facebook youtube twitter instagram instagram linkedin
  • Home
  • About
  • Lifestyle
  • Family
    • TTC
    • Parenting
  • DIY
    • Crafts
    • Sewing Projects
    • Home Decors
  • Receipes
  • contact

mommymillennia

Assalamualaikum. Sihat? Alhamdulillah.

1.Jampi Pengasih




Pernah tak korang rasa, orang sekeliling tak ambil port pasal korang.Korang jenis yang suka bergaduh dengan orang? Selalu selisih faham? Kawan tak ramai? Susah hendak didekati?

Nak tak kalau ahli keluarga sayang korang? kawana2 makin baik dengan korang? Tak bergaduh lagi dengan kekasih, tunang @ suami?

Nak hubungan dengan kawan-kawan makin akrab? Elak selisih faham? Kurangkan konflik dan pergaduhan?

I ada jampi nak dikongsikan

Apa dia? Ha.. ini lah dia...


Surah Ar Rahman


Amalkan baca Surah Al-Rahman.Insyaallah dipermudahkan.

2. Elak Papa Kedana.

Korang selalu kesempitan? Asyik tak cukup duit? Gaji dah besar tapi hutang banyak? Duit tiap2 bulan masyukkk tapi poket pon cepat je bocor? Mana pergi duit? Amalkan Surah di bawah ni




Insyallah dijauhkan dari Bankrap dan jadi miskin.Amalkanlah, dan lihat hasilnya.Insyaallah.
Julai 05, 2018 4 comments
sexual grooming

Assalamualaikum w.bt..

Apa khabar semua? lama rasanya tak merepek kat blog. Baru-baru ini sewaktu Bell berkesempatan nak scroll FB terbaca nukilan tentang seseorang mengenai contoh2 sexual grooming yang boleh attract remaja kepada naluri membuak2 ingin mencuba, meniru, meneroka.

Susah nak cakap.Terus-terang, dalam sekolah, luar sekolah ke budak remaja sekarang memang dah tak selamat.Anak2 perempuan especially. Yang suci bersih ,yang ibubapa jaga ibarat menatang minyak yang penuh, senang2 je dirosakkan oleh tangan2 kotor kat luar sana.

Sedih, memang sedih. Sangat2 mencabar untuk menjaga anak remaja di zaman ini.Kadang2 bukan salah ibubapa pon. Puas sudah dididik, dijaga rapi, entah di mana silapnya, ada mata2 liar dan nakal yang sudah lama menanti mangsa.Pujuk rayu, dan pelbagai.

Kadang pemikiran diracun rakan2 baik dan rakan sepermainan sendiri, kadang dipengaruhi teman baru, kadang terlalu bersifat ingin tahu, ingin cuba, ingin meneroka yang berlebihan membawa mudarat kepada remaja itu sendiri.Aduhhh.. payahnya! Takut sungguh hendak membesarkan anak di zaman ini.


Anak lelaki juga begitu. Biar pun telah dijaga rapi, dibekal ilmu agama, diasuh santun dan adabnya, terkadang jika tidak menjadi pemangsa, silap-silap dia jadi mangsa! Terlalu baik takut dibuli, disakiti,  sebaliknya pula, bimbang dia pula menjadi pemangsa. Terpengaruh dengan rakan sebaya, tercemar oleh hasutan dunia, terlalai oleh godaan media massa, dan pelbagai lagi godaan di alam maya.

Menurut saudari yang menulis di FB beliau itu, beliau mendapati Sexual Grooming ini bukan sahaja berleluasa, malah antara sedar atau tidak ibubapa dan orang awam secara sengaja telah mendedahkan remaja dengan perkara tersebut.

Remaja. Naluri dan sudah sifatnya memang sentiasa ingin tahu.ingin cuba.Apa agaknya yang terjadi jika sedikit demi sedikit mereka disuapkan dengan perkara-perkara lucah seperti itu? Apa yang akan terjadi dengan sifat ingin tahu mereka? Semakin membuak-buak, semakin teringin , terliur hendak mencuba, merasai, nak menikmati perasaan itu.

Antara contoh Sexual Grooming yang biasa kita lihat dalam masyarakat dan semakin parah.

1) Drama Romatik

Cinta. Itu yang digila-gilai oleh remaja perempuan. Perasaan berkasih-sayang, romantik dan mesra antara lelaki dan perempuan.Malang sekali drama TV masa kini gemar menayang aksi separuh ghairah, menggoda, adengan bilik tidur, bilik mandi , adengan hotel ,katil dan simbol-simbol tarikan seks dan aktiviti seumpamanya kepada umum. Tanpa segan silu berbaring diranjang, membelai-belai.. bayangkan fikiran remaja jika melihatnya.. pasti tertanya2 apa terjadi seterusnya? apa yang mereka lakukan selepas itu? Maka akan terlahirlah fikiran nakal, meliar, bernafsu , dan bermacam lagi di minda remaja .Nauzubillah!


2)Video , ponografi, gambar separuh bogel, wanita seksi di Internet.

Terlalu banyak! malah terkadang jika sedang melihat Facebook, tiba-tiba sahaja terkeluar  pop-up video yang bukan-bukan entah dari mana munculnya melalui group FB yang ada. Geram juga tatkala sedang melayari internet keluar pula iklan tidak senonoh dengan gambar ghairah di skrin telefon pintar kita. Sedangkan Pak haji boleh gugur iman, bapak budak beranak sepuluh pun boleh terbeliak mata melihatnya, inikan pula ramaja kita yang masih muda? Astaghfirullah.. Bell sendiri malu tatkala terpandangkan foto-foto perempuan seksi begitu.

3)Novel lucah.

Bell setuju dengan rakan kita di Fb yang menyatakan Novel cinta melayu gemar memasukkan Elemen yang menjurus kepada Sexual Grooming dalam penulisannya.Rosaklah minda remaja-remaja jika membacanya. Penulisan yang menjurus kepada pemikiran nakal, bayangan dan imaginasi liar..memalukan! Adengan ranjang, menanggalkan baju, hubungan suami isteri diceritakan dalam penulisan novel. Al maklumlah, kalau tak ada permintaan, takkan nak ada pasaran,kan?
Tak laku pula novel mereka nanti!

Tapi mujur jugalah budak2 sekarang malas membaca.Sedangkan nak buka buku teks Sejarah pun malas.Teks Novel BM pon belum tentu diselak, inikan pulak nak baca novel yang berjela-jela panjangnya. Tapi kalau ada Sexual Grooming dalamnya..rasa-rasanya.. laju je mereka baca?

4)Facebook, Twitter ,Instagram dan lain-lain media

Post gambar seksi, menggoda, baju ketat sendat.Untuk dipuji. Tarikan.Hm, lepas tu mata2 nakal pun mulakan Sexual Grooming. Terbaca pulak twitter remaja yang mengaku time raya terliur nak 'ehemm2' sepupu perempuan.Astaghfirullah! Nampak tak ? Tingginya imaginasi nakal mereka!
Parah, masyarakat kini sangat menakutkan. Manusia kini lebih menakutkan daripada hantu dan zombi! Mayat hidup yang berjalan pun tak menakutkan berbanding syaitan bertopeng manusia seperti ini.

Nauzubillah.Jauhkan dari keturunan kami Ya Allah!

5) Rakan sebaya, teman sepermainan

kadang-kadang teman rapat kita ramai,mereka juga punya teman lain ,lelaki maupun perempuan. Sayangnya  terkadang ada yang nakal, yang baik yang nampak baik tapi sebaliknya. Manusia ini banyak topengnya, banyak wataknya.

Nampak alim mungin disebaliknya dia bukan seperti yang kelihatannya. Manusia ini pelakon dipentas dunia. Watak apa yang ingin dimainkan, sejauh mana berjaya kita membawa watak itu, terpulang pada diri.Berhati-hatilah.Banyak onak dan duri di luar sana.Hidup tak seindah disangka.

Remaja. Khasnya perempuan. Dipuji sedikit mulalah hatinya terusik. Dilayan baik, dipuja-puja masakan mereka tak tergoda? Apatah lagi anak remaja yang rapuh hatinya. Si jejaka pula, pantang lihat Si dahi licin mulalah cuba masuk jarum. Tunjuk ambil berat, tunjuk kasih-sayang, beri hadiah, belanja makan, keluar bersama, berkongsi masalah kononnya, sudahnya...? Mulalah ke peringkat yang lebih 'Advanced' Bercinta kononnya!

Pegang tangan, belai muka, gosok kepala, lepas tu...? Allahurabbi...

Tepuk dada tanya selera, ke mana arah kita?





"Ya Allah, selamatkanlah zuriat-zuriat kami, keturunan kami, jauhilah ia dari tercemar, lindungilah daripada perosak dan penzalim yang ada di atas dunia dan lindungilah mereka dari melakukan kejahatan, kezaliman dan penindasan di atas muka bumi ini!"


baca lagi >> Sexual Grooming
Julai 03, 2018 4 comments
Assalamualaikum w.b.t

Musim Temuduga datang lagi.Pasti berdebar-debar bagi calon yang menunggu tarikh panggilan temuduga itu kan?

Berikut merupakan beberpata tips dan perkongsian bahan untuk yang bakal menduduki temuduga calon guru.



1) Tidur dan Rehat yang cukup

Pastikan anda dapat tidur dan rehat yang mencukupi sehari sebelum tarikh temuduga.Tentu anda tak mahu anda tiba-tiba 'blank' atau  tertidur sewaktu menjawab soalan temuduga nanti bukan?

2) Kenal siapa majikan anda

Buat ulangkaji latar belakang majikan anda, apa visi dan misi organisasi jabatan anda bakal berkhidmat, pegawai-pegawai penting diperingkat tertinggi jabatan anda, dan sedikit sejarah jabatan anda.

3) Persediaan yang cukup

Jangan sekali-kali datang kosong! Kumpulkan ilmu di dada, buat kajian tentang skop kerja dan tanggungjawab yang bakal dipikul, latar belakang kerjaya yang bakal digalas, dan pengetahuan am yang berkaitan!

4) Berfikir di luar kotak

Anda harus bersedia dengan soalan-soalan diluar lingkup bidang anda, misalanya pengetahuan am dan global. Ambil tahu hal disekeliling anda misalnya hal masyarakat antara bangsa, isu global yang sedang hangat diperkatakan, anda harus peka dan berpengetahuan luas dan sentiasa kreatif dan berfikiran luas serta matang. Siapa yang mahu ambil kanak-kanak Ribena bekerja?

5) Jujur

Mungkin anda rasa tak apa menipu sedikit. Tapi anda perlu tahu, penemuduga bukan seorang yang mudah ditipu.Ada penemuduga yang bijak membaca taktik penipuan anda. Awas! anda tidak jujur.
Sesetengah mungkin tidak kisah, tetapi bagi seseorang pegawai yang berintegriti dan bijak, kejujuran adalah amat penting.

6) Komunikasi berkesan dan gerak badan.

Antara anda sedar atau tidak, gaya anda berkomunikasi dan gerak badan anda dapat dibaca oleh Si penemuduga.Pentingnya anda menampilkan komunikasi yang berkesan dan gerak badan yang selari dengan maksud yang ingin disampaikan kepada penemuduga. (Jangan pula guna bahasa badan macam nak menggoda penemuduga )

7) Keikhlasan

Perlu ikhlas dengan setiap jawapan yang diberikan.Penemuduga dapat 'melihat' kesungguhan dan keikhlasan anda.

8)Berdoa.
Akhir sekali bertawal dan berdoalah setelah berusaha dan membuat persediaan rapi.Serahkan semuanya kepada Ilahi.




Bonus:
Bahan Bacaan temuduga SPP



April 25, 2018 No comments
BBM ini boleh digunakan samaada di dalam kelas mahupun untuk dijadikan kerja rumah semasa cuti sekolah.Sekiranya anda hendak melakukan aktiviti berkumpulan di dalam bilik darjah juga ianya bersesuaian untuk digunakan ketika sesi pdpc.





Boleh dapatkan di Link di bawah:

Algebra Lesson
Algebra Lesson 2
April 25, 2018 No comments
KSSM iaitu singkatan kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah telah mula dilaksanakan di peringkat sekolah sejak tahun 2017 secara berperingkat-peringkat.Ia merujuk kepada transformasi kurikulum iaitu usaha menambah baik program pembelajaran bagi meningkatkan keberhasilan murid seperti yang disyorkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.PPPM menekankan usaha untuk mencapai enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

Transformasi yang dijalankan termasuklah menyusun semula dan menambah baik kandungan kurikulum agar pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21dapat disalurkan kepada murid.Penekanan kepada pembelajaran secara mendalam melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran  yang berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) seperti pembelajaran berasaskan inkuiri, penyelesaian masalah, pembelajaran kontekstual, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan projek dan pendekatan STEM diperkenalkan.

Pentaksiran dilaksanakan dalam bentuk sumatif dan formatif secara berterusan untuk memastikan perkembangan dan pencapaian pembelajaran murid.Pentaksiran yang dijalankan tidak semestinya bertulis dan guru boleh menjalankan pelbagai kaedah pentaksiran mengikut kesesuaian pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.Penguasaan standard pembelajaran dengan merujuk kepada standard prestasi yang ditetapkan akan direkod oleh guru selepas proses pentaksiran yang dijalankan.

Prinsip Kurikulum Sekolah Menengah KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM seperti Kesinambungan Pendidikan Rendah dengan Pendidikan Menengah,Pendidikan Umum untuk Semua Murid, Penggunaan Disiplin Ilmu Yang Ada , Kesepaduan Antara Unsur-unsur Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani,Penekanan Nilai-nilai Murni , Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu, dan Pendidikan Sepanjang Hayat.

Reka Bentuk Kurikulum KSSM merupakan kesinambungan daripada kerangka KSSR untuk mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang meluas sebagai asas kepada pembangunan modal insan.Berikut adalah Kerangka KSSM

KSSM



Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai KSSM anda boleh memuat turun Fail berkaitan KSSM di SINI


April 24, 2018 No comments
Cikgu-cikgu selalu kena pos surat kepada ibubapa murid. Bukan itu sahaja, pekerja di pejabat pun kadang-kadang perlu mengepos surat, begitu jugak dengan bakal-bakal pengantin sibuk nak pos kad undangan perkahwinan. Persoalannya, bagaimana nak mempermudahkan dan mempercepatkan proses pencetakan alamat di atas sampul surat?

Bukannya tak nak guna tulisan tangan, tetapi kalau dicetak nampak lebih kemas, dan kelihatan eksklusif sikit, betul tak?

Berikut disediakan teknik mencetak nama dan alamat di sampul surat dengan mudah.Tak perlulah anda hendak taip satu persatu.


LANGKAH 1:

Pastikan anda sudah mempunyai data maklumat dan alamat penerima surat/ kad/ dokumen yang anda hendak cetakkan di sampul surat anda.Data tersebut perlu diletakkan dalam fail Excel. Jika belum, maka anda perlu menaip data tersebut / import data ke dalam >> Excel.

cara cetak alamat sampul surat

                                      (Maklumat di dalam gambar di atas adalah rekaan semata-mata)




LANGKAH 2:

Pastikan Nama ditaip dikotak paling kiri, Selepas itu alamat yang hendak dipapar di baris atas sekali di letakkan di dalam kotak paling kiri dan alamat di baris kedua dan seterusnya disusun mengikut turutan.


LANGKAH 3 : 

Buka fail Microsoft Word.Klik bahagian atas icon yang tertulis >>Start Mail Merge.Pilih >> Envelopes.


cetak alamat sampul


LANGKAH 4 : 

Akan keluar Pop up Kotak seperti di bawah ini.Pilih saiz sampul surat yang anda hendak gunakan.Maukkan ukuran yang tepat / anggaran ukuran sampul surat anda.Klik butang OK.


cetak alamat  di sampul


LANGKAH 5:

Sampul surat akan terpapar di skrin Microsoft Word. Jika sampul surat rasmi  berwarna putih , saiz standard adalah seperti di bawah.


teknik mail merge


LANGKAH 6:

Lepas tu pergi semula ke tetingkap atas Microsoft Word tu, dan Klik Mail Merge >>Step by Step Mail Merge.


cetak sampul surat


LANGKAH 7:

Pilih >>Letters di panel kanan skrin.




LANGKAH 8:

Klik>> Next:Starting Document >> Next: Select Recipient >>Klik Browse.

cetak sampul



LANGKAH 9:

Lepas Klik >>Browse >>Pilih fail Excel yang anda simpan senarai nama dan alamat tadi.



kerja posmen


LANGKAH 10 :

Klik>>  Next:Write Your Letter>>Klik More Item >>Insert Nama, Alamat 1,Alamat 2,Alamat 3,alamat 4.Anda boleh susun kedudukan pada Sampul surat anda.



cetak sampul






LANGKAH 11 :

Klik>> Next:Preview your Letter.

envelope printing




LANGKAH 12 :

Pergi bahagian atas tetingkap dan klik << atau >> untuk lihat senarai nama dan alamat yang sudah disusun.


print envelope


LANGKAH 12 :

Klik >>Next:Complete Mail Merge dan Klik>> Print untuk mencetak Alamat.


sampul surat


 Selamat mencuba, Semoga Berjaya!






April 23, 2018 No comments
Macammana nak dapatkan Blog ID untuk Blog Anda? Jangan risau, saya tunjukkan caranya di bawah:



Langkah 1 :

Log in akaun Blogger anda, terus pergi ke Dashboard.


id blog


Ha, nampak tak yang dibulatkan MERAH tu? yang ada tulis blogID  itu lah Blog ID anda!
Mudah kan?

Selamat Berjaya!
April 23, 2018 1 comments
Alhambdulillah..dapat jugak cari Pemenang.Tahniah kepada yang terpilih jadi Pemenang Bloglist November 2017.

Pertama sekali nak minta maaf banyak2 kerana terlalu lewat mengumumkan pemenang.Bukan disengajakan tapi disebabkan masalah2 yang tak dapat dielakkan ditambah lagi dengan kesibukan yang melanda.

Berjuta2 maaf diucapkan.

Nama-nama pemenang akan diumumkan tak lama lagi diharapkan peserta dapat bersabar, dan proses pengeposan dan menghubungi pemenang akan dibuat secara berperingkat-peringkat. 3 pemenang akan diumumkan secepat yang mungkin.Nantikannya!


April 22, 2018 3 comments
Berikut adalah cara untuk buat Kandungan Blog kita terlindung dari di Copy Paste sesuka hati oleh manusia tak bertanggungjawab.Contohnya kalau kita tak nak bagi orang copy Entry blog sesuka hati.Tapi kalau yang tak kisah tak payahlah gatal2 nak letak coding ni kat blog korang.Nanti korang jugak yang susah.

Caranya ialah macam di bawah, saya kongsikan:



disable right click


Langkah 1:

Log masuk ke akaun Blogger >> pergi ke Dashboard>> Klik Themes>> pilih butang Edit HTML


Langkah 2 :

Salin Code Di bawah dan Paste kan selepas <Head> dalam Coding Themes Template anda.




                  dan masukkan code  di bawah sebelum code ]]></b:skin> dalam code Template 
                Blog anda




Langkah 3: SAVE dan Preview Blog anda.Selamat Mencuba!



April 22, 2018 No comments
Kadang-kadang, bila kita tukar2 template Blog Butang Follow dan Dashboard yang floating kat atas sekali tu hilang dari Blog kita.Perasan tak? Macam mana nak munculkan balik Butang tu ? Ini tipsnya:




Langkah 1 :

Log in Google Account anda


Langkah 2:

Pergi ke Akaun Blogger Anda.Atau search google >> https://www.blogger.com/url anda.
Pergi ke Dashboard.Anda akan dapati paparan seperti di bawah.


follow button


Langkah 3:

Pilih link Layout di sebelah kanan Paparan Skrin.Pilih Butang>> Add Gadget di Paparan Layout


html button



Langkah 4:

Klik Link Add Gadget >>Pilih HTML
Copy Code HTML template yang anda suka dan Paste kan di dalam Kotak yang tersedia itu.
Edit Code HTML template anda agar bersesuaian dengan citarasa anda.Boleh dapatkan Code percuma di Internet.

butang dashboard




Langkah 5:

Berikut disediakan code:



Langkah 6:

Copy Code di atas dan Paste pada kotak yang disediakan .JANGAN lupa tukar >>href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=YOUR BLOG ID

YOUR BLOG ID  perlu diganti dengan Blog ID anda.


id blog

caranya? Copy Blog ID anda dari link bahagian atas page blogger dashboard anda dibahagian post.(Tutorial cari Blog ID)

Contoh Blog ID:

https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=221594400338908764332




Langkah 7:

Selepas berpuas hati, klik preview Blog anda dan klik save untuk Publish  Blog anda.






Selamat Berjaya!

April 22, 2018 1 comments
Newer Posts
Older Posts

About me


NABILA SYIFA
Selangor
Wife | Mother | Blogger
Mula berblog sejak 2014. Minat membaca dan menulis.
Untuk ADVERTORIAL, REVIEW, COLLABORATION dan SPONSORSHIP.
Boleh emailkan ke:
nabilasyifa86@yahoo.com

Pengikut

Follow Us

Labels

DIY Education Education Tools Entertainment Fashion food Food & Receipe Health & Beauty Hiburan Information Life & Style Lifestyle Malaysia Parenting Segment & Review Travel TTC Tutorial Blog Tutorial ICT

Blog Archive

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  Mei (1)
      • TOYOTA : Kinto One-Konsep Islamik
  • ►  2021 (5)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2020 (12)
    • ►  Disember (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (4)
    • ►  April (3)
  • ►  2019 (11)
    • ►  Disember (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (3)
  • ►  2018 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Julai (2)
    • ►  April (11)
  • ►  2017 (25)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (1)
  • ►  2016 (41)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (7)
    • ►  September (5)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2015 (45)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (6)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2014 (49)
    • ►  Disember (9)
    • ►  November (24)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (2)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)

top commentator

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates