgu-cikgu selalu kena pos surat kepada ibubapa murid. Bukan itu sahaja, pekerja di pejabat pun kadang-kadang perlu mengepos surat, begitu jugak dengan bakal-bakal pengantin sibuk nak pos kad undangan perkahwinan. Persoalannya, bagaimana nak mempermudahkan dan mempercepatkan proses pencetakan alamat di atas sampul surat?

Bukannya tak nak guna tulisan tangan, tetapi kalau dicetak nampak lebih kemas, dan kelihatan eksklusif sikit, betul tak?

Berikut disediakan teknik mencetak nama dan alamat di sampul surat dengan mudah.Tak perlulah anda hendak taip satu persatu.


LANGKAH 1:

Pastikan anda sudah mempunyai data maklumat dan alamat penerima surat/ kad/ dokumen yang anda hendak cetakkan di sampul surat anda.Data tersebut perlu diletakkan dalam fail Excel. Jika belum, maka anda perlu menaip data tersebut / import data ke dalam >> Excel.

cara cetak alamat sampul surat

                                      (Maklumat di dalam gambar di atas adalah rekaan semata-mata)




LANGKAH 2:

Pastikan Nama ditaip dikotak paling kiri, Selepas itu alamat yang hendak dipapar di baris atas sekali di letakkan di dalam kotak paling kiri dan alamat di baris kedua dan seterusnya disusun mengikut turutan.


LANGKAH 3 : 

Buka fail Microsoft Word.Klik bahagian atas icon yang tertulis >>Start Mail Merge.Pilih >> Envelopes.


cetak alamat sampul


LANGKAH 4 : 

Akan keluar Pop up Kotak seperti di bawah ini.Pilih saiz sampul surat yang anda hendak gunakan.Maukkan ukuran yang tepat / anggaran ukuran sampul surat anda.Klik butang OK.


cetak alamat  di sampul


LANGKAH 5:

Sampul surat akan terpapar di skrin Microsoft Word. Jika sampul surat rasmi  berwarna putih , saiz standard adalah seperti di bawah.


teknik mail merge


LANGKAH 6:

Lepas tu pergi semula ke tetingkap atas Microsoft Word tu, dan Klik Mail Merge >>Step by Step Mail Merge.


cetak sampul surat


LANGKAH 7:

Pilih >>Letters di panel kanan skrin.




LANGKAH 8:

Klik>> Next:Starting Document >> Next: Select Recipient >>Klik Browse.

cetak sampul



LANGKAH 9:

Lepas Klik >>Browse >>Pilih fail Excel yang anda simpan senarai nama dan alamat tadi.



kerja posmen


LANGKAH 10 :

Klik>>  Next:Write Your Letter>>Klik More Item >>Insert Nama, Alamat 1,Alamat 2,Alamat 3,alamat 4.Anda boleh susun kedudukan pada Sampul surat anda.



cetak sampul






LANGKAH 11 :

Klik>> Next:Preview your Letter.

envelope printing




LANGKAH 12 :

Pergi bahagian atas tetingkap dan klik << atau >> untuk lihat senarai nama dan alamat yang sudah disusun.


print envelope


LANGKAH 12 :

Klik >>Next:Complete Mail Merge dan Klik>> Print untuk mencetak Alamat.


sampul surat


 Selamat mencuba, Semoga Berjaya!






April 23, 2018 No comments
Macammana nak dapatkan Blog ID untuk Blog Anda? Jangan risau, saya tunjukkan caranya di bawah:



Langkah 1 :

Log in akaun Blogger anda, terus pergi ke Dashboard.


id blog


Ha, nampak tak yang dibulatkan MERAH tu? yang ada tulis blogID  itu lah Blog ID anda!
Mudah kan?

Selamat Berjaya!
April 23, 2018 1 comments
Alhambdulillah..dapat jugak cari Pemenang.Tahniah kepada yang terpilih jadi Pemenang Bloglist November 2017.

Pertama sekali nak minta maaf banyak2 kerana terlalu lewat mengumumkan pemenang.Bukan disengajakan tapi disebabkan masalah2 yang tak dapat dielakkan ditambah lagi dengan kesibukan yang melanda.

Berjuta2 maaf diucapkan.

Nama-nama pemenang akan diumumkan tak lama lagi diharapkan peserta dapat bersabar, dan proses pengeposan dan menghubungi pemenang akan dibuat secara berperingkat-peringkat. 3 pemenang akan diumumkan secepat yang mungkin.Nantikannya!


April 22, 2018 3 comments
Berikut adalah cara untuk buat Kandungan Blog kita terlindung dari di Copy Paste sesuka hati oleh manusia tak bertanggungjawab.Contohnya kalau kita tak nak bagi orang copy Entry blog sesuka hati.Tapi kalau yang tak kisah tak payahlah gatal2 nak letak coding ni kat blog korang.Nanti korang jugak yang susah.

Caranya ialah macam di bawah, saya kongsikan:



disable right click


Langkah 1:

Log masuk ke akaun Blogger >> pergi ke Dashboard>> Klik Themes>> pilih butang Edit HTML


Langkah 2 :

Salin Code Di bawah dan Paste kan selepas <Head> dalam Coding Themes Template anda.




                  dan masukkan code  di bawah sebelum code ]]></b:skin> dalam code Template 
                Blog anda




Langkah 3: SAVE dan Preview Blog anda.Selamat Mencuba!



April 22, 2018 No comments
Kadang-kadang, bila kita tukar2 template Blog Butang Follow dan Dashboard yang floating kat atas sekali tu hilang dari Blog kita.Perasan tak? Macam mana nak munculkan balik Butang tu ? Ini tipsnya:




Langkah 1 :

Log in Google Account anda


Langkah 2:

Pergi ke Akaun Blogger Anda.Atau search google >> https://www.blogger.com/url anda.
Pergi ke Dashboard.Anda akan dapati paparan seperti di bawah.


follow button


Langkah 3:

Pilih link Layout di sebelah kanan Paparan Skrin.Pilih Butang>> Add Gadget di Paparan Layout


html button



Langkah 4:

Klik Link Add Gadget >>Pilih HTML
Copy Code HTML template yang anda suka dan Paste kan di dalam Kotak yang tersedia itu.
Edit Code HTML template anda agar bersesuaian dengan citarasa anda.Boleh dapatkan Code percuma di Internet.

butang dashboard




Langkah 5:

Berikut disediakan code:



Langkah 6:

Copy Code di atas dan Paste pada kotak yang disediakan .JANGAN lupa tukar >>href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=YOUR BLOG ID

YOUR BLOG ID  perlu diganti dengan Blog ID anda.


id blog

caranya? Copy Blog ID anda dari link bahagian atas page blogger dashboard anda dibahagian post.(Tutorial cari Blog ID)

Contoh Blog ID:

https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=221594400338908764332




Langkah 7:

Selepas berpuas hati, klik preview Blog anda dan klik save untuk Publish  Blog anda.






Selamat Berjaya!

April 22, 2018 1 comments
Kali ni nak ajar cara pasang CBox atau Shoutbox atau Comment Box di Blog anda.Ini adalah aplikasi tambahan untuk menarik pengunjung Blog dan juga memudahkan anda untuk memeriahkan lagi Traffic Blog .


Langkah 1:Pergi ke Google dan Search Cbos atau Shoutbox atau sebarang aplikasi pilihan anda.

chat box





Langkah 2:Perlu diingatkan, sebelum anda boleh menggunakan Cbox atau sebarang aplikasi di atas, anda terlebih dahulu perlu mendaftar akaun anda.




cbox



Langkah 3: Pergi ke Themes editor untuk edit Theme (Tema warna, kedudukan, saiz tulisan dlln)


cbox code



Langkah 4: Setelah berpuas hati dengan paparan anda, Klik butang Publish di atas sekali.Copy Code yang diberikan

html cbox



Langkah 5 :Pergi ke Dashboard Blogger anda dan Pilih butang Layout.

blogger


Langkah 6 : Klik Link Add Gadget >>Pilih HTML


html gadget


Langkah 7 : Paste code yang anda Copy tadi di dalam kotak disediakan dan save.Preview Blog anda.


Semoga Berjaya!



April 22, 2018 No comments
Hai kali ni nak ajar cara Edit Template Blog guna Coding, HTML/PHP/JAVASCRIP.
Camane? Jom tengok


Langkah 1 :

Log in Google Account anda


Langkah 2:

Pergi ke Akaun Blogger Anda.Atau search google >> https://www.blogger.com/url anda
Anda akan dapati paparan seperti di bawah.Pilih butang HTML untuk menukar coding HTML untuk Templates anda.


html blog


Langkah 3:

Copy Code HTML template yang anda suka dan Paste kan di dalam Kotak yang tersedia itu.

code html


Langkah 4:

Edit Code HTML template anda agar bersesuaian dengan citarasa anda.Boleh dapatkan Code Design Template percuma di Internet.

Ini antara Link yang berikan anda Template percuma untuk Blogger:

https://btemplates.com/

blog


Langkah 5:

Selepas berpuas hati, klik preview Blog anda dan klik save untuk Publish Template Blog anda yang baru.



yellow blog

Selamat Berjaya!


April 22, 2018 No comments
Hai Assalamualaikum Image result for emoji comel gif Selamat berhujung minggu

Kita tepek kat sini cara-cara nak tukar template blog bagi yang baru hendak belajar berblogging. Yang dah lama blogging pun boleh tengok sini kalau lupa.Ok, Bell ringkaskan caranya seperti di bawah ni, Ok?


Langkah 1:

Log in Google Account anda





Langkah 2:

Pergi ke Akaun Blogger Anda.Atau search google >> https://www.blogger.com/url anda
Anda akan dapati paparan seperti di bawah.Pilih butang Customize untuk memilih Blog Templates yang tersedia oleh Blogger Design.


Template Blog



Langkah 3:

Pilih Blog Templates yang tersedia oleh Blogger Design.Klik Themes yang anda suka.


Template Blog


Langkah 4:

Suaikan Pilihan Backgroud, Saiz, Font Tulisan di menu pilihan yang disediakan.-

Template Blog


Langkah 5:

Setelah selesai, Preview Blog anda.Jangan Lupa Klik butang SAVE

Template Blog



Semoga Berjaya!
April 22, 2018 No comments
Newer Posts
Older Posts

About me


NABILA SYIFA
Selangor
Wife | Mother | Blogger
Mula berblog sejak 2014. Minat membaca dan menulis.
Untuk ADVERTORIAL, REVIEW, COLLABORATION dan SPONSORSHIP.
Boleh emailkan ke:
nabilasyifa86@yahoo.com

Pengikut

Follow Us

Labels

DIY Education Education Tools Entertainment Fashion food Food & Receipe Health & Beauty Hiburan Information Life & Style Lifestyle Malaysia Parenting Segment & Review Travel TTC Tutorial Blog Tutorial ICT

Blog Archive

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  Mei (1)
      • TOYOTA : Kinto One-Konsep Islamik
  • ►  2021 (5)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2020 (12)
    • ►  Disember (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (4)
    • ►  April (3)
  • ►  2019 (11)
    • ►  Disember (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (3)
  • ►  2018 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Julai (2)
    • ►  April (11)
  • ►  2017 (25)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (1)
  • ►  2016 (41)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (7)
    • ►  September (5)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2015 (45)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (6)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2014 (49)
    • ►  Disember (9)
    • ►  November (24)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (2)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)

top commentator

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates